Posts

Showing posts from 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Image
Lagi beberapa jam sahaja lagi akan masuk tahun baru 2013. Macam mana dengan azam tahun 2012? dah tercapai atau masih terkapai-kapai lagi? Kalau tahun lepas, azam tu masih tak dicapai lagi. Baik copy and paste aje azam tu bawa ke tahun baru 2013. Kalau nak sambut pun, tak payah la nak kebabom sangat. Tahun masihi beriya-iya sambut, terkinja-kinja anak dara dekat tengah padang sambut tahun baru. Kalau tahun hijrah, tak nak pulak sambut macam gitu.. Kita tak nak la, bila kita sambut dengan tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Syaitooon nirrojim pun seronok nak sambut tahun baru. Sebaik-baiknya sambut dengan ahli keluarga dekat depan kaca tv sahaja pun dah cukup meriah rasanya. :] Insha Allah, dengan izin Allah, untuk tahun baru 2013 ini aku berazam untuk habiskan pengajian dengan cemerlang, selepas habis belajar, berusaha untuk cari kerja dan kumpul duit untuk kesenangan keluarga dan paling utama sekali adalah untuk sempurnakan amal ibadah kepada Allah

Sila Waspada Dengan Aplikasi Auto Like

Image
Sekarang ni sibuk dah ada aplikasi auto like di dalam Facebook, Diharap semua pengguna Facebook,jangan la guna aplikasi auto like tu, kawan perempuan aku memang pengguna Facebook tegar dan dia memang suka like-like status/gambar kawan-kawan dia. Tapi 2 3 hari ni, disebabkan dia telah menggunakan auto like. Habis semua website/gambar lucah pun kena like padahal bukan dia sendiri yang like tapi disebabkan aplikasi auto like itu sendiri. Jadi sila waspada atau tak payah la nak guna aplikasi sebegitu. okay! Sekarang kawan aku telah deactivate facebook untuk sementara waktu. Nasib baik aku sempat printscreen untuk dijadikan teladan untuk semua. ingat! kalau nak like tu, biar la ikhlas dari hati, tapi kalau setiap statement semua dia nak like, aku pun menyampah. :D okay, bye!

Creative Bike Helmets

Image
These creative bike helmets were created by Russian ad agency

25 Random Facts About Me

Image
Terima kasih Iema Gurl yang sudi tag aku untuk join '25 Random Facts About Me'. Aku pun tak tahu la siapa yang buat benda alah ni. Memang pecah kepala otak nak fikir apa benda la 25 facts  pasal diri aku ni. Tapi, alhamdulillah siap jugak akhirnya. Ada juga facts yang merepek. :] 1.aku sekarang berumur 21 tahun. 2.baru 3 minggu menjalani latihan praktikal. 3.anak sulung daripada  4 adik beradik 4.aku lebih suka membasuh pinggan berbanding basuh baju.. 5.aku seorang yang panas baran 6.aku mind setkan kepala otak aku ni, makan sayur boleh hensem kan muka kita. hahaha 7.aku tak suka suasana yang bising kecuali dalam bilik karok boleh pulak. 8.selalu buka blog tapi tak tahu nak update pasal apa.Tak idea sebenarnya~ 9.aku pelajar UiTM Segamat 10.bila aku tidur,aku suka mengadap dinding. sejuk~ 11.aku suka baju bersangkut guna hanger dalam almari berbanding baju berlipat dalam almari 12.latihan praktikal ni sangat membosankan sebenarnya.lol 13.badan aku

Wordless Wednesday #20

Image

Tahniah Maria Elena & Asfirdaus

Image
Tahniah diucapkan kepada Maria Elena a.k.a peliks telah menjadi seorang isteri dan selamat diijabkabulkan dengan insan bernama Asfirdaus a.k.a dato'. Semoga rumahtangga beliau berbahagia selalu dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak-anak yang comel-comel belaka. :] Baru aku tahu yang Maria Elena ni kakak ipar Fatin Liyana si doktor blogger.  Aku bila lagi nak kahwin ? hahahaha

Oh Windows 8

Image
Sekarang ni masing-masing sibuk nak upgrade windows 8. Sampaikan yang tak mampu nak upgrade tu, sanggup jadikan live tiles windows 8 sebagai wallpaper laptop pun jadi la kan :) Percaya lah! kawan aku pernah kena kelentong, percaya aku pakai windows 8. Siap double klik lagi. padahal wallpaper jek. hahahahaa Tapi, hari ni dreams come true. Terima kasih kepada my besties yang gatal tunjukkan kan windows 8 dia tu. Akhirnya aku paksa jugak dia install dalam laptop aku. Yeah! Disebabkan aku tak pro lagi nak guna windows 8 sepenuhnya. Aku buat dual boot untuk memudahkan aku buat kerja. Kalau dah fed up, cepat-cepat tukar windows 7 pulak. Ini la live tiles aku. Mula-mula memang pening. Terkial-kial nak mencari shut down button. Nak close program pun susah jugak, mencari jugak la mana button close dia ni.. Nak tak nak, terpaksa la guna khidmat kawan dekat sebelah. :] Sempat lagi kan nak install, padahal dalam office ni. Boring gila tak ada kerja. Staff lain pun sibuk b

