Kemudahan di kawasan UiTM Jasin


okay, 1 Jun 2014 merupakan tarikh pelajar diploma akan mendaftarkan diri disemua UiTM termasuk lah juga UiTM Jasin, Melaka. Aku ucapkan selamat datang kepada adik diploma sekalian, selamat menempuh onak dan ranjau sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi..

Untuk pelajar diploma UiTM Jasin yang bakal mendaftar, jangan risau, gundah gulana dengan banyak persoalan dalam kepala otak macam mana lah agaknya suasana dekat kampus baru ni..UiTM Jasin adalah kampus baru, jadi buat masa ni fasiliti dan kemudahan telah disediakan dengan sebaik mungkin. i promise okay!

1. Kolej Kediaman.
Kolej Kediaman

Kemudahan yang disediakan adalah kolej kediaman, untuk pelajar diploma telah disediakan kemudahan kolej untuk siswi dan siswa. Kolej siswi sebanyak 3 blok dan kolej siswa sebanyak 2 blok. Kolej dia mcm apartment, setiap apartment 1 bilik air dan 3 bilik utk 2 orang, maksudnya 1 apartment ad 6 orang. Untuk makluman buat pelajar ijazah, kemudahan kolej tidak disediakan. sila betulkan kalau salah.

UPDATE UPDATE UPDATE



Ini adalah lebih kurang mcm pelan utk 1 apartment, saya tak ada gambar yang real untuk apartment tersebut. sorry sangat2 ye kwn2 :)

Bilik memang kecil, kalu nak lepak dalam bilik memang boleh sesak nafas *sardin dlm tin pun boleh bernafas lagi. Sbb tu ada ruang tamu, tempat melepak dgn duduk beralaskan lantai sejuk :P


2. Medan selera @ Cafe
Cafe Blok Kuliah

Kemudahan tempat makan, medan selera aka cafe telah disediakan. Ada 2 lokasi medan selera iaitu cafe di ground floor blok kuliah dan medan selera bersebelahan dengan kolej siswi..Cafe di blok kuliah ada 10 gerai dan medan selera kolej ada 8 gerai telah dibuka. Alhamdulillah, disebabkan kampus kita di kawasan pedalaman, maka harga makanan memang murah. Macam-macam jenis makanan ada, nasi ayam, roti canai, pacal lele, bakso, makanan kampung, makanan ala carte, kalau yang tekak mat salleh tu, western food pun ada especially chicken /  lamb chop, spaghetti dan sandwich. So, jangan risau kalau anda tak cukup makan. (:

3. WiFi
Bilik Kuliah

Alhamdulillah, jangan risau kalau berkenaan dengan kemudahan wifi sebab wifi boleh didapati disekitar semua bilik tuto, bilik kuliah, dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan dan juga medan selera @ cafe. Kemudahan wifi di kolej, tak pasti samada disediakan atau tidak.. Jangan expect wifi disini laju sampai boleh streaming atau download running man. Setakat whatsapp, untuk searching boleh lepas lagi.

4. Surau / masjid
Masjid Al Mukminun, Kg Sri Mendapat

Terdapat masjid diluar kawasan uitm jasin, kaum lelaki boleh bersolat jumaat disana. Basah lencun jugak lah kalau jalan kaki ke sana. :P Pusat Islam terletak ditengah-tengah kawasan kampus, mungkin boleh dinaik taraf kepada masjid jika bilangan pelajar dan staff meningkat.  Kemudahan surau ada disediakan di blok fakulti FSKM dan FPA di ground floor bilik pensyarah, blok kuliah di tingkat 5 dan di medan selera kolej.

5. Parkir
Parkir di kawasan blok kuliah dan bangunan teknologi 2
Sekarang kawasan parkir jadi masalah utama, mungkin pelajar yang tinggal di kolej tidak dibenarkan untuk bawa kenderaan dan diberi peluang kepada pelajar ijazah. Parkir untuk kereta dan motor memang tak cukup. Sekarang ni kebanyakan kawasan parkir di khaskan untuk staff sahaja.. Ada saki baki yang tinggal diberi kepada pelajar..redha je laaaa~

6. Fitness Area

Fitness area telah disediakan oleh pihak pengurusan pelajar bagi meningkatkan kecergasan pelajar. Lokasinya di dalam bangunan Pusat Persatuan Pelajar.

7. Pengangkutan bas
Untuk pelajar yang tinggal diluar dan mungkin pelajar tinggal kolej yang berangan nak keluar outing, bas uitm ada sediakan trip ulang alik dari kampus ke pekan merlimau dan jasin. Bas panorama Melaka juga disediakan tetapi hanya diluar kawasan kampus sahaja. So. pelajar kena berjalan kaki keluar dari kampus untuk guna khidmat bas panorama.

8. Rumah sewa
Untuk kawasan perumahan kebanyakan di kawasan Merlimau berbanding di kawasan Jasin, untuk dapatkan kemudahan rumah sewa, pelajar kena cari dengan segera sebab bukan pelajar uitm sahaja yang ada tapi pelajar politeknik Merlimau juga ada menyewa di kawasan Merlimau. Demand untuk rumah sewa sekarang dh meningkat, so kena berhati-hati dengan penyewa yang suka ambil kesempatan. Ada juga rumah kedai yang dijadikan asrama untuk pelajar. Better sewa rumah dekat kawasan Merlimau berbanding di Jasin sebab Jasin lagi jauh dari Merlimau. Trust me beb!

