Mencari Lailatul Qadar



Ramadhan sudah beransur pergi. Hari ini hari yang ke 19 Ramadhan tahun ini. Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.

Maka esok akan masuk lah kita di fasa terakhir Ramdhan iaitu fasa terpenting. 10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.


Bagi mendapatkannya hendaklah menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah iaitu mendirikan solat malam, berdoa, berzikir, bertadarus dan membaca al-Quran.

Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah r.a. katanya:

“Adalah Rasulullah bersungguh- sungguh beribadat pada malam yang akhir, apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain.” (Riwayat Muslim)

 Membangunkan ahli keluarga menjelang sepuluh malam terakhir untuk mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah dengan membangunkan keluarganya. Nabi mengikat tali pinggangnya yang bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya dan sentiasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir.


Oleh sebab kemungkinan datangnya malam Lailatul Qadar itu adalah pada salah satu daripada malam yang akhir, maka dianjurkan untuk mandi antara Maghrib dan Isyak, kemudian memakai pakaian bersih dan indah. Memperbanyakkan beriktikaf dalam masjid pada sepuluh malam akhir Ramadan.

 

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165).

Waktu berkat lagi makbul adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :

"Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar)" (al-Qadar : 5)


Di malam malam akhir Ramadhan ini, target utama kita adalah untuk mendapatkan keampunan Allah swt. Inilah yang disebutkan dalam jawapan Nabi Muhammad saw kepada Aisyah ra :

Berkata Aisyah, " Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)?" Bersabda Nabi Muhammad saw, "Ya Allah, sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."


Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Walau bagaimanapun, keseluruhan Ramadan adalah bulan sangat istimewa yang belum tentu kita dapat merebut peluang beribadat pada tahun akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer