Radio Ria - Misteri Jam 12

Hye peeps ! Korang suka tak dengar cerita-cerita seram pada waktu malam ? Haha, sekarang ni aku macam dah suka pulak nak dengar cerita-cerita seram. Tapi aku dengar bila ada member yang nak join sekali. Kalau seorang diri, jangan harap la nak dengar. :)

Dekat Malaysia tak ada pun cerita-cerita ni. So, mana nak dengar ? Aku dengar dengan Radio Ria, station radio di Singapura. Dalam rancangan Misteri Jam 12 ni, seorang penyampai radio bernama KC akan bacakan kiriman email cerita-cerita seram daripada pendengar.



Dengan suara DJ yang boleh buat seram, sound effect sewaktu rancangan tu pun memang menyeramkan, kalah sound effect dari movie Hantu Kak Limah. Waktu iklan pun ada suara orang mengilai lah, dan macam-macam lagi.

Kalau sesiapa sekitar Johor bahru dapat la dengar radio dari Singapura ni, setiap 12 malam dari isnin sampai jumaat. Kalau korang betul-betul berani, dengar lah. Tak nak terbayang-bayang sampai tidur, jangan dengar. Lepas aku dengar, confirm tidur tak tutup lampu. :)

Ada siapa-siapa yang berani nak dengar ? Dengar dekat sini http://live-radio.blogspot.com/2010/10/radio-ria-897-fm.html

Amaran, anggaplah ia sebagai satu hiburan. Tidak ada sebarang bukti yang boleh mengesahkan kebenarannya.

Comments

  1. Haha..aiyoo! susah la nak tidur malam ni. :)

    ReplyDelete
  2. Sata duk jhr, tapi saya memang tak berani langsung nak dengar siaran tau..:P

    ReplyDelete
  3. @Yana Libra haha. cuba la dengar.confirm terbayang-bayang nanti. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer