Posts

Showing posts from August, 2011

Blog Review 2 JOM TEKA! #1

Image
Ok hari ni aku nak sambung blog review, lagi 3 blogger sahaja akan di-review mari kita terjah blog teruna sorang nih http://putrakakashi.blogspot.com/ seorang putra berasal daripada Langkawi Nickname Awie Dia nih wing-mate aku sebenarnya, so kitorang kenal antara satu sama lain. Haha Blog dia simple but nice Aku suka baca blog dia sebab dia guna ayat yang 'selamba' aku suka ada logo UiTM di hatiku :) Dia sayang sangat-sangat dengan classmate, banyak gila gambar tuh. Jealous i! dia nih MPP. Haha kena jugak mention! :) Jom singgah blog awie! Tak rugi korang blogger seterusnya adalah http://qweenzsixthlurve.blogspot.com/ Cik Dara Kampung berasal dari Pekan, Pahang Header blog dia cantik Hamster dia comel! :) Perempuan memang sweet kalu dengan colour Pink blog dia cantik, simple, ah! memang suka lah mudah nak baca sebab font dia size besar ayat-ayat dia pun simple, selamba dek jek widget dia semua tersusun, suka

Lailatul Qadar

Image
Alhamdulillah, hari ni dah sampai 20 Ramadhan. dah nak sampai penghujung Ramadhan da pun. Kebiasaanya 10 malam terakhir ni la ramai yang ternanti-nanti tak sabar nak jumpa dengan malam tuh. Korang tahu malam apa tuh? Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar". Bulan Ramadhan ini mulia kerana antaranya ialah 1. Turunnya Al-Quran Al-Karim yang menjadi panduan dan pertunjuk di dalam kehidupan manusia; serta 2. Turunnya para malaikat pada suatu angkatan besar yang penuh bercahaya gilang ¨ gemilang yang disertai oleh Jibrail untuk memberi penghormatan kepada orang yang berpuasa ikhlas, dan untuk menyaksikan amal ibadah mereka

Blog Review JOM TEKA!

Image
Good Morning bloggers! Ok, aku dah buat blog review pemenang JOM TEKA! so, jom kita terjah Cuba tengok  header dia. Cantikkan? simple jek.  Nama owner blog ni pun dah mention dekat header tuh,   FATIN DIANA , berumur 18 TAHUN dan berasal BANDAR DAMANSARA blog dia sangat-sangat la RINGAN , kejap jek loading dia   SERONOK baca entry dia Penggunaan bahasa yang mudah DIFAHAMI  Setiap entry dia mesti ada GAMBAR, font yang digunakan pun simple, MUDAH nak baca cursor dia sangat COMEL Follower dia pun dah RAMAI , WOoo Dia CANTIK! Haha  Tak rugi kalau korang follow FatinDiana, memang puas hati dengan dia punya blog! Klik banner kalau nak blog dia. Ok Blogger seterusnya adalah Fana, Boleh klik banner untuk jenguk blog dia Aku suka font Century Gothic , bulat-bulat jek font-nya Widget Fana semua TERSUSUN , tak sakit mata pun tengok Blog Fana pun RINGAN jugak, sekejap jek nak loading Aku suka blog yang ada

Jawapan JOM TEKA!

Image
Hye uolls! Apa macam dgn juadah berbuka puasa tadi? mesti sedap-sedap lauknya, Ok lah, tengah hari tadi aku ada buat 'game' JOM TEKA! first time aku buat benda tuh. Saja-saja jek buat 'game' tuh. Sambil ber-blogwalking tuh, boleh lah main teka-teka. Tak susah mana pun gambarnya. Aku dah ada pemenang untuk JOM TEKA! #1 ini, ada 6 bloggers yang dapat jawab dengan betul. Memang 6 orang jek yang jawab, maknanya semua jawapan betul lah. Ini gambar yang kena teka dan ini adalah jawapannya Ini adalah list pemenang JOM TEKA! Fatin Diana Fana Azie Azman AwieKashi Dara Kampung Afiqa Dayana Nanti aku akan post kan blog review untuk semua pemenang. Tahniah uolls!

