Posts

Showing posts from December, 2011

Nasihat Menghadapi Banjir

Persediaan Sebelum Banjir: Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir; Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat; Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan; Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan; Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa; Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet; Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan; Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah; Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekirany

Air sungai dah melimpah daa!

Image
Hye bloggers! Apa khabar hari ni? Sejak 2 3 hari ni, dekat Segamat air dah naik da..air sungai memang dah melimpah. Rumah yang dekat dengan sungai kebanyakkan nya dah tenggelam..sekarang baru paras betis, kalu hujan lagi lepas ni memang paras pinggang jawabnya. Aku ada ambil beberapa gambar nak tunjuk dekat korang yang air dah mula naik. Tapi buat masa ni dekat kawasan rendah jek yang dh tenggelam. Jalan raya belum tenggelam lagi. So, tak payah risau lagi la sebab masih boleh jalan. Sempat lagi kalu nak lari keluar dari Segamat ni. Minggu ni dah start mid sem break. Dalam 1 minggu bercuti, So, untuk langkah berjaga-jaga kitorang terpaksa mengemas 1 rumah ni. Macam cuti semester panjang pulak. Rumah ni dah kosong. Tak barang-barang pun yang tinggal. Budak-budak ni takut banjir naik pulak bila kitorang sedap bercuti nanti. Nak tak nak, kemas semua barang then tumpang dekat rumah member yang lain. Rumah member tu jenis 2 tingkat. So, barang-barang semua bersusun dekat dalam bilik member t

Wang Kertas Malaysia Terbaru 2012

Image
Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Wang kertas RM20 telah lama diperken alkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1 995. Rekaan ini dikatakan lebih bercirikan keselamatan sambil memperlihatkan Malaysia didalam rekaan duit kertas tersebut. Rekaannya menonjolkan sukan tradisional, hidupan liar, flora, hidupan laut, pertanian dan teknologi dan keajaiban alam semula jadi di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Ramalan Cuaca Daerah Segamat

Image
Pagi ni aku baru buka fb, tgk dah ramai post pasal ramalan cuaca. Memang hujan sentiasa. Walaupun x lebat tapi hujan renyai tetap berbahaya. Hopefully, daerah segamat tak dilanda banjir seperti sebelum ni. Aku nk pergi kelas! Hoho. Amin Ya rabbal alamin. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tgk dkt sini

Jemput-jemput pun jadi la bai.

Image
Hye u olls! apa khabar hari ini? Harap korang sihat walafiat. Hari ni aku rajin plak nak update blog, ntah la tiba2 jek padahal kerja lain berlambak nk kena siap kan cepat. Hari ni kelas aku pukul 12-4, biasanya lambat la aku bangun tapi hari ni awal pulak aku bangun, members yang kelas pukul 8 pun belum bangun lagi. Gosok gigi, online sekejap then keluar pergi kedai runcit. Tiba2 rasa nak memasak plak hari ni. Tengok dkt dapur ada la tepung gandum tinggal sikit. So, fikir la nak jemput-jemput. Korang tahu tak jemput-jemput tu macam mana bentuk dan rasanya?? Haa, jgn terkejut plak sbb ada jugak member aku tak kenal jemput-jemput tu apa benda. Punya la lama aku dok memikirkan nak beli apa lg dkt kedai td. Aku beli la bawang, kentang 2 3 biji dengan daun sup. nak cari daun bawang sebenarnya tapi x ada pulak. Aku dapat idea nak letak daun bawang dalam jemput-jemput daripada tv show Family Outing. Dalam tv show tu macam-macam jenis masakan dia ad masak. Nampak sodap-sodap semua lauknya tap

Segmen | Genk Cari Blogger

Image

Oh Gerhana Bulan!

Image
Oh bulan, Yang melayan diriku lagi.. lalalaalala melayan lagu Yu na sekejap. Malam semalam telah berlaku fenomena yang jarang sekali berlaku iaitu gerhana bulan. Gerhana bulan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan bulan tertutup oleh bayangan bumi. Fenomena ini terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak boleh dicapai bulan kerana terhalang oleh bumi Alhamdulillah, aku sempat tengok gerhana bulan bersama dengan members selepas pergi makan malam smlm. Terkesima sekejap lepas tengok gerhana. Ini first time aku tengok gerhana bulan, mmg excited tengok gerhana. Harap lepas ni dapat lagi tengok gerhana bulan, memang besar kekuasaan Allah taala. Korang kena lah tahu yang gerhana bukanla berlaku kerana kemurkaan Allah taala, tetapi merupakan kepada kebesaran kekuasaan Allah taala. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah pada hambanya kerana fenomena ini sa

JPJ Test

Image
Assalamualaikum hye peeps! alhamdulillah, 6hb lepas aku dh lulus test memandu.Sepatutnya dah lama dpt lesen tu tp banyak kali tertangguh. Waktu tu memang nervous gila, asyik nk kencing tak habis2. Syukur la sebab semua test litar dengan jalan luar aku dapat buat dengan lancar. Muka pegawai JPJ tu jgn la kata. Mmg muka nk kena hempuk sebenarnya. Haha Tapi memang bersyukur sangat sebab pegawai tu pun tak la cerewet sangat. Markah pun tinggi walaupun aku rasa byk silap yang aku buat. Mungkin dia pandang sebelah mata jek silap aku tu. Fuhhh! Dah happy da..lepas ni boleh la buat wishlist yang lain plak.