Where's Kitty ? #2

Image
Agak-agak la kan. Mana la kucing aku menyorok ni ?  Boleh tolong carikan tak ? Dah jumpa ke belum ? Jom singgah blog diorang.   FitRyna | PakJoe | Priya | Anisa | Nina | Zafirah | Emma | Nabila  

Bandar Maharani, Bandar Diraja

Image
Muar yang dahulunya dikenali sebagai bandar Muar kini diisytiharkan Bandar Maharani, Bandar Diraja Johor. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah diadakan di Muar selama 5 hari 5 malam bermula 21 hingga 25 November yang lepas. Pelbagai acara menarik sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja. Antara sambutan yang diadakan adalah acara perarakan kereta berhias, Cabaran Jet Ski Antarabangsa Johor 2012, perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api. Mercu tanda baru di bulatan Sulaiman, dibina dengan kos lebih RM 1 juta. Monumen tersebut yang mempunyai  identiti tersendiri dengan empat gading gajah gergasi di setiap sudut dan mahkota di bahagian atasnya. Malam akhir ketika acara bot berhias dan pertunjukan bunga api. Jambatan Sultan Ismail ditutup untuk memberi ruang orang awam untuk menyaksikan acara berkenaan. Dah macam semut aku tengok orang dekat atas jambatan tu. Siap ada gerai

Musuh Sabar

Sabar itu kala seseorang itu betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi betah, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu ? 1. Tergesa-gesa Allah berfirman yang bermaksud : "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa." (Surah al-Anbiya) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itu lah tabiat semula jadi manusia. Sebagai contoh, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut. 2. Putus asa Allah berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnyatidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir." (Surah Yusuf) 3. Marah Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan umat Islam dizalimi. Hakikatnya kini, manusi

Contest Menyerlah Bersama Sophie Magic Cream

Image
Jom singgah blog diorang.   FitRyna | PakJoe | Priya | Anisa | Nina | Zafirah | Emma | Nabila  

eBR1M 2.0

Image
  •   Isi rumah yang layak (RM500):        (i)       Warganegara Malaysia;        (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.                   > Berkahwin;                   > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;                   > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).        (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.   •   Individu yang layak (RM250):        (i)       Warganegara Malaysia;        (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.   •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malays

Review : Charcoal Mask Daiso

Image
Aku nak introduce produk dari Daiso Japan yang sangat fofular di serata dunia, aku dah call Britney Spears. Confirm!! Dia memang pakai produk ini. Hahahaha Britney tahu oppa gangnam style aje..Aku dapat produk free daripada adik aku mengenai produk charcoal mask dari Daiso Japan. Thank you so much my little sister for the sponsor!! ahaksssssss.. :) Sedikit penerangan produk ini berdasarkan info di belakang produk, FEATURE Formulated with the natural ingredients from Oak trees, it removes oils and all dirt deeply clean the pore, leaving your skin clearer with visible pores. HOW TO USE ♥ After cleasing your face, evenly apply on the nose area and let it dry for 10-15 minutes. It completely dried out, peel if off starting the bottom, pulling toward the top. ♥ Do not use more than twice per week. ♥ For sensitive skin, apply facial essence before using, and slowly peel it off starting at the top toward the bottom. Aku guna produk berdasarkan steps yang merepek, 1. Basu

Blackberry Bold 3 (9780) For Sale

Image
SOLD OUT Ada sesiapa yang berminat nak beli blackberry bold 9780 ? kenalan rapat aku berhajat nak menjual bb ni. Keadaan bb ni memang baik, dijamin 100% sebab owner dia memang cermat, pandai jaga barang. Cuma aku aje yang suka jahanam kan barang dia. :P Sebab dia nak jual adalah, 1. sudah bosan pakai bb 2. keypad kecil, kiranya jari dia beso sebenarnya. secara jujurnya, dia memang tak pandai guna bb sebenarnya..maaf ye bukan nak mengata tapi nak bagitahu motif utama kenapa nak jual. bb ni masih baru lagi sebab ini adalah hadiah daripada abang dia selepas Sony Experia X10 dia rosak.. Jika ada sesiapa yang berminat, boleh pm aku. Harga dan specs handphone seperti dibawah. BLACKBERRY BOLD 3 (9780) -> Fixed price = RM500 -> Free postage -> Brightstar (Original) -> Termasuk Memory Card 8GB, Charger -> Ada WiFi,Bluetooth,BBM dan lain-lain -> Condition seperti di gambar bawah : Kalau ada sesiapa yang berminat boleh pm, email atau komen dis

