Posts

Showing posts from 2013

Pra-Konvokesyen UiTM ke 79

Image
Alhamdulillah, pelajar lepasan diploma mesti tak sabar-sabar nak tunggu hari konvokesyen. Masing berdebar nak tunggu hari istimewa tu, dh macam nk bernikah pulak rasanya.. =) Ahad lepas, 10 Nov aku dengan kawan-kawan diploma UiTM Segamat berpakat ambil jubah konvo di DATC UiTM Shah Alam..Sebelum nak ambil jubah konvo tu, mesti kena settle-kan semua dokumen yang pihak universiti nak terutamanya yuran konvokesyen dan kaji selidik graduan. Kaunter buka dari pagi hingga ke petang, dah plan nk datang awal-awal tapi macam biasa lah kan, Bila dah ramai-ramai, masing-masing banyak ragam..Bukannya apa, rancang nak datang awal sebab nak lari daripada raptai. tapi datang lambat, kena pergi juga taklimat raptai. Ingatkan boleh lepas, tapi tidak. hmmmm. tak pe la kan. Taklimat raptai tu pun tak lama sangat dan tak boring..quite interesting. Banyak input yang kita dapat terutamanya etika pemakaian graduan dan ibu bapa, cara berjalan diatas pentas. Semua tu memang penting. Tak rugi p

Handphone aku hilang.

Image
Bulan lepas handphone aku hilang, memang sedih la rasanya. Memang sayang sangat dengan handphone tu. Beli pakai duit sendiri la katakan, memang kita hargai 100%. Tapi, malang tak berbau. Silap aku jugak rasanya. Masa tu hari jumaat, aku bersama kawan aku plan nak pergi Mid Valley, rancang nak jalan-jalan aka shopping.Sebenarnya cuci mata aje, gila la kan nak bershopping dekat Mid Valley tu. Barang-barang semua branded. Kau mampu ? Kalau beli pun, mesti pakai duit ptptn kan? jangan membazir okay kawan-kawan yang ambil ptptn tu.. dah petang baru lah kami balik ke kampus semula, sampai seksyen 2 dalam waktu maghrib. Hujan pulak masa tu. 2 jam aku tunggu rapidKL, tak sampai-sampai jugak. Fikir 2 3 kali nak naik teksi ke tidak. Akhirnya naik teksi jugak untuk balik ke kolej. Tangan kiri kanan penuh dengan beg dan makanan. Dalam teksi, aku duduk depan. Memang sempit dan ada lah jugak aku berbual-bual dengan pakcik tu. Sampai kolej aku bayar dan keluar dari teksi, baru lah

Aku Pelajar UiTM Shah Alam.

Image
ambil mood dengan mendengar lagu Diandra arjunaidi sambil nak buat entry baru untuk blog aku yang dh lama tak di-update. Selalu juga aku buka tapi tak update sebab mood tak ada lah. Kalau aku nak update, aku suka privasi. Tak boleh fokus kalau x ad privasi. Ada jek hamba Allah yang duk sibuk kacau. Okay, aku just nak cerita la yang aku dh sambung degree. Alhamdulillah, dapat sambung jugak kan. Excited jugak la kan, sebab dapat belajat dekat tempat baru, dapat kawan baru. Insha Allah, harap-harap tak culture shock sangat la kan.. maaf lah yek, entry bercampur aduk. almaklum la, banyak benda nk dicerita. mula-mula aku nak ucapkan la terima kasih kepada keluarga dan pakcik, makcik aku yang sudi hantar aku untuk daftar pelajar dari Muar hingga ke UiTM Shah Alam ni. Kalau tak ada mereka, aku tak sampai ke sini jugak..Mereka banyak berkorban untuk aku. Lepas kemas barang hari tu pun, aku ada lah rasa sayu dihati ini bila tengok mak bapak aku melambai-lambai dari jauh..setiap k

