Pages

2/27/12

Goodies : Cute Items



Hye peeps ! Di sini aku ada sedikit koleksi yang aku kumpulkan cute items, kebiasaannya aku gunakan koleksi ini untuk assignment - assignment aku. Kalau korang nak cantikkan blog rasanya boleh jugak guna cute items ni. Cute items ni semua dalam bentuk .png . Ambil la yek :)

p/s : right click >> save image

Anak Siapa La Nih! :)




hye peeps ! bangun pagi terus on facebook. Ternampak la dkt wall officialPage Wardina post tentang video adik adibaah ni. Yang aku tahu adik Adibaah berumur 17 tahun dan bersekolah Sekolah Al Amin Gombak. Sama-sama kita hayati apa yang adik Adibaah sampaikan. :)



Anak siapa la ni kan ? untung dapat anak macam adik Adibaah ni, pandai berdakwah da. Speaking dia mengalahkan mat saleh betul. Kalau aku ambil MUET dengan sah-sah la aku kena condemn dengan adik adibaah ni. :) Confirm la dia dapat BEN 10. haha



Untung mak bapak dia, sejuk perut ibu mengandung. kecik-kecik dah pandai berdakwah. alhamdulillah.

Jom follow @Adibaah || spliffing.tumblr

2/26/12

Jom Report to Facebook!

hye peeps ! sambil semalam aku blogwalking pergi blog ke blog. awat? blog awak tak kena blogwalking dgn cek ka? haa, bak mai link awk dekat shoutbox cek naa. :)

Aku nak kongsi satu entry daripada dia. Aku dah minta izin tau. Ini ha cik empunya blog. Klik la header tu, kalau nak terjah blog dia. :)



Disebabkan bosan dengan fesbuk, bedah godek godek lah page ni... page itu lah. Then suddenly bedah jumpa banyak gila page yang kita sebagai Islam patut REPORT.

SEBAB APA KENA REPORT?

Sebab all of the pages menghina Islam yakni menghina Allah SWT. Takkan kita yang mengaku ISLAM nak buat " ada aku kisahhhhhh??? " . Pandang je then cakap "not my business!" . Tentulah tak kan? hikhok~

Kat bawah ni bedah sediakan link-link yang kita patot report.



Banyak gila babeng kan??? ok, camne nak REPORT?

Kalau korang tengok dekat bawah belah kiri page tu ade tulis report macam gambar kat atas. Just klik je then tick kan spam ke.. hate speech ke. Its up to u : ) Serius, suke lah pulak jadik Harry Potter tak rasmi. hahaha. Pasni bedah nak pergi carik lagik. At least kita ade menyumbang jugak sikit untuk agama kita. Wallahualam.

Just sharing. Terima kasih sudi baca!

p/s : Bedah = Diyana Norman :)

kredit : http://luvmaxle.blogspot.com/

Aku Dah Nak Jadi Atok Da. :)

Hye peeps ! Dalam beberapa minggu lepas, aku dan housemates yang lain baru perasan, rupa-rupanya kucing kesayangan kami dah dinodai! Oh tidak, punah harapan nak kahwin kan dengan kucing parsi. :) Nama kucing kami ni pelik sikit. 'sebelai' means sering dibelai. :)


Kurang ajo betul si jantan tu, dah sedap buat tak nak tanggungjawab pulak. Kitorang tengok bila 'sebelai' masuk rumah, dah boboyot dah rupanya. Menyesal tak sudah! :)

Balik rumah, mesti lapo! bila dh kenyang tido. itu la kerja dia sejak bunting ni. :] Disebalik geram tu, ada jugak rasa excited sebab tak sabar nak tunggu kelahiran pertama si 'sebelai' ni. Mesti comel-comel anaknya. Haha

Rasanya belum cukup sebulan, tapi perut dia dah makin membesar. Makan pun makin berselera. Tuannya pun makan sikit jek :)

Nak sambut cucu pertama kan, banyak kali dah aku search info tentang 'bunting dan kelahiran' ni. :) Rasanya pakcik dah bersedia da. haha *terserlah kebodohan disitu

Macam nak beli cage la lepas ni, senang sikit boleh bawak jalan jauh kan. Tak la tertinggal ke-seekor-an dalam rumah tu. :]



Aku dah tunjuk gambar anak kucing ni dekat 'sebelai', aku cakap nak comel macam ni. dia ngiau jek la. tanda paham. haha

alaa tomey cucu atok! :)

bye.

2/25/12

Apa pendapat Korang ?



hye peeps ! aku just nak pendapat jek. Tak tahulah kan korang pernah tak alami situasi yang aku alami sekarang ni. Kalau nak luah kan perasaan dekat sini pun boleh jugak. :)


SANGGUP TINGGALKAN KAWAN DISEBABKAN AWEK YANG BARU KENAL 2 3 BULAN ?


