The Hunger Games Review


Akhirnya dapat jugak nak tengok movie The Hunger Games, movie ni dah lama keluar pawagam, 23/3/2012 gitu laa tapi baru hari ni sempat nak tengok..Terima kasih pada my besties yang baru download movie blu-ray ni.

Overall, cerita dia memang sangat-sangat best. Penuh dengan adventure, cuma pada permulaan cerita tu agak bosan sedikit. Pakaian orang dekat Capitol memang pelik-pelik belaka macam badut pun ada jugak tapi nampak unique la, penuh colorful. Movie ini based on novel The Hunger Games dan novel tu pulak ada 3 termasuk Catching Fire dan Mocking Jay.



The plot is simple.

Di zaman akan datang, bertempat di North America, 12 districts diperintah oleh satu kerajaan diberi nama Capitol. Di Capitol, memang orang kaya dan berkuasa sahaja akan tinggal di situ. Di satu masa dulu, 12 districts ni pernah memberontak tetapi kalah di tangan Capitol. Sebagai tanda amaran dan peringatan kepada semua, Capitol akan mengadakan satu permainan maut iaitu The Hunger Games.


Setiap tahun, nama kesemua kanak-kanak di setiap districts yang berusia 12 tahun ke atas akan dihantar secara paksa untuk memasuki The Hunger Games. During reaping day, mereka akan mencabut nama seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka yang terpilih, akan mewakili district masing-masing untuk berlawan di The Hunger Games.

Cara bermain sangat mudah. Terdapat 12 districts. Jadi akan ada 24 tributes di dalam arena. Mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi dari other tributes kerana dalam arena ini, cara untuk memenangi perlawanan ini ialah dengan cara membunuh tributes lain. Mereka bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman musuh, tetapi mereka juga terpaksa membiasakan diri dengan kawasan arena yang tidak direka untuk membolehkan mereka terus hidup.

Untuk tribute yang menang, setiap ahli keluarga di district yang mereka wakili akan mendapat sumber makanan sekali untuk setiap bulan. Jadi, tanggungjawab tribute untuk menang sangat penting walaupun ia bakal mengorbankan nyawa mereka.


Bagi aku ending macam tak best sangat, dan korang rasa si Katniss dengan Peeta tu memang jatuh cinta atau   Katniss berpura-pura sebab nak menang sahaja ?

Tak rugi kalau sesiapa yang belum tengok, nak tengok dekat pawagam memang dah tak ada daa, kena download la sendiri nampaknya yee kawan-kawan :]

Tak sabar nak tengok sekuel akan datang, Catching Fire yang akan dijadualkan berada di pawagam pada tahun hadapan.

Comments

  1. Aku pun baru tgk....
    best rugi tak tgk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin