Posts

Showing posts from 2019

Dilemma

Assalamualaikum. Dah lama rasanya aku tak update blog. Diharap semuanya sihat belaka ye. Alhamdulillah Dah share sikit, tak tahu nk luahkan pada siapa lagi. Padahal dah banyak kali cerita dengan kawan-kawan. Hahahaha. Naik muak diorang dengar. Sebenarnya aku dapat kerja baru. Sekarang aku kerja di 7 Eleven, dh 2 tahun lebih kerja di situ. Rasanya dh tiba masa untuk aku cari kerja yang lebih stabil, menjamin masa depan aku. Aku ada apply job di speedmart haritu. Dipendekkan cerita, alhamdulillah. aku dpt job tu tapi bukan di muar. Mungkin dapat area JB.. Ikutkan dh 2 kali aku apply speedmart ni. Tak silap awal 2017, 1st time apply before masuk 7 eleven lagi. Masa tu interview di KL. Aku dapat job tu tapi aku terpaksa tolak sebab tak ada duit utk hidup dkt selangor. Masa tu mmg tak duit. Nk pinjam dgn parents pun rasa malu. Serba salah nk pinjam sebab family pun bukannya kaya. Diorang lagi memerlukan duit. 2019 aku cuba apply semula speedmart, alhamdulillah interview di warehouse sel

draft - Dinner DCS

Image
Draft Date - 16/04/2010 Masha Allah, style apa aku pakai zaman ni! hahaha. Kurus teruk masa ni, sekarang dah kembang semangkuk. kahkahkah

draft - Perpustakaan Awam Memang Awesome ! :D

Image
Draft Date - 3 Oktober 2012 Disebabkan final exam dah dekat, maka aku merajinkan diri ini untuk menghadap buku-buku setebal kamus Oxford tuu. Aku ajak kawan aku pergi study dekat perpustakaan awam segamat. Daripada semester lepas, cadang nak study dkt sana. Tapi habuk pun tak ada, tiap kali nak pergi mesti ada hal yang tak penting dianggap penting. Biasa la tu kan~  Jiran sebelah rumah aku ni dalam proses renovation dari minggu lepas, jadi bunyi mesin memang tak lekang. Kalau bangun pagi tu, dah tak payah guna alarm dah. Kalau nak study lagi la kan. memang menyakitkan hati aje.  Dengan itu, aku dan kawan kau pergi la public library yang tak berapa jauh tu..Mula-mula takut jugak nak masuk sebab bangunan lama, tersorok daripada jalan besar. 2 3 kali aku ulang alik naik motor. Fikir 2 3 kali. Nak ke tak masuk ni. Mahkamah dekat sebelah memang banyak kereta. Dah terlanjur sampai ni, masuk aje la.  Parking depan pintu masuk and masuk jek nampak la kaunter pengurusan dan terus seny

draft - Jadi Pengalaman

Hidup aku sekarang ni dah macam hidup berkeluarga.. Sebab apa aku cakap mcm itu? Sekarang ni aku tahun akhir dan sedang menjalani latihan praktikal, masuk pukul 8 balik pukul 5. Mcm biasa la kan, office hour. Badan semestinya penat walaupun tak banyak kerja tp penat tu masih ada. Sampai rumah, tukar baju dan sambung melayan anak pulak. Mana pulak dapat anak ni? Mak aku kan babysitter. Dia jaga 2 beradik. Kakaknya 3 tahun dan adik dia 3 bulan. Kakak dia memang la nakal. Tak senang duduk dibuatnya.. Tapi penat bekerja tu hilang bila kita melayan anak-anak kecil ni. Seronok tengok keletah anak-anak ni. Dodoikan sampai tertidur. Lepas tu. Sibuk pulak mengemas rumah. Basuh pinggan, lipat baju, sapu sampah. Bila dah selesai semua kerja. Baru la dapat rehatkan badan. Masa untuk mengadap kerja-kerja pejabat pulak dan seterusnya tidur. Bila bangun esok pagi.. Sambung balik rutin harian aku..lain cerita pulak bila weekend. Kerja membantu emak mengemas, menbasuh dan memasak..Kalau mak aku outsta

Gaji Minima Syarikat 7 Eleven Untuk 2019

Image
      Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya melalui email mohamadsolehin@gmail.com