Dear my No.1 bestie,happy birthday to you


Tanggal 3/4/1991 didalam berkat bulan Ramadhan, maka lahirlah seorang bayi lelaki yang bernama Muhamad Nur Amarul b. Samsudin. Mungkin dah terlalu lambat untuk aku ucapkan selamat hari jadi kepada satu-satunya kawan aku yang paling rapat. Happy belated birthday to you. Semoga apa yang diimpikan semuanya tercapai, cepat dipertemukan jodoh, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan.

Reunion DCS 2009 di Pengkalan Balak, Melaka +  celebrate Amarul's birthday suprise party.

Terima kasih sbb sudi jadi kawan, sahabat untuk aku selama 5 tahun lebih kita dh berkenalan. Bukan senang untuk kita berpisah begitu sahaja, susah senang suka duka kita sentiasa bersama. Semoga persahabatan kita tak terputus, semoga kita akan saling faham memahami dengan pegangan masing-masing. Semoga kita tak akan bermusuhan jika ada sengketa antara kita berdua. 

Budi baik kau memang tak dapat aku balas dengan wang ringgit. Terima kasih sebab sanggup tunggu aku habiskan diploma walaupun supposely kau dh graduate lebih awal dari aku. Terima kasih sebab memahami karenah aku yang selalu demand, moody tak tentu pasal. Kau tak pernah lari daripada aku tapi kau sama-sama tolong selesaikan masalah aku.

Sampai sekarang aku masih mengharapkan pertolongan kau, aku takut untuk berdiri seorang diri. Aku tak tahu macam mana aku nak tempuhi masa depan jika kita dah ada haluan masing-masing.

Maafkan aku yang telah banyak menyusahkan kau dari diploma hingga ke ijazah..Tiada sahabat lain yang boleh diganti dengan kau..Kau adalah sahabat dunia akhirat aku. Sejujurnya jika di syurga dijanjikan dengan bidadari, aku mahukan kau sebagai penggantinya untuk menjadi teman sejati aku. amiin ya rabbal alamin.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer