Posts

Showing posts from September, 2012

Blogger Penipu !!

Image
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga . Itu adalah peribahasa Melayu yang selalu kita dengar. Semua orang tahu, apa maksud disebalik peribahasa tersebut kan. Kalau korang baca tajuk entry aku kali ini, mungkin ada yang terasa ? Siapa makan cili, dia yang rasa pedas . Peribahasa lagi. Tak habis-habis. :) Ada satu blogger freshie katanya, beriya-iya nak buat Giveaway. Tajuk GA beliau adalah "Giveaway dari Fatin,Fitrah dan Aina". Siap ada sponsor lagi. Hadiah GA dia memang gempak habis. Ramai jugak blogger yang excited nak join GA beliau. Tapi ada jugak blogger yang kata GA ni penipu. Owner GA ni siap ugut nak report polis kalau ada yang kacau beliau lagi. Aku pun tak tahu yang mana betul, jadi aku pun join jugak. Saja-saja nak tengok betul tak beliau ni dapat tunaikan janji dia. Penat aku buat entry untuk GA dia, http://mohamadsolehin.blogspot.com/2012/09/misc-giveaway-by-fatin-fitrah-dan-aina_23.html Katanya kalau kurang 20 blogger yang join, GA

Urban Wardrobe Shop

Image
Korang berminat dengan fashion dari Korea ?  Jom singgah ke blog URBAN WARDROBE SHOP yang baru dibuka sebulan yang lalu.  Sebenarnya kawan aku baru mula kan business pakaian especially untuk gadis-gadis yang kuit-miut yang perasan cantik. hahah *joke ok. (: Beliau berminat buka business and then dia buka secara sambilan di official page FB beliau iaitu  https://www.facebook.com/urbanfashionII  . Alhamdulillah, ramai pelanggan yang berminat berurusan dengan beliau memberikan respond yang positif kerana salah satunya adalah customer servis sangat terbaik, ini adalah kata-kata dari testimoni daripada seorang pelanggan baru beliau iaitu Zoey yang merupakan seorang blogger jugak. Zoey sangat berpuas hati dengan produk yang dibeli oleh beliau. Jom kita singgah ke blog beliau,   http://zoeyzauyah.blogspot.com/2012/09/review-produk-sophie-magic-pinkkrim.html URBAN WARDROBE SHOP adalah satu business yang menjual pakaian fesyen terkini seperti bags,dress, blouse dan

Random Giveaway By Wawa

Image
http://chocofluxuryga.blogspot.com/2012/09/random-giveaway-by-wawa.html Syarat-syarat penyertaan : Mempunyai blog Blogger yg tinggal di  Malaysia Follow blog wawa Follow Sponsor *WAJIB* Cara Menyertai : Buat satu entry bertajuk "Random Giveaway By Wawa ". Letak banner dan link kn ke entry ni. Tinggalkan link/url entry anda di kotak komen Tag atleast seorang blogger dan pastikan mereka tahu Pemilihan pemenang :  Random / Cabutan tangan Tarikh tamat :  30/9/2012 Tag Amarul Jom pakat-pakat join GA ni. Mudah aje syarat-syarat nya, sponsor pun tak terlalu ramai. Nak join ke?  Klik la SINI :)

Freebies Background Paddle Pop

Image
Sekarang masih dalam mood study week, next week baru final exam, hibernate dalam bilik aje.  Jadi, idea pun tak datang-datang. :]  Tapi hari ni aku nak kasi freebies background untuk korang. Idea design ini pun datang dari design tudung Radiusite. Tak percaya ke ?? meh aku tunjuk sikit. Theme freebies kali ini adalah paddle pop (: Sila ambil, jangan malu, jangan segan :) Tolong bagitahu kalau korang ambil yek! Right Click > Open Image in New Tab > Right Click > Save Image As Aku memang suka design yang pelik-pelik. So, sorry la kalau korang tak berkenan yek :)

Follower ke 800. Thanks y'all! :)

Image
Alhamdulillah. hari ini blog aku dah mencecah follower ke 800.  Terima kasih di ucapkan kepada Mr. Oziz Tale kerana sudi follow blog Mr.Moustache. :) Jom kita terjah blog beliau dan ramai-ramai follow beliau :)   http://talethatneverend.blogspot.com/ Terima kasih jugak kepada semua rakan-rakan bloggers yang sudi baca, komen dan follow blog aku ni, Mr.Moustache :{ ♥

