Sudahkah Anda ?

Sebagai warganegara yang sudah layak mengundi, kita sepatutnya sudah pun mendaftar sebagai pemilih. Mengundi adalah tanggungjawab kita. Kita yang tentukan masa depan negara kita sendiri. Dalam dunia politik, memang la banyak putar belit nya tapi kita mesti buat pilihan yang bijak dengan memilih pemimpin yang boleh mentadbir urus negara dari segi kewangan, undang-undang malah agama rasmi negara kita iaitu Islam.
Bagi sesiapa yang dah capai umur 20 tahun, korang dah boleh mendaftar tapi belum boleh lagi untuk mengundi. Bila dah 21 tahun baru boleh mengundi. Tempat mendaftar boleh dibuat di mana-mana cawangan pejabat pos yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Setelah beberapa bulan selepas mendaftar, korang perlu memeriksa daftar pemilih samada korang dh tersenarai sebagai pemilih berdaftar.
Untuk semakan daftar pemilih boleh melayari website http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/. Maklumat lebih lanjut di Election Commision of Malaysia. Jangan lupa UNDI anda tanggungjawab anda.
Sol da dftr ke?
ReplyDeleteBelum lagi tapi mak sol yang suruh daftar cepat2. :) myb cuti ni daftar kot.
ReplyDelete