Sharing is caring! Right ? :]

2/24/12

Hadis Nabi #5



ketahuilah! bahawasanya di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! itulah yang dikatakan hati
Riwayat Bukhari dan Muslim

2/23/12

Geramnya tengok arnab ni

Hye peeps ! baru hari ni nak buat new entry, tak ada idea sebenarnya. Tapi paksa diri jugak buat new entry. :)

Petang tadi lepas aku gunting rambut yang panjang dah macam ala-ala Noh Hujan gitu. haha poyo jek~ saja nak jalan-jalan, pusing 1 segamat ni. Bosan duduk rumah, asyik ngadap laptop jek.

Terdetik di hati nak pergi tengok pet shop. Saja nak tengok binatang-binatang, i suka haiwan sebenarnya. haha Dekat Segamat ni ada 2 pet shop jek, setahu aku la kan. So, 2 kedai tu terjah habis-habisan.

Macam-macam binatang ada, tapi yang menarik perhatian aku adalah arnab. Alahai, comel-comel arnabnya. Kecik jek size nya. Rasa nak kemam jek arnab tu. haha
Dulu aku obses nak bela sugar glider, hamster and now arnab pulak. :)



Rasa nak bela jek tapi as student kan, memang masa tak cukup nak study. apa lagi kalau ada bela binatang ni. Memang tak akan ditatang bagai minyak yang penuh la. :) Boleh nak bela, tapi mungkin akan terabai sekali sekala.



Aku dah berangan jauh da, mula-mula nak beli arnab sepasang. Lepas tu, nak avoid dia beranak setiap tahun, aku akan hantar ke veterinar untuk mandulkan si jantan nya. Kalau tak jadi mandulkan, akan aku hantar ke kampung untuk tinggal dalam reban ayam. haha

Tapi angan-angan aku tak jadi sebab kawan aku tampar aku depan tauke pet shop. So, angan-angan tu dah terbang jauh. Tak jadi beli terus. :]

Ada orang nak beli kan aku arnab ? beli kan la. haha gaya gediks ok!

Apa-apa pun, bila dah kerja nanti. aku nak jugak beli binatang. Insyallah. :)

bye!






2/19/12

Laptop tu kena pandai jaga, kalau nak pakai lama :)



Hye peeps ! Zaman sekarang ni, semua orang dh ada laptop. Main pakai jek tapi tak pandai nak jaga. Bahagian luar laptop memang la kita jaga, siap beli cleaning kit lagi. Itu la tanda sayang kita pada laptop. :)

Sebelum nak cerita panjang, mari aku kenal beberapa komponen penting dalam laptop iaitu motherboard atau mainboard dan laptop fan.

Motherboard atau biasa juga disebut mainboard merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller yang bertugas mengatur lalu lintas data dalam sistem motherboard. Fungsi umum dari motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain.

Kipas angin diletakkan di dalam laptop seperti kipas angin untuk mendinginkan processor dan macam-macam lagi yang ada dalam laptop tu. Kipas angin tersebut berfungsi untuk menjaga suhu udara agar tidak melebihi suhu yang ditetapkan.

Tapi ini true story dan 1 realiti yang harus di hadapi oleh pengguna-pengguna laptop. Sebab habuk yang terperangkap dekat fan laptop korang akan menyebabkan "overheating" pada processor seterusnya laptop korang akan mati.



Tapi boleh hidup balik jangan takut ;) Tapi jika berterusan, motherboard laptop korang akan terbakar lepas tu dah tak hidup-hidup dah, memang pergi tak kembali la jawabnya. Kos motherboard laptop sekarang ni dah la mahal, baik maintenance dengan bersihkan habuk dalam laptop. Charge selalu kedai kenakan RM100 ke atas.

Dekat kedai dah banyak jual cooler fan laptop yang berfungsi untuk menghantarkan udara dan membantu kipas laptop dalam mendinginkan suhu laptop. Tak membantu sangat sebenarnya.

Bergantung pada budi bicara kedai servis tu la. Selamat menjaga laptop korang ;)

bye!

2/18/12

Apa itu CAMRip, TS, R5, DVDRip, BRRip ?



Hye peeps ! zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah download movie.

Bagi first time yang meng-download mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana. Kalau waktu aku zaman muda-muda dulu, aku main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok. :)

Sekarang ni aku nak kongsi bersama korang tentang jenis dan maksud benda alah tu senua bermula dari bawah atau yang tak best punya. :)

5. CAMRip

CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie. :)

4. TS

TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip.

3. R5

R5 adalah DVD yang telah di lancarkan di beberapa negara/daerah tertentu atau biasanya hasil seludup dari negara lain. Kualitinya baik kerana sumber nya dari DVD asli.


2. DVDRip

Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai .

1. BRRip

Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi atau memerlukan resolusi yang tinggi.

p/s: Terpulang pada masing-masing kan, kalau download yang kualiti baik pun, lepas tengok terus buang kan. haha :) aku suka pilih DVDRip, ringan sikit dari BRRip. bye!

2/17/12

Niat Kerana Allah



Hye peeps ! sejak aku lahir di dunia, macam-macam jenis perangai yang aku jumpa. aku suka observe certain situation and make the conclusion. Korang mesti pernah buat macam tu. :)

Salah satunya, aku rasa nak tampo jek orang yang ada perangai mahukan balasan lepas buat something atau tolong orang. Aigoo! orang macam tu pun ada ka ? mesti la ada bro.

Bukan nak buat sesi mengumpat tapi just nak cerita yang boleh kita nilai sendiri sama ada baik atau buruk. Malas nak buka cerita sebenarnya. Buat sesuatu tu sebenarnya kena la ada niat baik.

Contoh macam pe'ah tumpangkan jenab pergi ke kelas. Setiap hari macam tu ulang-alik. Suatu hari, jenab tumpang aton pergi kelas, tak jadi tumpang dengan pe'ah. Jenab punya baik hati, belanja aton makan aiskrim. Si aton ni pergi cerita dekat pe'ah. Apa lagi si Pe'ah ni dah kecik hati, bawak mulut cakap si Jenab ni tak kenang budi. Last-last, pe'ah tak bertegur sapa dengan jenab dan aton. motif ?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman:”Jika hamba-Ku berbicara(iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan,maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku mecatatnya dengan 10 kali ganda.Jika ia berniat untuk melakukan keburukan,maka Aku mengampuninya selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku menulis untuk yang semisalnya.’


Kita sepatutnya rasa bersyukur jadi muslim sebab dalam Islam ni sangat mudah nak dapat pahala, seperti dalam bab berniat ni, kalau berniat baik je terus dapat pahala. On the spot, terus dapat. Belum buat lagi tu baru berniat. Kalau niat untuk dapat makan ais krim, dekat dunia jek la dapat ais krim tu. :]

Baru niat dah dapat pahala. Even kalau korang berniat jahat tapi korang tinggalkan atau tak jadi buat, dapat pahala jugak. Bila dah buat benda jahat, baru dapat dosa. Tapi buat baik tu jangan la asyik berniat je. Takkan nak dapat satu jek pahala. Buat lah baru dapat 10 kebaikan.Ye dak ? So, apa-apa perbuatan kita mulakan dengan niat kerana Allah. :)

Jangan mengharapkan balasan sangat. Mungkin dapat di dunia, tapi dekat akhirat nanti ? habuk pun tak ada.

Contest: Iam Malaysian Cool Blogger By Khairina Hairuddin



Hye peeps! hari ni tak ada idea nak tulis apa. So, aku nak join segmen baru dari Khairina Hairuddin. Jom la join ramai-ramai. Klik banner kalau nak join sekali

Nak tahu apa hadiahnya ?

First Winner: Top up and Handphone Case with Handphone Strap&Keychain

Second Winner: Handphone case with keychain and Brooch flower

Third Winner: Handphone strap with brooch flower

due date : 25 January 2012 - 1 March 2012

You know pisang ?

Hye peeps ! aku baru siap kan notes economic aku sebab sabtu ni ada test. Baru terhegeh-hegeh nak siapkan notes. akhirnya siap jugak. Alhamdulillah.:)

Nak cerita sikit, baru hari ni aku tahu yang pisang. what pisang ? Alaa, its banana la. bukan banana in pajamas tu tau. Sambung balik, yang pisang tu ada lah diet yang terbaik untuk sarapan pagi.



Tak percaya ka ? ahli farmasi di Jepun telah temui satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China. Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi. Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram.


Tiba-tiba datang mood nak search tentang pisang sebab hari tu aku ternampak my lecturer sarapan pisang dalam kelas sambil guide her students take the test :)

2/15/12

Pulau Buatan Manusia

Hye peeps ! alhamdulillah, hari ni sempat nak update new entry. Tengah hari tadi, aku lepak-lepak dekat bilik lecturer sambil selak magazine. Terbaca 1 artikel pasal pulau buatan manusia.

So, dekat sini aku just nak share info dengan korang. Jom kita tengok satu persatu.

The Pearl





The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan empat juta persegi. Pulau yang terletak kira-kira 350 dari luar pesisir West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan United Development Company.

Pulau Palma





Palm Island atau Pulau Palma terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) dibina oleh Nakheel Properties denga tenaga kerja dari Belgium dan Belanda. Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersial, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur. Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertontonkan seluruh dunia.

Pulau Eden





Ia bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambungan ke laut. Pulau Eden bersambungan dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

The World (archipelago)





The World adalah gugusan-gugusan pulau buatan yang mengandungi kira-kira 300 pulau yang dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta bagi daratan bumi. Ia dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai, UAE. Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 - 42,000 meter persegi dengan jarak di antara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 ialah sebanyak 14 billion.

Pulau Thilafushi





Thilafushi adalah sebuah pulau buatan dibina sebagai sebuah pusat perbandaran yang terletak di antara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives. Thilafushi asalnya sebua lagun di panggil 'Thilafalhu' dengan keluasan 77 km dan kelebaran 200 meter di kawasan cete. Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah daratan dengan lebih 4.6 jua kaki persegi dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk pembangunan perindustrian.

Kepulauan Venetian





Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne di Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau San Marco, Pulau San Marino, Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach). Pulau-pulau ini bersambungan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami. Pada hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjoggingm berbasikal, berjalan kaki dan bersiar-siar.