Posts

Showing posts from August, 2012

Persiapan Majlis Pertunangan

Image
Sejak 2 minggu yang lepas, keluarga aku sangat sibuk. Bukan sibuk sambut raya, sibuk dengan persiapan untuk majlis pertunangan adik perempuan aku. Lagi 4 hari sahaja majlis pertunangan tu akan berlangsung. Keluarga pihak perempuan memang nervous la especially keluarga aku dan adik sendiri lagi nervous tahap gaban.. Kalau dikutkan, majlis dibuat dalam serba sederhana sahaja. Tapi kita pun tak tahu lagi, bilangan tetap jemputan yang bakal hadir sebab tetamu terdiri sedara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.. Tugas pun telah diagihkan, mak abah aku bahagian makanan. Rancang macam banyak beno menu yang nak di masak..Tak risau sangat bab masak ni sebab sedara mara memang master dalam masak-masak ni. Sekarang abah sibuk dok mencari udang pengantin. Al maklum la kan, abah aku ni kaki pancing. Siang kerja gomen, malam kaki pancing..hari-hari makan seafood! :) Aku bahagian decoration,.bukan decoration sangat pun. Tak ada pelamin pun, nak buat simple. Just duduk dala

Puasa Enam Syawal

Image
Selamat hari raya diucapkan kepada semua bloggers. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan disamping merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti terawih, membaca al-quran dan semoga amalan baik yang telah dilakukan sewaktu di bulan Ramadhan diamalkan berterusan dan istiqamah hingga dibulan yang lain. Dalam meraihkan kemenangan kita di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan, Allah tetap nak bagi kita ganjaran yang hanya ada di dalam bulan Syawal. Agak-agak apa ya?? Mesti lah amalan puasa enam. Mari kita berkenalan dengan puasa enam. Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga. Menur

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARI SAYA

4 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Di Malam Lailatul Qadr

Image
Hari ni kelas habis lewat, jadi macam biasa lah terpaksa naik bus balik ke rumah. Sambil duduk termenung dalam bus tu, sempat la dengar tazkirah di Sinar fm dari Ustazah Siti Nur Bahyah mengenai peristiwa malam lailatul qadar. Tapi topik untuk hari ini adalah mengenai 4 golongan yang amal ibadahnya tidak akan pandang oleh Allah pada malam lailatul qadar. .............................................................. Golongan pertama ialah golongan orang yang minum arak dan tidak ada sedikit rasa untuk bertaubat kepada Allah. Kenapa orang yang minum arak tergolong dalam kalangan ini adalah kerana meminum arak itu adalah kunci segala perbuatan jahat, memang mudah melakukan perkara mungkar. Orang yang minum arak akan rugi kerana pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari. Jadi bayangkan la itu untuk hari-hari biasa. Inikan pula malam lailatul qadar. ..............................................................

Senarai Ranking Universiti Di Malaysia

Image
   Kedudukan terkini universiti di Malaysia telah pun dikeluarkan. Ranking ini telah dikeluarkan oleh 4icu.org tetapi ranking ini adalah tidak berkaitan langsung  dengan akademik malah ranking tersebut berdasarkan populariti website universiti itu sendiri. 4icu.org membuat ranking ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa sesebuah universiti yang popular berdasarkan kekerapan visitor berkunjung atau menggunakan website universiti tersebut. List of top Colleges & Universities in Malaysia - University Web Rankings Universities Locations 1    Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru ... 2    Universiti Malaya Kuala Lumpur 3    Universiti Teknologi MARA Shah Alam ... 4    Universiti Putra Malaysia Serdang ... 5    Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi ... 6    Universiti Sains Malaysia Minden 7    Multimedia University Cyberjaya ... 8    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur ... 9    Universiti Utara Malaysia Sintok 10    Universit

Qasidah Ya Hanana Berserta Lirik

Image
First time dengar qasidah terus terpikat, nak dengar lagi dan lagi. Aku minat dengan qasidah yang dinyanyikan oleh gabungan In Team dan adik-adik ASIQS mengalunkan lagu Ya Hanana pada malam resepsi Irma Hasmie.  Lirik dia pun aku dah hafal, seronok jek dengar alunan qasidah Ya Hanana. Bersemangat adik-adik menyanyi dalam youtube ni. Punya excited sampai terus mencari lirik qasidah ni. Senang jek nak hafal. Maksud lirik Ya Hanana ni memang sungguh mendalam. AllahuAkbar!

