Posts

Showing posts with the label artis

Shila Amzah Juara Asian Wave Competition 2012

Image
Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah kerana telah dinobatkan juara Asian Wave Competition 2012 di China semalam. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh adik beliau sendiri melalui akaun tweeter nya setelah mengucapkan kata syukur terhadap kemenangan kakaknya, Shila Amzah. Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. Rasa bangga dengan kemenangan Shila Amzah telah berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Tahniah di ucapkan sekali Shila! :)

Shila Amzah Mara Peringkat Akhir Asian Wave Competition

Image
Pada 31 Ogos yang lepas,  Shila Amzah telah terbang ke Shanghai untuk menyertai pertandingan Asian Wave, Ini adalah bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara. Alhamdulillah, selepas peringkat saringan telah berjaya. Shila juga telah berjaya memasuki peringkat akhir. Sebelum mara ke peringkat akhir, Shila telah melalui dua pusingan awal dimana Shila berentap dengan wakil dari Singapura pada pusingan pertama dengan menyanyikan lagu Set Fire To The Rain dan akan berentap dengan wakil dari Jepun untuk pusingan kedua dengan lagu favourite Shila iaitu Forever Love. Alhamdulillah! Shila berjaya dan melayakkan diri untuk pusingan akhir pertandingan Asian Wave yang berlangsung pada 20 September 2012. Tahniah diucapkan kerana telah mara hingga ke pusingan akhir dan semoga Shila berjaya dalam pertandingan Asian Wave, Shanghai. Fighting !! ...