9. Pusat Kesihatan
Didalam kampus juga ada disediakan pusat kesihatan al-Zahrawi, ada juga klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta yang terletak di kawasan pekan Merlimau.

10. KFC, Pizza Hut Delivery
Kalau ada yang mengidam nak makan kfc atau pizza hut, ada franchise di kawasan Merlimau. Buat masa ini, memang franchise itu sahaja yang ada, mungkin lepas ni ada mcd pulak. Doa banyak ye kawan2. (: Ad jugak restoran mamak 24jam di Merlimau.

11. Perpustakaan UiTM, Perpustakaan awam
Of course la uitm ada perpustakaan sendiri, buat masa ini memang tak banyak buku lagi tapi pelajar boleh masuk, lepak-lepak, buat discussion group, baca surat khabar. Ada perpustakaan awam terletak di Merlimau berhadapan dengan SK Merlimau 2.

12. Dobi
Untuk pelajar yang malas nak basuh baju sendiri, ada dobi 24jam terletak di Merlimau berhadapan Politeknik Merlimau.

13. Stesen Minyak
Sila tarik nafas dalam-dalam, fuhhhhh~ untuk pelajar yang bawa kenderaan, hanya 2 stesen minyak iaitu bhp dan petronas di pekan Merlimau..Kalau nak pergi ke kelas tu, better isi minyak dulu sebelum pergi. Sebab sepanjang perjalanan dari Merlimau ke kampus hanya dikelilingi ladang kelapa sawit sahaja. Begitu juga di kawasan jasin.

UPDATE UPDATE UPDATE

14. Mesin ATM

Kemudahan mesin ATM kini terdapat di medan selera kolej kediaman, insha Allah 2 lagi mesin ATM akan disediakan dalam masa terdekat

15. PERKHIDMATAN BAS MAYANG SARI EXPRESS




>>>>>>>   Panorama UiTM Jasin, Melaka <<<<<<<

>>>>>>>  Peta ke UiTM Jasin, Melaka  <<<<<<<

Comments

  1. Berapa km jarak antara Pekan Merlimau ke UiTM Jasin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti berapa km, tapi kalau naik m0t0r ke kampus dlm 15 minit dari merlimau

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulilah,penghujung bulan 6 lalu,pihak bank telah sediakan mesin atm dan diletakkan dikawasan k0lej kediaman :)

      Delete
  3. boleh post iklan di sini.tumpang lalu....Sy ada rumah untuk disewakan di bandar jasin bestari ( dekat MYDIN Jasin) tidak smpai 1 minit ke mydin jasin , utk pelajar2 uitm jasin yg berminat,rumah lot banglo baru, perabot penuh satu rumah semua baru dari kedai.mempunyai ruang tamu yg luas & besar sesuai utk keselesaan penyewa.4 bilik besar dan 2 bilik air.boleh memuatkan lebih 20 orang.jika berminat boleh call sy 013-2536293.boleh war-warkan kpd kwn2 yg berminat.tq

    ReplyDelete
  4. dimana hotel bajet yg paling dekat dengan uitm jasin ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf reply lambat. di kawasan merlimau tak ada hotal bajet. homestay banyak dikawasan uitm jasin

      Delete
    2. ad.. kt dpn kwsn Maybank.. Merlimau Inn.. tp x lah bjet sgt.. mhl la jgk huhu.. yg len ad kt area pekan jasin :)

      Delete
  5. boleh tak tunjukkan gambar di dalam hostel ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak ada gambar real utk hostel tp saya ad sediakn pelan supaya awk dpt imagine.. hehehe :)

      Delete
  6. Seterika disediakan ke tak ?

    ReplyDelete
  7. Seterika disediakan ke tak ?

    ReplyDelete
  8. kalau nk balik kl ada temrinal bas brhmpiran tk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk ke KL, taman dihadapan politeknik ada perkhidmatan jualan tiket bas mayang sari express ke TBS.

      Delete
  9. selalu nya, degree punya student akan stay sana for how long? adakah hostel disediakan utk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak pasti samaada pelajar degree disediakan kolej ketidak. kena contact pihak pengurusan kolej untuk dapatkan kepastian. disini saya sertakan contact no HEP uitm jasin 06-264 5000.

      Delete
    2. Hanya info utk bakal pelajar degree uitm jasin, kolej utk pelajar degree hanya disediakan utk pelajar semester 1 sahaja tetapi jika pelajar degree berminat untuk menetap di kolej utk sem seterusnya anda perlu membuat surat rayuan dan berikan surat tersebut kepada pihak unit pengurusan kolej

      Delete
  10. hostel disediakan tak untuk budak degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak pasti samaada pelajar degree disediakan kolej ketidak. kena contact pihak pengurusan kolej untuk dapatkan kepastian. disini saya sertakan contact no HEP uitm jasin 06-264 5000.

      Delete
  11. Berapa jarak cimb bank dengan uitm jasin? Agak2 jauh tak? Bas ada ke nak pegi situ?

    ReplyDelete
  12. klu nk ke KL,bley naik bus kt mn yea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh naik bus express mayang sari, tiket boleh dibeli di kedai di hadapan politeknik merlimau :)

      Delete
  13. Assalam, ada tak bas dari melaka sentral terus pergi uitm Jasin ??

    ReplyDelete
  14. berapa agak2 sewa sekitar uitm jasin tu? jauh tak dari u?
    lagi satu pembangunan kat situ camne?

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer