Pages

6/14/16

Job Interview @ Nusajaya


Hari ni 13 June 2016, aku pergi walk-in interview di nusajaya, sekarang dh tukar nama iskandar puteri. Jawatan sebagai technical support engineer, di syarikat multinational nama Nityo ICoE. Sebelum ni nazlin, kawan aku pernah training dlt situ. So, aku pernah try send resume through email dkt one of the senior staff dkt situ dlm bulan februari.


So, bulan 6 ni dia reply email aku dgn invitation interview utk jawatan sebagai technical support.
Jujur aku cakap, sebelum ni aku susah tau nk pergi iv. Maksudnyaa byk je company IT open kerja. Aku malas nk apply, belum apply tapi aku dh bg mcm2 alasan sebab takut nk jadi programmer. Nak jadi helpdesk,nanti kena power english.



Tapi bila dapat email dari Nityo ni, aku terpanggil nk pergi walk-in iv dia. Tak fikir panjang, aku terus on je dgn amarul. Set date, off day ahad. Apply cuti isnin. Terus pergi iv.
Nervous okay nak iv. Kena ckp english. Dh english aku berterabur. Sebelum pergi iv, mesti lah kena prepare dulu.


Benda basic sebelum pergi iv adalah
1. Google sikit info tentang company.
2. Google sikit info tentang kerja yg ditawarkan.
3. Google sikit info cara menjawab waktu iv.
4. Prepare document penting, susun ikut turutan.
5. Pastikan resume kau update/terkini.
6. Standby baju, seluar, tie yg kau nak pakai..


Waktu tu, aku berdua je dgn amarul. Tak ada candidate lain pun. Excited punya pasal. Pukul 9 lebih dh sampai office. Jumpa receptionist, tunggu dlm 1/2jam baru masuk board room. Masuk sorang je. Aku org pertama jumpa dia.


Interview mcm biasa. Introduce yourself, dia tanya expected salary, tanya willing tak kerja dkt KL. Aku willing ke, boleh kerja merata tempat. Confident je ckp gituu. Dia tak ada tanya pun what do u know about the job and the company. Legaaa aku masa tu, tak payah nk blur fikir. Hahaha


Lepas tu dia bagi 1 topik, kena fikir buat sikit point lepas tu kau kena elaborate, cerita whatever tentang topik tersebut dlm masa 3 minit. Inteviewer bagi topik butterfly. So, kau merapu jek laaa apa dlm english.. aku pun tak kira cukup 3 minit ke tidak aku berckp tuuu. Paling dasyat, iv aku lebih 1 jam. Amarul dah bosan duduk dkt lobby..

Lepas aku, turn amarul pulak kena iv. Iv dia sekejap je. Tak mcm aku sampai 1 jam lebih. Alhamduillah, hari tu juga dapat tahu result..Excited bukan main lagi wei. Lepas tu ada 2nd iv mcm simple je, just kenal2 dgn senior staff lain. Myb HR team diorang. Dkt situ lah dia ckp aku diterima dan tunggu offer letter.



Bersyukur sangat2, tak payah lah nk pergi iv lain. Semoga aku dgn amarul cepat pickup, cepat faham, mudah sesuaikan diri di tempat baru. Amiin ya rabbal alamin

6/9/16

Membebel tengah mlm

Pesanan utk diri sendiri sebenarnya. Biarlah kita buat 1 kerja, walaupun gaji kecil yg tak seberapa asalkan berkat disisi Allah taala. Berbanding kita buat 2 kerja tapi tak berkat,, mmg ada masalah je sentiasa.

Kerbekatan. tu yg penting. tak kisah lah Kerja siang mlm bagai nak rak, kalau tak berkat, halal haram tak kisah. Itu yg merosakkan institusi rumah tangga.

Duit hasil dari kerja yg halal dimata manusia tapi tak ada barakah dari allah mmg beri kesan pada seseorang.

Hasil gaji tu lah, diguna buat beli makan pakai anak-anak.. hasil gaji tu lah, jadi darah daging dlm diri. Jangan salahkan anak2 kalau hati anak keras. Anak tak dengar kata. Kena fikir apa punca benda semua tu berlaku.

Jangan asyik nak salahkan org lain. Jangan fikir kita dh tua ni, dh byk pengalaman, dh tahu asam garam kehidupan. Yg tua tak matang, tak betul lg.

Kadang2 yg tua ni lah lagi tak betul. Dh tua, lg liat nak dibentuk..

Masing2 ada tanggung jawab masing2.


6/8/16

Salam Ramadhan


Alhamdulillah, hari ni dah masuk 3 Ramadhan. bersyukur kita masih sempat lagi nak menyambut ramadhan tahun 2016 ni.

tak ada nak cerita, just nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DAN BANYAK AMALAN BAIK DILAKUKAN DARIPADA RAMADHAN SEBELUM NI 

AMIIN YA RABB

6/5/16

Puasa Zaman Sekolah

Lagi berapa hari je kita nak masuk bulan Ramadhan. Siapa yg ponteng puasa lepas dh ganti ke belum? Hehehehe

Bila dah masuk alam kerja ni, boleh pulak teringat kenangan puasa di zaman sekolah dgn zaman universiti.

Kalau ingat balik, mmg boleh tersenyum sorang2. Hihihihi

Nak cerita zaman sekolah dulu. Zaman duduk asrama lah paling best.

Aku duduk asrama 2 tahun dkt kluang. Terawih mmg tak miss setiap mlm. Paling kurang 8 rakaat. Lepas tu, prep sekejap. Then masuk tidur. Time subuh ni paling best sebab kalau aku dgn dormmate dengar je bunyi loceng. Celik je mata, bingkas bangun berlari pergi DM (dewan makan). Tuju ke sinki dulu. Basuh tangan, basuh muka, kumur2 terus beratur ambil lauk.

Buat mcm gitu, sbb malas nak kena beratur panjang nanti. Dh la beratur, nnti makan lambat. Lepas makan dh boleh sambung tidur. Hahaha

Waktu form 4 lagi la celaka, bila senior form 5 ni potong queue. Time tu mmg makian je le yg keluar dari mulut. Huhuhu

Apa ni maki2 bulan puasa. Berkurang pahalanyaa. Jangan ikut ye perangai mcm ni adk2 ku. Hihihi

Menu sahur dkt asrama biasa2 je. Tapi bagi aku sedap, mungkin sbb aku jenis kuat mkn. Hahaha. Rasanya aku tak pernah miss sahur. Kahkakahkah

Time berbuka pulak, mmg kena beratur panjang sbb ada bdk yg pukul 5 dh standby depan DM.

Kitorang ni jenis mandi lambat2. So terhegeh hegeh ambil makan sbb kalau ambil awal2 nanti tersiksa jiwa batin, tak tahan nak makan. Hahahaha

Time berbuka air sejuk paling best. Ye laa, time berbuka jek la nak merasa air sejuk. Bersahur dh teh o suam.

Berbuka serentak dgn perempuan. Tapi duduk tak boleh campur. Kena asing. Jadi kalau yg ber-couple, ber-skandal tu akan duduk mengadap konon tapi meja lain. So sawwwiittttt kan. *tangan dibahu,mata keatas* hahaha

Biasanya meja depan, senior yg duduk. So, junior ni duduk lah belakang dkt celah2 mana yg boleh duduk.

So, itu waktu form 4. Bila masuk form 5. Aku jadi senior mcm yg aku cerita ni. Hahahha. Balas dendam namanyaaa. Hehehe

Tiba2 aku teringat menu nasi dgn ayam siap ada papadom. Waaaaaaa! Lapar la pulak.