Selamat Hari Merdeka ke-56

Image
Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Teringat lagu arwahyarham Sudirman Hj Arshad, masih terngiang-ngiang di telinga mengimbau kembali zaman sekolah rendah dahulu. Aku pernah masuk pertandingan lagu patriotik dan aku menyanyi lagu ni. Ramai pelajar lelaki nyanyi lagu Tanggal 31 ni tetapi semua tak menarik ! tapi aku dapat tempat ke 2. Power tak aku ? suara belum baligh boleh la tahan, lepas baligh terus ke hanyut ke laut jawabnya.. :) Bukan nak cerita panjang pasal memori silam aku, tapi nak cerita pasal memori negara kita. Alhamdulillah, Malaysia dah merdeka selama 56 tahun. Dah lama tuh ! Kalau umur manusia, dah pangkat nenek,datuk rasanya.. Logo merdeka untuk tahun 2013 ni, memang tak mengecewakan seperti tahun lepas. Dengar cerita logo tahun lepas tu, budak praktikal yang buat..Adik aku sekolah rendah pun pandai edit-edit logo macam tu kan..Soooo sorrryyyyyyyyy !  Logo tahun ni memang cantik..mungkin

Salam Aidilfitri 2013

Image
Dah seminggu raya baru nak update blog kannnnn. mesti ramai yang tertunggu-tunggu. acececehhhh! berangan aje lebih aku ni.. Biasalah kan, musim cuti pun tak panjang. Jadi, waktu ni la nak manfaatkan, menggunakan cuti 2 minggu tu sebaik mungkin. Memang ramai sedara mara datang berkunjung, yang dah setahun tak pernah berjumpa. Masa raya ni laaaa kan nak bersua kembali..ada jugak tahun lepas kurus, tahun ni naik pulak badan. yang dari gemuk bertukar ke kurus belum lagi, tak ada lagi..mungkin aku kot untuk tahun depan..kahkahkah Kawan-kawan sekolah dengan uni ramai yang belum datang lagi, disebabkan cuti raya tahun ni pendek sangat. Patutnya bagi la cuti lama sikit kannnnnn, masing-masing tak puas lagi nak bercuti raya. Lepas raya, kalau pensyarah masuk ke kelas. boleh kira la student yang datang nak menuntut ilmu. student lain bertateh-tateh nak balik ke kampus semula, rasa berat jek nak tarik beg baju..kadang-kadang ada juga pensyarah masuk ke kelas, kosong..kosong..kosong.

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Image
Alhamdulillah, 19/7/2013 yang lepas telah keluar keputusan permohonan ke UiTM bagi penerapan lepasan diploma UiTM. Memang berdebar nak menunggu keputusan keluar.  Bersyukur sangat-sangat bila dapat keputusan permohonan lulus. Akhirnya dapat juga aku sambung ijazah selepas bersusah payah menempuh diploma yang sangat mencabar. Aku dapat Sarjana Muda Sains Komputer UiTM. Agaknya aku memang tak boleh berpisah dengan CS (Computer Science). Mungkin dah ketentuan Allah taala tetapkan aku untuk teruskan dalam bidang ini walaupun aku tak berapa nak hadam dengan bidang ni. Aku terima dengan ikhlas dan akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terrrrbbaaaaiikk untuk pengajian kali ini. Nervous jugak dapat kampus transit Shah Alam, memang tak pernah ke sana. Lepas keputusan keluar. Aku tak habis-habis searching pasal UiTM Shah Alam. Aku akan teruskan pengajian bermula semester 3. Terus jadi senior kononnnnyyyyaaaa.. Dapat la jugak merasa duduk kolej Perindu untuk 1 semester.

Jom Derma Baju Raya Terpakai Dan Baru Pada Bulan Ramadan Di Seluruh Negara!

Image
Projek ini diinspirasi oleh projek mendermakan makanan, projek mengumpul tudung, telekung dan sebagainya untuk diberikan kepada yang memerlukan. Tapi projek  kali ini mengumpul baju-baju raya yang masih elok, cantik dan masih boleh dipakai untuk diberikan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Projek ini diinisiasi oleh Aida Suraya binti Daud dan hingga kini lebih dari 15 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam projek ini. MENGAPA Kita sedia maklum bahawa Hari Raya merupakan hari kegembiraan kepada umat Islam. Salah satu cara untuk meraikannya dengan memakai pakaian cantik di hari raya. Namun, ada insan-insan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu untuk membeli pakaian baru. Dengan itu, kami berharap dengan adanya projek ini, mereka yang kurang mampu dapat sama-sama merasakan kemeriahan di hari raya nanti. BILA #BajuRayaProject bermula di dua sesi iaitu sebelum puasa (7 Julai 2013, Ahad) dan insyaAllah semasa bulan puasa (21 Julai 2013, Ahad). Namun, ker

29/06/2013 Final Piala FA (Kelantan vs JDT)

Image
Esok perlawanan akhir Piala FA antara team Kelantan dengan team Johor Darul Takzim (JDT). Mari la kita berdoa beramai-ramai agar team JDT menang untuk kali ini. Team Kelantan bagi la chance dekat JDT pulak nak menang. Asyik Kelantan jek sapu setiap tahun.. :) Yang pergi rombongan/trip/konvoi ke Stadium Bukit Jalil esok, jangan lupa supaya berhati-hati ketika memandu dan ketika berada di dalam stadium. Jaga tingkah laku masing-masing. Jangan la ada yang ter-over sangat kan sampaikan orang sebelah makan hati..... Setiap pertandingan memang adat, ada yang menang dan kalah. So, kalau keputusan dah muktamad. Sila la terima dengan redha dan jangan bertindak atau menunjuk protes disebabkan ketidak puasan hati anda ituuuu... Agak-agaknya siapa la juara Piala FA 2013 ini yek?

Jerebu

Image
Sekarang ni Malaysia dah dilanda jerebu. Aku tak tahu dari mana punca sebenar jerebu ni datang. Tapi, dengar cerita berlaku kebakaran di Indonesia. Kalau imbas kembali, memang setiap tahun akan berlaku masalah jerebu teruk.. Jerebu dekat Muar ni memang semakin teruk, paling teruk waktu pagi dengan tengah hari..Petang kurang sikit. Kalau perhatikan betul-betul, jerebu ni bawa sekali habuk-habuk halus. Kalau disedut tu memang boleh menyebabkan sesak nafas. Sibuk sikit la staff hospital Muar ni, penuh dengan pesakit.. Ada sedikit info yang digalakkan untuk kita lakukan seperti berikut: Gambar rajah di bawah ini adalah API bagi kawasan Muar. Boleh perhatikan, kawasan Muar memang paling teruk terjejas dengan jerebu.. Sekarang ni pun, aku nampak ramai dah mula pakai mask. Harap semua mengambil langka berjaga-jaga. Untuk ketahui keadaan jerebu di kawasan masing-masing, boleh la lihat di SINI

Selamat Hari Abah! :)

Okay, hari ini 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa. Aku lebih suka Hari Abah sebab aku panggil abah. hahaha Teringat zaman kecil-kecil dulu, aku rasa abah aku paling garang dalam dunia ni. Sebab dia tegas. Dulu anak kecil lagi, belum matang. Belum mumaiz lagi kata orang la kan. Kami 3 beradik ni suka main-main, kerjar sana sini. Lepas tu bergaduh, menangis. Hahahaha Abah aku kerja siang malam. jadi, balik mesti lah penat. Nak berehat, nak tido. Bila nak tidur. Anak buat hal pulak. Memang sorang-sorang la kena pukul. Orang dulu cakap bantai . "Aku bantai (pukul) sorang-sorang" Memang teringat sampai sekarang ni, dah jadi kenangan yang boleh diceritakan dekat anak cucu nanti. Hahahaha Kalau zaman sekolah rendah, kerja yang aku paling malas nak buat kerja tentang baiki basikal. Kalau basikal rosak, mesti aku kena baiki. Mentang-mentang la aku anak sulung lelaki yang bawah aku ada 2 adik perempuan..Memang aku jek la jadi mangsanya. Abah aku jadi mentor. Tengok dari jauh.. Le

Gemok!

Image
2 minggu cuti sekolah pun dah nak berakhir, mesti adik-adik dah mula mengeluh dah kena set alarm untuk  bangun pagi-pagi. Aku pun macam gitu jugak, mula-mula happy la dapat cuti panjang tapi bila difikirkan semula, rugi la pulak kan cuti panjang ni. Aku rasa mcm banyak pembaziran telah berlaku. Oleh disebabkan itu, duit aku pun makin kering. Ingatkan nak berjimat cermat la sikit kan untuk 1st gaji ni tapi makin boros, sampaikan duit gaji aku tak sempat nak bagi emak abah merasa. Minta maaf sangat-sangat. Mungkin itu la sebabnya sampaikan tak berkat agaknya. Duit cepat beno hilang, tak tahu kemana tujunya. Bila dah buat perhitungan, maka banyak duit aku dihabiskan untuk makanan. Pergh! duit masuk ke dalam perut rupanya. Patut la makin chubby. Serius! baju yang aku selalu pakai pergi kerja, bila di cuba try test dah sendat sikit. Omg! Memang tak boleh cuti aku ni, kalu duduk rumah. ada jek benda nk disumbat dalam perut ni.. Lagi 1 hal, aku perasan la kan. kalau kita makan lewat

Selamat Bercuti

Image
Cuti sekolah baru bermula, budak-budak pun balik kampung. Dapat jugak berehat sekejap meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Gaji pun masih ada lagi, dapat la ber-shopping sakan nak beli keperluan sendiri. Minggu ni dapat la bercuti di JB, jumpa kawan, lepak, berbual-bual dan ada tolong sikit-sikit jadi cashier kononnya. Selasa depan ada kursus pengendalian makanan, terpaksa la kena join sbb tender pun dapat sambung jadi lepas ni kena pergi kursus dan buat injection typoid. Malas betul! Rehat la puas2, lepas ni mengadap lagi perangai budak-budak ni. selamat bercuti! :) babai

My 22nd Birthday

Alhamdulillah, 23 April yang lalu merupakan hari jadi aku yang ke-22. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, makcik, pakcik, adik beradik, nenek dan mak abah aku di atas ucapan "selamat hari jadi!" kepada aku tak kira dekat FB, sms dan face to face pun ada jugak.. Siapa yang tak happy kan bila orang sambut hari jadi kita, tapi tak mengharapkan sangat pun.At least, orang dh ucap selamat hari jadi pun dah kira bermakna bagi aku. Terima kasih kepada keluarga aku sebab sambut hari jadi aku di kedai makan apa ntah nama dia. Tak ingat pulak nama kedai tuu..Dapat makan besar tuuu dengan family. Dah lama tak buat gathering, bersuka ria. Cuma seorang tertinggal dekat Muadzam Shah, Pahang. Itu pun merajuk lepas nampak photo dalam FB. Sorry cik dayah!my 3rd sister. >.< Terima kasih la kepada my 2nd sister cik Solehah sebab sudi belanja makan besar bersama dengan family. Memang kenyang gila sampaikan perut dh kembung habis. memang padat di isi dengan tomyam campur, d

Alhamdulillah. DIPLOMA, DONE.

