Pages

11/1/15

Draft - Jadi Pengalaman



 Nak tergelak pulak bila aku belek-belek post yang aku tak jadi nak publish. Buka draft, banyak jugak lah post yang tak sempat nak publish. Kebanyakan post tu semua, aku tak habis cerita lagi. Kononya, nak sambung cerita lain hari. Alamatnyaa berhabuk dalam draft. Sorry sayang sekalian. Kalau aku rajin, nanti aku buat special post macam gini. Supaya aku dapat lah #throwback, apa benda yang aku nak sampaikan dalam post-post tak kesampaian tuu.. :)



Post yang bertajuk "JADI PENGALAMAN" bertarikh 26/12/2012, ini cerita masa aku tengah dalam mode praktikal dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Harghhhh! rindunyaa dekat staff department IT. Rasa bersalah la pulak bila aku dengan amar hilang, senyap sepi terus bila dah habiskan praktikal. Terus tak datang jenguk, ziarah staff dekat situ walaupun sekali. Minta maaf sangat-sangat dengan sikap kami ni. ;'(


Walaupun tak ziarah, tapi kalian tetap menjadi ingatan dan memori yang sentiasa terpahat dihati dan kepala otak kami ni. Rindu dengan En.Masnizar, Kak Sabrina, Kak Fida dengan En.Latiff. See! aku ingat lagi okay nama mereka semua. Hahaha. We miss you alls! *heart*

Okay-okay, dekat bawah ni post yang 'sendu' tak dapat nak publish sebelum ini. :P