Info Tentang PTPTN
Assalamualaikum Aku ada sedikit info mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi buah propaganda beberapa bulan lepas, Jom kita baca info tentang PTPTN. :] Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali. Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah : Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227,209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya. Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja. Ini jelas terbukti...