okay, sepatutnya entry ditulis pada 1 April 2013, tapi disebabkan masa yang sangat padat. Tak sempat nak menaip, selalu buka blog ni. tapi itu lah, rasa berat jek tangan ni nak menaip. Kalu tengok, fb lama-lama boleh pula. Balik pada tajuk, sebelum ni 3/12/2012-8/3/2013 aku dah selesai menjalani latihan praktikal. Dan Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan Final Year Project aku bergandingan dengan kawan baik, amarulsamsudin. Sekaligus berjaya menamatkan diploma selama 3 tahun ini. Bersyukur sangat-sangat dengan penat lelah menuntut ilmu. Akhirnya dapat juga grab diploma. Memang banyak suka duka waktu belajar ni, kira balance la. kalau suka-suka sangat, itu yang dapat duka. Paham-paham jek la maksud kau tuuuu.. bhahahaha UPU dan Penerapan pun dah mohon, tapi, UPU tu leceh banyak. Bukan sikit. Nak kena print/photostat itu ini lah, patutnya nama dah online, semuanya kena lah online. Ini tidak, Dah kena pos borang ke IPTA terpilih.. Amendeeeeee lah! Insha Allah

Kesian Kau

Image
Sekarang ni dah kecoh balik pasal budak si faten aka ayien si pendek. Tahun lepas aku ada juga buat special entry untuk budak ni . Aku ingatkan dia dah serik/ insaf, tak nak buat kerja menipu orang lagi. Tak sangka pulak tahun ni dia buat perangai lagi. Aku ada terbaca entry dekat blog FD dan SD.  Ini lah muka si fatin tuu, buat muka taik pulak. Aku hempuk baru hang tahu..hehehehe Aku memang tak tahu nak kata apa lagi, aku baca entry dia pun aku tersenyum sinis. * Tak pandai pulak nak buat simbol senyum sinis dkt sini. Mulut orang memang kita susah nak tutup. Jadi, kita buat apa yang betul. Berani kerana benar. Kalau ikhlas nak buat segmen. Teruskan sahaja. Tak payah nak batalkan segmen tu..Kesian dekat blogger yang join segmen kau tuu... Baca jek la komen-komen dibawah ni. Aku nak maki pun, diorang dah maki dulu. Jadi, tak payah la aku nak maki lagi. motif! :) Dah habis baca? panassss kan....mesti tersentap, gugur jantung, hati, limpa..kosong kosong *tetiba nyanyi

Cara Nak Elak Klik Iklan Di Shoutbox

Image
Okay. Saja nak buat intro berjela-jela. Kalau aku buka blog, benda pertama aku akan tengok dalam blog adalah ruangan shoutbox aku. Sebab aku nak tengok la berapa ramai blogger yang sudi komen blog aku ni kan. Jadi, kadang-kadang aku nak balas komen atau follow balik. Aku akan klik link yang blogger tersebut bagi. Tapi, sekarang ni kebanyakan blogger main tipu. Dia bagi link iklan cip-cip dia tuuu..Lepas tu, aku terus moody disebabkan ditipu. Panas hati la jugak kan. Oleh itu, entry kali ini aku nak tunjukkan cara bagaimana korang nak elakkan supaya korang tak 'ter'klik link iklan yang kebiasaannya ada diruangan cbox / shoutbox / shout.busuk / shoutmix. gambar 1 1st step : Korang hover mouse tu ke nama/link dekat shoutbox masing-masing. Sebagai contoh, aku hover dekat nama Su Loo. 2nd step : Bila mouse dh hover di nama/link tersebut, korang lihat dipenjuru bawah sebelah kiri. Disitu akan terpapar link yang ada pada nama tersebut. Contoh pada gambar 1 adalah goo

Budak Kecik Ber-Make up

Jom tengok video ni, adik aku boleh share pulak dalam page di FB. Geli hati jugak tengok si kecik comel lote ni ber-make up. Walaupun sepatah haram pun aku tak faham. Tapi memang salute la dekat adik ni. Pandai giler 