Nikmat Umur

Image
Selepas menonton dikir zikir yang mengutarakan tajuk 'nikmat umur', umur umat ini terlalu singkat, sekitar 60-70 tahun majoritinya. Ada juga yang mencapai lebih sedikit daripada itu, namun jumlahnya tidak banyak. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri,kembali kepada Allah ketika umur 63 tahun. Singkatnya umur manusia zaman ini. Jika ditakdirkan kita mati ketika umur 63 tahun ditolak kan dengan umur kita sekarang ini, sebagai contoh 63 - 21 = 42 tahun. 42 tahun lagi kita akan mengadap mati, rasanya tidak lama jika kita leka dengan duniawi. Adakah sudah cukup amalam-amalan baik kita untuk dihadapkan kepada Allah taala ? Singkatnya umur umat zaman ini, tidak bermaksud tipisnya peluang untuk mendapatkan ganjaran yang banyak seperti umat terdahulu. Bahkan, Allah telah menjanjikan kepada hambaNya ganjaran yang berkali ganda hebatnya berbanding umat terdahulu. 1 KEBAIKAN = 10 PAHALA NIAT BUAT BAIK = 1 PAHALA Sabda Rasulullah S.A.W Siapa yang berazam untuk melakukan kebaika

Blogger Bertuah Dari Segmen...

Image
Ok, ini adalah entry ringkas. alhamdulillah, segmen aku dah lepas beberapa hari lalu. baru hari ini sempat nak update. Btw, aku dah dapat blogger bertuah yang akan dimasukkan ke dalam blog list dan setiap new entry Mr.Moustache selama 1 bulan. Aku menggunakan random.org untuk mencari no bertuah yang yang ada pada setiap blogger. Ok ini adalah 8 blogger yang manyak untuuungggg maaa. :) 49. http://onlinediaryfitryna.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 17. http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 35. http://princessaliessa.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 27. http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 12. http://ninagadisslumber.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 44. http://aimishyuu.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 18. http://sayasukamakanbiskut.blogspot.com/2012/10/segmen-8-things-about-me.html 15.

I'm So Sorry!

Image
Dengan berat hati, terpaksa tamatkan segmen : 8 things about me, dengan awal dah tak larat sebenarnya sebab aku ada komitmen baru yang penting. Sebelum ni, aku plan nak duduk rumah jadi bibik/babysitter sahaja bila cuti semester tapi aku terpaksa kerja atas faktor kesian dan mata duitan. hehehe. sebenarnya, tempat adik aku kerja kekurangan pekerja. Jadi dia pun tengah cari pekerja baru. kerja pun just jadi cashier saje. jadi no hal la kan, sebab sebelum masuk belajar dulu pun aku ada pengalaman kerja dan aku terima kerja ni sebab bos dia offer aku gaji yang agak besar. jadi nak tak nak, terima jek la.. Dah setahun tak kerja, kalau sebelum ni cuti semester just duduk rumah jek. Bila kerja, mak aihh!! kaki lenguh la, sakit belakang la, tak cukup tidur la, macam-macam masalah. Jadi, disebabkan itu la aku terpaksa tamat kan awal segmen tersebut atas faktor komitmen kerja. Sorry sangat-sangat. Tak predict pun, ingatkan boleh nak teruskan, tapi kalau kerja masuk 7pg hingga 7 malam.

Segmen : 8 things about me

Image
  ----------------------------------- TAMAT - --------------------------------------- Hye! disebabkan baru habis exam dan lepas ni aku akan banyak menghabiskan masa dirumah, jadi aku nak buat my first segmen. Aku wujudkan segmen ini pun untuk mengenali lebih rapat dengan semua blogger. Selain tu, dapat jugak aku mengisi masa lapang aku selain jadi bibik/ babysitter dekat rumah. :) Untuk tahu lebih mendalam pasal korang, jadi aku ada listkan 8 perkara/ things. Jadi, daripada situ korang boleh tulis apa yang berkaitan dengan diri korang. Tak ada syarat yang membebankan, segmen ini just untuk suka-suka saje.  Buat satu entry bertajuk "Segmen : 8 Things About Me ".  Letak banner di atas ini, dalam entry tersebut.  Di dalam entry tersebut, korang hendaklah tulis : Eight - Things about me Seven - Hobbies Six - Things I Hate Five - Song I Like Four - Favourite film/drama/musical/series Three - Favourite Food Two - Wishes One - Quotes For example :

Tutorial : Ambil url gambar dalam website

Image
Jumpa gambar dalam google image atau website lain, dan berkenan nak upload dalam blog. Kebiasaannya terpaksa la kita right click dkt gambar dan save image as .. dan baru la kita upload dalam entry. Aku nak share method lain untuk upload gambar dalam entry menggunakan HTML coding. 1. Selepas cari gambar yang berkaitan menggunakan Google/ Firefox/ IE Click gambar untuk lebih besar 2. Right click gambar tersebut, click Open image in new tab   Click gambar untuk lebih besar 3. Copy url gambar di ruangan url. Contoh gambar, sila copy url yang ada di dalam kotak merah. Click gambar untuk lebih besar atau cari lagi mudah  1. Right click gambar 2. Click  Copy image URL Click gambar untuk lebih besar Tutorial seterusnya, aku akan tunjukkan cara nak upload gambar dalam entry hanya menggunakan url gambar. :)