Posts

Showing posts from 2016

Konvo & Rezeki

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah taala. Lagi berapa hari je nk masuk bulan November 2016. Dalam bulan 11, ada hari yang akan menjadi kenangan manis dalam hidup aku. Aku bakal dianugerahkan ijazah sarjana muda UiTM. Alhamdulillah. Aku happy sangat-sangat  bercampur nervous pun ada. Tapi disebabkan aku pernah konvo utk diploma. So, tak lah takut sangat nak konvo utk ijazah ni. Aku akan konvo dekat uitm alor gajah. Kalau sebelum ni, konvo dkt uitm shah alam. Awal pagi jugak lah keluarga aku gerak dari Muar. Sekarang konvo dkt melaka je. So, dekat sangat dgn Muar. Suasana mungkin sama cuma tempat saja yang berbeza. Tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan kelas. Kawan yang jadi tempat bergaduh, suka, duka. Macam-macam jenis perangai akan kita jumpa bila dalam hubungan berkawan ni. Dah setahun jugak la tak jumpa diorang semua. Macam mana lah rupa masing-masing. Mesti dah berbeza. Dah matang da semuanya 😂 Masing-masing pun dah bekerjaya. Alhamdulillah. Gembira tengok diorang dgn kerj

Tanggungjawab Yang Aku Pikul

Ada yang tanya kenapa aku tak nak cari kerja dekat KL, sebab peluang kerja dkt sana lagi banyak. Memang betul, cuma aku ada sebab sendiri kenapa berat hati nak cari kerja dkt sana. Aku memikirkan keluarga aku sebenarnya. Ye lah, sebagai anak sulung dlm keluarga, tanggungjawab aku lagi berat berbanding adik beradik yang lain. Keluarga aku tak sekaya mana, hidup biasa-biasa saja. Jadi, aku fikir keluarga aku perlukan aku. Hati aku pun sebenarnya berbolak balik, sebelum ni aku ada je pergi interview dkt JB, aku memang excited pergi, siap interview, company siap cakap aku confirm dapat. Last2 tak dapat. Memang sakit hati betul dgn company tuuh. Aku dah excited nak hidup merantau tapi tanpa khabar berita, tak bagitahu aku ni tak dapat. Last2 aku kerja dekat melaka je. Alhamdulillah, ada adik aku yg tinggal dkt melaka. Dapat lah aku tumpang dekat rumah dia. Bila kerja dekat melaka ni, syukur alhamdulillah. Aku rasa mcm seronok. Kawan2 pun sporting, walaupun ada yg over menyakat. Kadang

Ada Hikmah Di Setiap Kejadian

Sebelum ni kan aku ada cerita pasal job interview dekat nusajaya tuu. Beriya lah aku cerita, mak abah aku pun excited, bangga dgn anak dia dapat kerja bagus. Tapi apa kan daya, ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengah hari. Aku dah bagi surat resign dkt tmpt kerja muar, sbb aku confident akan dpt kerja dkt jb tuu. Ye laaa, interviewer tu sendiri ckp yg aku mmg dpt job tuuu. Just tinggal tunggu dia call saja. Mmg ada call, tp lepastu senyap sampai kesudah. Aku dah email interviewer tuu, tapi dia forward dkt staff lain. And then staff tu senyap mcm pundek.. seriously mmg sakit hati. Rasa tertipu. Bukan aku sorang je. Aku ada try contact bdk2 yg berjaya mcm aku ni tru email.. diorang pun senasib dgn aku. Ada yg masih berharap menunggu result. Ada yg dah dapat kerja lain..mmg semua rasa tertipu. Kalau tak dapat, terus terang jek laa. Ini kita email cause we need the answer tp diam tak berbalas. Company jenis apa mcm tu. Tapi tak pe, setiap kejadian ada hikmahnyaa. Ada

Rindu

Ya allah, dah lama tak ber-blog. Dah lama rasanyaa tinggalkan dunia blog ni.. Rindu betul dengan blog kesayangan aku ni. Rindu nk berceloteh dalam blog ni buatkan aku terfikir, ada lagi ke manusia yang membaca blog? Hahaha Ye laaaa, zaman sekarang ni kan semakin canggih. Contohnyaa mcm myspace, dulu bukan main famous lagi. Myspace tu mcm facebook sekarang ni. semua benda nak update dalam tuuu. Alhamdulillah, aku sempat merasa buka akaun myspace. Hahahaha 😄 Tiba-tiba teringat mcm mana aku boleh create blog ni. Zaman belajar diploma dulu, aku berkawan dgn seorang mamat ni. Kiranyaa mcm bestfriend la, tapi tak lama kenal dia sbb dia dismiss. Huhuhu Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah berjaya. Masuk je IPT lain, terus maju kedepan study dia. Okay, back to the story. Punca wujudnya blog aku ni disebabkan awek dia. Hahaha Apa kena mengena blog aku ni dengan awek dia. 😉 Awek dia buat blog utk create dijadikan memory indah masa percintaan mereka berdua. Dari blog awek dia tu laaah a