Jom Teka! #1

Image
Hye bloggers! Ok hari ini aku saja-saja nak buat contest tak macam contest pun sebenarnya aku lebih suka mention game la, boleh kan? Aku namakan game ini  siapa-siapa pun boleh join. Aku akan bagi satu gambar dan korang kena lah TEKA Simple jek gambar dia, tak susah mana pun. Kalau siapa yang dapat jawapan betul,  aku akan REVIEW BLOG korang  Tak ada syarat dan terma pun kalu nak join game ini,  korang bagi jawapan dekat post ini besertakan LINK blog korang.  Game ini berlangsung selama 5 jam SAHAJA. Pukul 7 nanti aku akan tutup game ini. JomTeka Gambar ini. GAME OVER *TUTUP*

Salam Nuzul Quran

Image
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. .Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.   Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Qura

Wordless Wednesday #1

Image
Thank you for reading this entry!

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

Image
Nama Panggilan Blogger: SoL Tarikh Mula Berblog: 18 Mac 2010 Rakan Blogger Terkini: 109 Target Tambah Rakan Blogger: tak kisah la berapa pun, lebih baik ada daripada tak ada :) Click banner kalau nak join =) Thank you for reading this entry!

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda

Image
Hye uollss! Ok hari nih aku nak join segmen dari RELAX SEBENTAR. Jom ramai-ramai join segmen nih, tak rugi apa-apa pun. Click jek banner dekat atas tuh kalu nak join. Ok Thank you for reading this entry!

Under Construction

Image
Hye semua, just nak bagitahu buat sementara ini blog SoL under construction, banyak benda nak kena adjust balik. Korang boleh baca lagi blog nih. Cuma mungkin ada yang berterabur la sikit. Apa-apa pun. Thank you for reading this entry!

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Image
Apa khabar semua bloggers? aku dah lama tak join GA ini, so rasa macam nak join jek bila tengok GA seorang blogger cun nih. Rasa macam boleh menang jek. Haha. Sedapkan hati jek. Korang boleh join GA nih. Simple jek syarat dia. Guys boleh click dekat banner atas untuk maklumat lebih lanjut. Ok, disini aku nak 3 orang yang bertuah amarul awie LuNa Thank you for reading this entry!

Menegur

Image
"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain" Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Maknanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja. MEMBINA DAN MEROBOH Teguran boleh dibahagi kepada 2 secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak langsung suka ditegur. Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan didengari dengan berlapang dada. Lain

Video Rakyat Malaysia Dipukul, Dirompak Semasa Rusuhan Di London

Image
Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain. Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London. Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa. Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!! Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjala

Ramadhan bulan bagi umat Nabi Muhammad

Image
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang. Thank you for reading this entry!

Amalan Baik Di Bulan Ramadhan

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa . Bagi ummat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan puasa adalah : Membaca Al qur’an Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an. Seger

Addict

Assalamualaikum. Apa khabar semua! Rindu la dengan korang. Haha Sorry la, aku dah lama tak update blog aku nih. Busy lah semenjak semester akhir nih. Haha. Akhir la sangat kan! Ok lah, belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua. Dah 9 Ramadhan dah,  aku masih berpuasa di perantauan. Ceh! perantauan lah sangat. Esok lusa nanti rajin-rajin la selak metro atau bharian nanti keluar muka aku nak buat salam perantauan. Hoho Semenjak bulan Ramadhan ni bermula, aku rajin sangat bersahur. Haha mesti korang pelik statement aku nih. Korang biasanya sahur mesti ada makan-makan kan?? Aku tak pun, aku celik mata pukul 4. Terus buka laptop. Haha. Sekarang nih aku dah addict meng-download. Tak habis-habis meng-download jek kerjanya. Biasalah kan pukul 4 jarang ada budak online, so masa tuh la line laju-laju la sangat. Dah banyak jugak la drama korea yang aku download. Belum tent

Kesalahan Ketika Berpuasa

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira den