Pages

11/29/11

Gambar Jambatan Runtuh di Kalimantan,Indonesia

Assalamualaikum

Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas. Jambatan tersebut telah siap dibina pada tahun 2002.

Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.

"Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi.


Semoga mangsa hilang akan dijumpai dengan selamat. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Tokoh Maal Hijrah 1433H | 2011

Assalamualaikum

Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini mempunyai 2 kategori iaitu kategori Kebangsaan dan Antarabangsa.

Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 bagi kategori Kebangsaan.

Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori Antarabangsa.



Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.

Opick - Rapuh

Assalamualaikum.

Hye! sekarang mood kurang baik, geram sangat dengan si Dhia. Memang tak dengar kata. si Dhia Sangat susah nak lepaskan kawan-kawan..Asyik berkepit jek!

Nak hilangkan bad mood tuh, aku suka sangat dengar lagu dari Opick. Tajuk lagu dia Rapuh, memang tenang bila dengar sambil faham kan setiap bait-bait lirik lagu ni.



Opick ni penyanyi dari Indonesia yang membawa lagu yang berunsurkan ketuhanan. Memang tak rugi kalau korang dengar lagu dia.

Sini aku ada lirik lagu Rapuh, mari kita sama-sama fahamkan setiap lirik lagu ini.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Aku dah sediakan mediafire untuk memudahkan korang nak download. Tak payah susah nak cari. Mediafire

11/28/11

Komik hantu yang menyeramkan

Assalamualaikum.

Hye u ollss!

check this out! awesome gila. Boleh kena heart attack kalau baca komik dari korea.

Korang baca sendiri dekat sini : Bongcheon-Dong Ghost
Scroll ke bawah untuk membaca cerita penuh.