Job Interview @ Nusajaya

Image
Hari ni 13 June 2016, aku pergi walk-in interview di nusajaya, sekarang dh tukar nama iskandar puteri. Jawatan sebagai technical support engineer, di syarikat multinational nama Nityo ICoE. Sebelum ni nazlin, kawan aku pernah training dlt situ. So, aku pernah try send resume through email dkt one of the senior staff dkt situ dlm bulan februari. So, bulan 6 ni dia reply email aku dgn invitation interview utk jawatan sebagai technical support. Jujur aku cakap, sebelum ni aku susah tau nk pergi iv. Maksudnyaa byk je company IT open kerja. Aku malas nk apply, belum apply tapi aku dh bg mcm2 alasan sebab takut nk jadi programmer. Nak jadi helpdesk,nanti kena power english. Tapi bila dapat email dari Nityo ni, aku terpanggil nk pergi walk-in iv dia. Tak fikir panjang, aku terus on je dgn amarul. Set date, off day ahad. Apply cuti isnin. Terus pergi iv. Nervous okay nak iv. Kena ckp english. Dh english aku berterabur. Sebelum pergi iv, mesti lah kena prepare

Membebel tengah mlm

Pesanan utk diri sendiri sebenarnya. Biarlah kita buat 1 kerja, walaupun gaji kecil yg tak seberapa asalkan berkat disisi Allah taala. Berbanding kita buat 2 kerja tapi tak berkat,, mmg ada masalah je sentiasa. Kerbekatan. tu yg penting. tak kisah lah Kerja siang mlm bagai nak rak, kalau tak berkat, halal haram tak kisah. Itu yg merosakkan institusi rumah tangga. Duit hasil dari kerja yg halal dimata manusia tapi tak ada barakah dari allah mmg beri kesan pada seseorang. Hasil gaji tu lah, diguna buat beli makan pakai anak-anak.. hasil gaji tu lah, jadi darah daging dlm diri. Jangan salahkan anak2 kalau hati anak keras. Anak tak dengar kata. Kena fikir apa punca benda semua tu berlaku. Jangan asyik nak salahkan org lain. Jangan fikir kita dh tua ni, dh byk pengalaman, dh tahu asam garam kehidupan. Yg tua tak matang, tak betul lg. Kadang2 yg tua ni lah lagi tak betul. Dh tua, lg liat nak dibentuk.. Masing2 ada tanggung jawab masing2. Posted via Blogaway

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 3 Ramadhan. bersyukur kita masih sempat lagi nak menyambut ramadhan tahun 2016 ni. tak ada nak cerita, just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DAN BANYAK AMALAN BAIK DILAKUKAN DARIPADA RAMADHAN SEBELUM NI  AMIIN YA RABB

Puasa Zaman Sekolah

Lagi berapa hari je kita nak masuk bulan Ramadhan. Siapa yg ponteng puasa lepas dh ganti ke belum? Hehehehe Bila dah masuk alam kerja ni, boleh pulak teringat kenangan puasa di zaman sekolah dgn zaman universiti. Kalau ingat balik, mmg boleh tersenyum sorang2. Hihihihi Nak cerita zaman sekolah dulu. Zaman duduk asrama lah paling best. Aku duduk asrama 2 tahun dkt kluang. Terawih mmg tak miss setiap mlm. Paling kurang 8 rakaat. Lepas tu, prep sekejap. Then masuk tidur. Time subuh ni paling best sebab kalau aku dgn dormmate dengar je bunyi loceng. Celik je mata, bingkas bangun berlari pergi DM (dewan makan). Tuju ke sinki dulu. Basuh tangan, basuh muka, kumur2 terus beratur ambil lauk. Buat mcm gitu, sbb malas nak kena beratur panjang nanti. Dh la beratur, nnti makan lambat. Lepas makan dh boleh sambung tidur. Hahaha Waktu form 4 lagi la celaka, bila senior form 5 ni potong queue. Time tu mmg makian je le yg keluar dari mulut. Huhuhu Apa ni maki2 bulan puasa. Berkurang pahalanyaa.

Pengorbanan Seorang Ibu

(Entry ni aku tulis pukul 3,4 pagi sambil tengok mak aku menyusukan Adam) Straight to the point. Mak aku ni babysitter. jadi parents (aku panggil kak ida) budak yg mak aku jaga ada sepupunya pregnant. Tak mampu nak bela anak. Kak ida nak bagi anak tu pada adik aku utk jaga, memang beriya dia, suami isteri nak dpt anak angkat. Tapi ada sebab tertentu dia tak dapat nak jaga budak tu Atas sebab belas kasihan seorang ibu, mak aku berniat nak jaga budak tuu. So, alhamdulillah. dgn izin abah aku, sekarang mak aku yang jaga baby tu. Btw, nama baby tu adam iman. Panggil Adam. Nasib baik lah adk aku ada balik muar, dapat lah tolong jaga baby dgn bantu mak aku buat kerja rumah. Bila ada baby ni, mmg 24hours mengadap dia kalau boleh.Kami adk beradik (kecuali bongsu, x boleh harap tu) jaga baby. Tapi paling kerap yg jaga, mak aku lah. Dari situ, aku terfikir memang betul orang kata pengorbanan seorang ibu tiada nilainya. Adam ni lepas 2 jam mesti nak minum susu. kalau siang tu, tak kisah lah ses