Petua Meningkatkan Daya Ingatan Mengikut Sunnah

Image
Banyak aku tengok sekarang ni top searching adalah petua untuk meningkatkan daya ingatan. Mungkin yang kaki search ini mesti terdiri daripada students yang bakal menghadapi peperiksaan akhir especially macam aku ni peperiksaan untuk final semester. Nervous dibuatnya. Subjek pun memang core. :] Cara yang paling bagus dan boleh menjadi amalan seharian ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a.,  “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.” BERSUGI Zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi; 1) Sebagaimana

Komik Dakwah : Makna Bacaan Dalam Solat

Image
Untuk menambahkan khusyuk dalam solat seeloknya kita faham apa yang kita baca Kalau tak faham apa yang dibaca memang kurang la sikit penghayatan solat Meh aku share sebahagian makna bacaan solat yang aku ambil dari FB http://www.facebook.com/pages/Lukisan-Dakwah-Islam/186960618086884   Semoga kita akan lebih khusuk dalam solat selepas ini. :)

Misc Giveaway by Fatin , Fitrah dan Aina

Image
http://fatinkedingsecret.blogspot.com/2012/09/misc-giveaway-by-fatin-fitrah-dan-aina.html Nak hadiah yang awesome ??  Jom la join giveaway dari Fatin,Fitrah dan Aina ni.  Tak susah mana pun syaratnya. Klik banner kalau nak join. Rugi kalau korang tak join sebab hadiah nya memang AWESOME !! :] LOMO CAMERA , CAMERA CANON , IPAD , OWL SLING BAG , SILICONE WATCH , SAMSUNG GALAXY S III , NECKLACE , EARING , SHAWL , TOPUP RM20 , FELT NAME  PENGALAMAN ANDA SEMASA MENGEDIT BLOG  Aku memang suka mengedit blog sebab aku suka tukar-tukar design. Aku edit blog dengan bantuan bloggers yang banyak bagi tutorial contohnya blogger bicara farah dan lysaa faizureen. Aku akan mengedit blog bila ada masa lapang especially waktu malam. Sanggup overnight semata-mata nak mengedit blog. Power tak aku? haha. Kalau study mcm tu, bagus jugak kan. :] DAN TENTANG KELUARGA ANDA Aku anak pertama daripada 4 adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan. Abah aku kerja government dan m

Shila Amzah Juara Asian Wave Competition 2012

Image
Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah kerana telah dinobatkan juara Asian Wave Competition 2012 di China semalam. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh adik beliau sendiri melalui akaun tweeter nya setelah mengucapkan kata syukur terhadap kemenangan kakaknya, Shila Amzah. Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. Rasa bangga dengan kemenangan Shila Amzah telah berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Tahniah di ucapkan sekali Shila! :)

Color Block Dinner Party!

Image
hye semua! dah lama jugak tak update new entry. Alhamdulillah, tadi baru lepas settle kan test 3 untuk calculus. Ad lagi 2 test bakal datang, bakal? esk test nya. sempat lagi kan nak update blog. Sebelum final exam ni, batch aku akan buat dinner untuk yang terakhir sebelum kami semua ber-praktikal di tempat masing-masing. Mungkin sesuai dengan nama 'party' sebab students sahaja. Lecturer tak ada. haha :) Macam biasa la kan, setiap event dinner/party ni. Mesti la ad tema nya. Sepanjang 3 tahun, semua tema sangat membosankan..Pelik-pelik aje diorang punya idea.  Aku ni kaki komen aje lebih. join tidak pulok. banyak dolak dalih nya. Tema dinner pun baru tahu petang tadi.  Ingatkan nak biasa-biasa jek  *gaya Maria Tengku Sabri dalam iklan Ribena. Rupa-rupanya tema dinner/party kali ni lagi peliks! BLOCK COLOUR. Macam peliks jugak bila first time dengar. Paham la sikit, bila si dinner planner tuh explain dengan 'detail'. Si dinner planner cakap ma