Nasib Atlet Kanak-Kanak China

Image
Disebabkan kebosanan, mata terkebil-kebil tak nak tidur lagi. Sambil nak layan mata ni tak boleh tidur, layan youtube la sekejap. Saja-saja buka pasal olimpik London, terklik la pulak pasal atlet kanak-kanak China. Mesti korang dah tahukan pasal kanak-kanak China yang dilatih dengan 'kejam'. Aku rasa perkataan 'kejam' tu sangat sesuai dengan coaches mereka. Aku tak tahu la kenapa malam ni aku tengok video kejam tu, tiba-tiba rasa sedih pulak dengan kanak-kanak seawal 4 dan 5 tahun yang sepatutnya pada zaman kanak-kanak inilah bersuka ria, berkasih sayang sesama keluarga dan kawan-kawan. Mencari, berkongsi pengalaman baru untuk dijadikan kenangan bila dewasa nanti, tapi semua ini tidak sama dengan nasib kanak-kanak di China sana. Kebanyakan kanak-kanak ini di hantar oleh keluarga mereka sendiri, adalah untuk mengubah nasib keluarga mereka. Bayangkan sejak kecil lagi, tanggungjawab untuk mengubah keluarga telah diletakkan dibahu mereka. Memang aku rasa sebak

Mencari Lailatul Qadar

Image
Ramadhan sudah beransur pergi. Hari ini hari yang ke 19 Ramadhan tahun ini. Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu. Maka esok akan masuk lah kita di fasa terakhir Ramdhan iaitu fasa terpenting. 10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia. Bagi mendapatkannya hendaklah menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah iaitu mendirikan solat malam, berdoa, berzikir, bertadarus dan membaca al-Quran. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah r.a. katanya: “Adalah Rasulullah bersungguh- sungguh beribadat pada malam yang akhir, apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain.” (Riwayat Muslim)  Membangunkan ahli keluarga menjelang sepuluh malam terakhir untuk mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah dengan membangunkan keluarganya. Nabi mengikat tali pinggangnya yang bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya dan sentiasa be

The Hunger Games Review

Image
Akhirnya dapat jugak nak tengok movie The Hunger Games, movie ni dah lama keluar pawagam, 23/3/2012 gitu laa tapi baru hari ni sempat nak tengok..Terima kasih pada my besties yang baru download movie blu-ray ni. Overall, cerita dia memang sangat-sangat best. Penuh dengan adventure, cuma pada permulaan cerita tu agak bosan sedikit. Pakaian orang dekat Capitol memang pelik-pelik belaka macam badut pun ada jugak tapi nampak unique la, penuh colorful. Movie ini based on novel The Hunger Games dan novel tu pulak ada 3 termasuk Catching Fire dan Mocking Jay. The plot is simple. Di zaman akan datang, bertempat di North America, 12 districts diperintah oleh satu kerajaan diberi nama Capitol. Di Capitol, memang orang kaya dan berkuasa sahaja akan tinggal di situ. Di satu masa dulu, 12 districts ni pernah memberontak tetapi kalah di tangan Capitol. Sebagai tanda amaran dan peringatan kepada semua, Capitol akan mengadakan satu permainan maut iaitu The Hunger Games.

Strangers - Iklan Raya dari Petronas

Image
Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.  While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life  While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.

Alhamdulilllah, Shila Amzah Sudah Bertudung

Image
Penyanyi terkenal, Nur Shila Amir Amzah, 22 atau mesra dipanggil Shila Amzah hari ini berkata yang dirinya telah berhijrah dan akan terus mengekalkan imej bertudung. Beliau berkata, gambar-gambar dirinya yang bertudung yang banyak tersebar di media sosial kini adalah imejnya yang terkini dan bukan ‘eksperimen’ cara bertudung atau sebagainya. “Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung,” jelasnya sewaktu dihubungi MyNewsHub di sini hari ini. Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal. Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu. Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung. Penyanyi ya