terima kasih dan mohon maaf

First thing, nak minta maaf lah dulu sebab tak perasan pun ada yang comment dekat post aku sebelum ni mohon maaf sangat-sangat yer, aku selalu update dalam phone jek jadi tak dapat nak tengok komen,pertanyaan dari kawan-kawan semua maaf yer semuanyaaa dan terima kasih sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni, hidup segan mati tak mau kata orang. huhuhu sekarang bila dah masuk alam kerja, memang lah busy sikit. terima kasih yer pada semua love uollss. hahahaahakktuihhh!

Kerja di 7 Eleven

Sementara nak dapat kerja tetap. Aku nak cari kerja sementara nak tunggu kerja yang lagi bagus. Daripada duduk rumah je, memang lah best tak buat kerja tapi duit tak masuk. Poket kering. Mateyyy! So, Aku ada minta borang kerja dkt 7e jalan sallmeh, yg depan shell tuu.. Dah isi, siap extra paper untuk work experience. Hahaha Aku expect nak kerja as pembantu kedai je sbb tgk notis ditampal mmg nak cari pekerja utk job tu. Lama jugak la menunggu, dalam beberapa minggu. Lepas tu dapat lah call, perempuan yg call tu. Dia tanya, dah kerja ? Aku jwb lah tak kerja lagi. Lepas tu dia nak jumpa untuk interview. So, decide pukul 1 jumpa dkt 7e maharani yg depan MPM tu. Aku ingatkan 7e jalan salleh je. Rupanya borang aku tu, dia submit dkt office muar. So, field manager akan tgk dan masukkan kan dkt mana2 7e yg perlukan pekerja. Excited lah aku nk pergi interview. Siap pakai slack hitam dgn kemeja. Susun sijil2 yg berkaitan semua. Yg problemnya kasut aku. Dah lah tak ada kasut

Lepas praktikal

Lepas praktikal buat apa? Habis je praktikal, adalah dalam 2,3 minggu jugak duduk dekat rumah sewa cheng. Ye laah, kononnya nak stay situ terus. Nak kerja melaka terus. Nak jadi orang melaka kononnyaaaa. Tapi dalam masa yg sama juga, aku ulang alik muar. Sebab duit tak ada. Nak makan pun susah. Duit pt dh habis pulak tu. Jadi mcm berbelah bagi. Nak terus stay atau terus balik rumah masing2. Lama jugak la fikir dengan amar. Banyak jugak lah fikir kebaikan dgn keburukan. Bila fikir tu, dengan duitnya tak ada, nak makan susah. Kalau duduk rumah sewa, nk kena bayar sewa lagi. Kerja pun belum cari lagi. Last2, ambil keputusan balik rumah masing2, berpisah lah aku dengan amar untuk jangka masa yang panjang. Bunyi mcm sedih je kan? Hahaha Mana lah tak sedih. Aku dengan dia drpd diploma sampailah ke degree, asyik berkepit berdua bersatu je dengan dia. Sampai kan ada lecturer yang ckp muka kami ni dh mcm kembar. Dh seiras sangat daaa. Huhuhuhu Kalau berpisah pun sekejap je, itu pun masa

Blog dah bersawang

Assalamualaikum. Dah lama aku tak buka blog kesayangan ni, lepas praktikal terus senyap je. Tak ada update apa-apa dalam blog ni. Alhamdulillah, 8 Januari aku sudah tamat latihan industri dekat Tuffah Informatics. Settle siapkan report terus hantar dkt SV lecturer, Miss Fadzlin Ahmadon dengan KP LI, lupa pulak nama dia. Terima kasih la pada mereka berdua sebab dah luluskan internship aku. Love u both. Muahahaha <3 So, sekarang ni aku dah officially graduate. Cuma tak konvo je lagi. Entah bila lah konvo tu nanti. Jangan la berharap sangat.. Keep calm and lets goyang punggung ;) Malas lah nak cerita apa yang aku buat lepas je habis praktikal sampai sekarang ni. Kalau aku rajin, aku cerita dekat next post ye. Tapi sekarang, kalau boleh aku nak aktif berblogging semula. Aku dah cari apps apa yang memudahkan aku nak update blog tru handphone je. Anddddd aku dah jumpa app tu. Nama app tu Blogaway for Android. Aku harap app ni sangat berguna untuk aku update. Okay lah. Hari ni Sabtu