Posts

Showing posts with the label call of duty

Lelaki Serang Budak 13 Tahun Gara-Gara Call Of Duty

Image
Selepas berulang-kali ditewaskan oleh seorang budak berusia 13 tahun di dalam permainan online Call of Duty : Black Ops, seorang lelaki merasakan bahawa dengan hanya menukar taktik permainan adalah tidak mencukupi. Lelaki yang berusia 46 tahun itu dikatakan menyusup masuk ke rumah budak tersebut ketika dia sedang asyik bermain. Bradford yang menetap di Plymouth, England, mengambil keputusan untuk menyerang budak berusia 13 tahun tersebut dengan mencekiknya. Malang bagi Bradford kerana ketika itu ibu budak lelaki tersebut yang berusia 33 tahun berada di situ dan berjaya menarik Bradford daripada mencederakan anaknya. Bradford hanya meninggalkan kesan calar dan merah pada leher budak tersebut, tiada kecederaan yang lain. Bradford kemudian melarikan diri dengan senyap dan kembali ke rumahnya, tetapi tidak lama kemudian dia ditangkap oleh pihak berkuasa. “Ia sangat menjengkelkan apabila seorang lelaki dewasa sanggup menyerang seorang budak berusia 13 tahun yang tidak mampu melin...