Puasa Enam Syawal
Selamat hari raya diucapkan kepada semua bloggers. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan disamping merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti terawih, membaca al-quran dan semoga amalan baik yang telah dilakukan sewaktu di bulan Ramadhan diamalkan berterusan dan istiqamah hingga dibulan yang lain. Dalam meraihkan kemenangan kita di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan, Allah tetap nak bagi kita ganjaran yang hanya ada di dalam bulan Syawal. Agak-agak apa ya?? Mesti lah amalan puasa enam. Mari kita berkenalan dengan puasa enam. Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga. M...