Teh Untuk Semua!
Semasa di bulan Ramadhan yang lalu, aku ad join 1 forum atau boleh dikatakan group discussion antara doktor di kampus aku dengan beberapa sukarelawan yang berminat nak join forum tersebut.
Banyak jugak info kesihatan yang aku tahu, sebelum ni memang tahu. Lepas join forum tu, boleh tahu pulak. Alhamdulillah ♥
Salah satunya pasal khasiat teh, tapi kena ingat! khasiat teh akan berkesan kepada peminumnya jika mengamalkan tanpa letak gula dan susu.
Masyarakat di China telah mengamalkan meminum teh sejak 4000 tahun yang lalu. Mereka percaya dengan meminum teh hijau mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti magrain.
Sesiapa yang selalu rasa tress dengan kerja di pejabat atau dengan assigment yang berlambak. boleh la korang mengamalkan meminum teh.
Ini kerana, satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan saintis di jerman menunjukkan bahawa teh mampu membesarkan saluran-saluran darah, meningkatkan perjalanan aliran darah keseluruh badan dan memberikan faedah antioksidan yang baik untuk tubuh badan.
Teh dapat memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasaan serta dapat meningkatkan sistem imunisasi.
Kepada wanita-wanita yang obses dengan kecantikan, boleh amalkan meminum teh kerana di dalam teh ada antioksidan yang berfungsi untuk melawan penyakit dan melambatkan PENUAAN. Siap capital lagi penuaan tuh! :]
Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, dan antaranya ialah :
1. teh berupaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
2. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
3. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
4. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
5. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
6. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
7. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia.
8. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
9. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
10. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
Alhamdulillah, selepas dengar forum dari doktor. Aku terus amalkan meminum teh dan banyak jugak perubahan yang aku dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas minum teh. Teh tanpa gula memang akan rasa pahit, mula-mula memang tak biasa, rasa kelat ajek tekak nih lepas minum.
Tapi nanti lama kelamaan akan terbiasa jugak kan.
Bak peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa :]
and now it's tea time! :)
tapi teh acidic
ReplyDeleteteh berfungsi sebagai anti oksidan baik untuk kecantikan
ReplyDeletebetul tu..minum la selalu yek! :]
Deletesya ska minum teh tp seksa jgk nk hbs'n law tanpa gula
ReplyDeletehaha..minum sikit2 nanti habis jugak :]
Deletesaya juga penggermar teh tapi malangnya saya suka teh + gula. lepasni nak amalkan teh tanpa gula pula :) manis sangat pun bahaya sebenarnya :)
ReplyDeleteteh adalah anti oksidan..kalau saya,tiapkali lepas minum teh,badan saya akan cepat berpeluh dan segar. Kalau berlaku pada anda, ianya berkesan lah :)
nak minta permission untuk share kelebihan teh tu di blog saya boleh?nanti sy credit kan pada blog anda :) boleh singgah ke blog saya
ReplyDeletedengan senang hati, saya bagi permission untuk share. :]
Deletebetul tu..lagi2 teh cina..pure punyer..amek bunga kering dier tu kan cmpo air panas..series, hilang stress..(^___^)..
ReplyDeletebetul2 tu..teh cina kena minum panas2, kalau dh sejuk nanti x sedap. :)
Deleteserius, kite 1 family mmg hantu teh..tiap mlm minum teh..bahaya kalo terlalu kerap minum teh kan? :(
ReplyDeletetak tahu la pulok kalau selalu minum, ad side effect pulak..nanti sy tanya doktor :]
Delete