Tanggungjawab Yang Aku Pikul
Ada yang tanya kenapa aku tak nak cari kerja dekat KL, sebab peluang kerja dkt sana lagi banyak.
Memang betul, cuma aku ada sebab sendiri kenapa berat hati nak cari kerja dkt sana.
Aku memikirkan keluarga aku sebenarnya. Ye lah, sebagai anak sulung dlm keluarga, tanggungjawab aku lagi berat berbanding adik beradik yang lain.
Keluarga aku tak sekaya mana, hidup biasa-biasa saja. Jadi, aku fikir keluarga aku perlukan aku.
Hati aku pun sebenarnya berbolak balik, sebelum ni aku ada je pergi interview dkt JB, aku memang excited pergi, siap interview, company siap cakap aku confirm dapat. Last2 tak dapat. Memang sakit hati betul dgn company tuuh. Aku dah excited nak hidup merantau tapi tanpa khabar berita, tak bagitahu aku ni tak dapat.
Last2 aku kerja dekat melaka je. Alhamdulillah, ada adik aku yg tinggal dkt melaka. Dapat lah aku tumpang dekat rumah dia.
Bila kerja dekat melaka ni, syukur alhamdulillah. Aku rasa mcm seronok. Kawan2 pun sporting, walaupun ada yg over menyakat. Kadang-kadang mmg sakit hati melayan teammates ni. Sakit hati tu sekejap je, lama-lama hilang. Tapi nanti datang balik bila kena sakat lg. Huhuhuhu
Aku kerja dekat kilang UTAC di batu berendam. Aku guna diploma. Alhamdulillah, walaupun tak guna ijazah, guna diploma pun dah ada beza dari segi tangga gaji. Banyak juga beza gaji dr SPM dan diploma. Aku bersyukur sangat-sangat.
Insha allah, ada rezeki lain, aku guna ijazah pulak. Tapi buat masa ni, tengok selagi aku mampu, aku akan kerja dkt kilang UTAC. Dah cukup pengalaman, baru cari kerja tempat lain.
Bila kerja dekat melaka, jarak dari muar tak lah berapa jauh. Jadi, bila off day aku balik muar. Berbakti dengan family pulak. Dapat lah aku tolong apa yg patut walaupun tak banyak sebenarnyaa kerja yang aku tolong. Banyak habiskan masa dalam rumah je. Aku banyak tolong mak, abah jarang aku tolong. Kesian pulak dengan abah aku ni, mesti dia terasa mcm terasing. Minta maaf abah.
Insha allah, aku akan usaha untuk ringankan beban kedua mak abah aku nanti. Bila jenguk parent dekat kampung. Aku lega, ye laah. Kita dapat tahu perkembangan diorang. Susah senang diorang. Bila aku balik, aku jadi tempat mak mengadu, bercerita, bergossip. Ye lah, aku kalau malas nak layan, aku dengar je. Huhuhuhu
Abah aku ni jenis tak reti duduk diam, ada je kerja yang nak dibuat. Itu aku tak kisah, yang tak best nyaa bila malam nanti, aku atau mak aku yang kena urut nanti. Hahahaha
Bab mengurut ni memang malas betul. Bila abah suruh urut je, nak tak nak kenalah urut walaupun hati memberontak. Kahkahkah
Abah untung sebab anak-anak dia tak berani nak menolak kalau abah minta tolong.. buat je apa yabg abah suruh. Hihihihi
Ada duit lebih nanti, aku rasa nak beli kan kerusi urut ogawa tu haaaaaa. Belikan untuk mak abah, senang. Kalau lenguh, sakit badan, pergi je dekat kerusi urut tuuuu. Hahahaha
Nampak sangat anak-anak dia pemalas kan. Huhuhuhu
*Tiba-tiba idea hilang*
Lupa pulak nak tulis apa lagi.
Yang penting, bila aku balik kampung time off day, aku rasa tanggungjawab sebagai anak, aku dapat tunaikan.
Sebab tu aku tak nak duduk jauh dengan family, jarang balik kampung. Tak kan setakat bagi duit dekat parent dah cukup. Bagi aku tak cukup hanya sekadar bagi duit bulanan saja. Parent kita tak perlu duit sebenarnyaa, diorang perlukan perhatian dari kita.
Kalau setakat bagi duit bulanan, ada fikir parent nk berbelanja dengan siapa ? Nak keluarkan duit dengan siapa ? Bagus lah kalau ada parent yang tahu bawak kereta. Kalau parent yang tak tahu mcm mana ? Sebab tu pandangan aku, hanya sekadar bagi duit bulanan, balik kampung bila waktu cuti umum saja, belum cukup membahagiakan parent. Maaf lah, itu pandangan aku saja. Setiap orang berlainan pendapat. Mungkin pendapat aku tak betul 100%.
Apa apa pun, aku gembira sekarang ni. Tanggungjawab sebagai pekerja dapat aku tunaikan dan dalam masa yang sama, tanggungjawab sebagai seorang anak juga dapat aku jalankan.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)