Aku Dan Praktikal - Part 2

Image
Lagi seminggu latihan praktikal aku akan berakhir, jumaat lepas pensyarah merangkap penyelia aku Puan Zuriati, datang untuk menilai hasil projek semester akhir dan laporan harian aktiviti (buku log) aku. Memang nervous la kan, macam nak tunggu mak bapak datang ambil report kad dekat cikgu. Mesti masa tu, cikgu luahkan perasaan dekat mak bapak kita pasal perangai kita dekat sekolah..hehehe Supervisor aku paling excited nak buat preparation sempena pensyarah aku nak datang, dia siap tempah bilik seminar lagi untuk sesi pembentangan. contoh Sampaikan bilik seminar yang dekat dah habis booking, dia sanggup booking bilik seminar yang jauh..Baik giler supervisor aku ni.. Supervisor aku siap beli nasi lemak 7 bungkus, kuih dalam 3 jenis. Dah susun meja, susun makanan. Setting lcd dan laptop. Dah siap sedia luar dalaman.. Sesi pembentangan bermula, introduction company hinggalah testing sistem itu sendiri..Pensyarah aku sangat pyscho! Setiap kali aku explain, mesti dia buat

Selamat Pengantin Baru

Image
Lokasi : Merlimau, Melaka Photographer : Nur Solehah Mohamad Nor ( http://ragamkusolehah.blogspot.com/ ) Selamat pengantin baru buat syafika dan fauzi. Semoga kekal hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel. Ala tomei-tomei :)

Musim Menuai Padi

Image
Lokasi : Kampung Kesang Tasek, Muar Photographer : amarulsamsudin + mohamadsolehin

Topup Giveaway by #Capital M

Image
[ maxis ] [ http://www.amar.my/ ] [ http://luvelyhuzzy.blogspot.com/  ] 

Tunggang Langgang

Image
Okay, idea ini bercampur baur. Jadi mungkin entry akan jadi tunggang langgang. Maaf yek! aku sebenarnya ada habit yang aku tak pasti sama ada semua orang ada atau tidak. Kebiasaannya, setiap benda/perkara ada positif dan negatif. Especially, bab politik dan dunia hiburan. Aku pilih 2 perkara ni sebab memang aku 100% aku akan survey dan ambil kisah. Motip! wahahaha Terima kasih kepada dunia jalur lebar kerana dia lah aku ada habit semua ini. (lari topik okay!) Sebagai contoh la untuk dunia politik, mestilah ada kerajaan dan pembangkang. Sekarang ni kan tengah kecoh nak pilihan raya 2013. Jadinya, mesti lah macam-macam agenda yang akan mereka buat. Tak payah la nak tahu aku sokong siapa. Cuma aku suka ambil tahu tentang kalau yang sokong kerajaan, KENAPA rakyat sokong dan KENAPA ada rakyat tak sokong. Samalah jugak dengan pembangkang, ada rakyat sokong dan ada jugak tidak sokong. Oleh itu, aku nak tahu both side, kenapa dia benci haramjadah dengan semua ni ka

Jalan-Jalan Ke Melaka - Part 1

Image
Harap maaf, ini cerita 25 Disember yang lalu. Baru sekarang baru nak post. Lembap giler aku nak post benda alah ni kan. :) Alkisahnya, semasa cuti sehari sempena krismas tahun lepas. Aku dan kawan aku bercadang la nak jalan-jalan/makan angin tak kisah dekat mana pun, janji dapat la berjalan, hilangkan stress yang baru seminggu praktikal. =B Jadi, aku beri cadangan nak jalan-jalan dekat Melaka, almaklum la kan, memang dah lama aku tak pergi Melaka..baru 2 kali jek pergi Melaka tu. Bhahahaha Kami pergi naik motosikal jek, jiwa rempit tu membara/berkobar-kobar nak jejak Melaka. Naik EX5 jek, naik motosikal balik kampus dekat Segamat boleh, tak kan la nak pergi Melaka tak boleh kan, Okay, cerita naik motosikal pung pang pung pang, dah sampai Melaka. Tempat pertama kami pergi adalah Mahkota Parade, pusing-pusing satu MP tu. Just nak ambil angin jek. Ambil mood makan angin dulu.Untuk makluman semua, kami pergi just untuk makan angin sahaja. Jadi mood ber-shopping tak ada dalam