Posts

Showing posts from 2015

Internship bakal berakhir ;)

Image

Draft - Jadi Pengalaman

Image
 Nak tergelak pulak bila aku belek-belek post yang aku tak jadi nak publish. Buka draft, banyak jugak lah post yang tak sempat nak publish. Kebanyakan post tu semua, aku tak habis cerita lagi. Kononya, nak sambung cerita lain hari. Alamatnyaa berhabuk dalam draft. Sorry sayang sekalian. Kalau aku rajin, nanti aku buat special post macam gini. Supaya aku dapat lah #throwback, apa benda yang aku nak sampaikan dalam post-post tak kesampaian tuu.. :) Post yang bertajuk "JADI PENGALAMAN" bertarikh 26/12/2012, ini cerita masa aku tengah dalam mode praktikal dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Harghhhh! rindunyaa dekat staff department IT. Rasa bersalah la pulak bila aku dengan amar hilang, senyap sepi terus bila dah habiskan praktikal. Terus tak datang jenguk, ziarah staff dekat situ walaupun sekali. Minta maaf sangat-sangat dengan sikap kami ni. ;'( Walaupun tak ziarah, tapi kalian tetap menjadi ingatan dan memori yang sentiasa terpahat dihati dan kepala

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 3

Image
Okay kita sambung balik cerita pasal Gunung Datuk, cerita sampai aku naik tangga kedua, kami sampai di checkpoint 2 dalam pukul 5:30 pagi. Jadi, masa tu keadaan sekeliling masih lagi gelap. Itu yang buatkan aku seram sejuk nak panjat tangga tu. Tapi terpaksa lah juga aku panjat, serius! memang menggigil kepala lutut ni. Bila dah separuh tangga, kaki kiri aku cramp, hanya Tuhan yang tahu betapa sakit nya bila kena cramp ni. Aku terpaksa peluk tangga tu sebab aku takut kaki kanan aku jugak cramp. Nanti tak pasal-pasal aku boleh jatuh tergolek mcm nangka busuk.  Gambar dekat atas ini lah tangga kedua yang seram banget. Dekat 10 minit lah jugak aku dekat tangga tu sebab memang tak boleh nak bergerak, kaki tak boleh bengkok masa tu. Tapi lepas dah kurang cramp, aku cuba panjat lagi walaupun sakit tu tetap ada lagi. Panjat punya panjat, tiba-tiba botol mineral aku terjatuh jauh masuk celah batu besar. Punya lah terkejut dibuatnya, dah lah itu je mineral yang aku ada. Beg tak ikat kua

Favourite Song - Hidup Segan Mati Tak Mau (Gamma1)

Image
Rasa tenang je dengar alunan lagu ni. Lagu ni memang sesuai untuk orang yang tengah frust menonggeng putus cinta. :(   Howww Hoooooo Semuanya telah kuberikan Harta cinta dan kasih sayang Apa yang belum kau dapatkan Bahkan nyawa ku pertaruhkan Kini kau hilang bagai ditelan alam Aku disini tersakiti Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanpa berita Habis kisah tutup cerita Menagis dalam tawa Senyum dalam derita kurasa... kurasa Apa yang belum kau dapatkan Bahkan nyawa ku pertaruhkan Kini kau hilang bagai ditelan alam Aku disini tersakiti Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanpa berita Habis kisah tutup cerita Menagis dalam tawa Senyum dalam derita kurasa Howww Hoooooo Howww Hoooooo Hidup segan mati tak mau Saat aku pisah dari mu Pahit rasa nya gula Manis rasa empedu ku rasa Engkau pergi tanpa be

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 2

Image
Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1 Kita sambung cerita mendaki Gunung Datuk. Cerita panjang sangat. So, terpaksa lah aku pecahkan. Ini memang first time bagi aku mendaki waktu malam. Sooooo exciteddddd you knowww! Seramai 15 orang yang sertai expedisi ni. Kami berkumpul di Petronas MiTC. Kami bergerak dalam pukul 12 lebih dengan 4 kereta. Kami masuk tol ayer keroh dan keluar di tol simpang ampat. Perjalanan dari tol simpang ampat hingga ke kawasan Gunung Datuk, boleh tahan jauh la jugak. Alhamdulillah, kami selamat sampai dikaki Gunung Datuk walaupun sebelum ada 1 kereta sesat sekejap. Berkumpul dulu di kaki Gunung Datuk, dengar sedikit brief dari En.Umar dan dimulakan expedisi dengan bacaan doa. Kami mula mendaki lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Tujuan mendaki diwaktu malam adalah untuk mengelakkan kami yang masih anak-anak kecil ni tidak patah semangat bila melihat trek yang super duper mencabar naluri kejantanan. kahkahkah ;) Mula-mula kami bergerak dalam 1 tea

Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1

Image
Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjalani latihan industri di satu syarikat IT di MiTC. Syarikat Tuffah Informatics yang diketuai oleh Encik Umar Mukhtar. Dia lah bos dalam Tuffah dan merupakan alumni UTEM. Aku dapat tahu pasal Tuffah ni pun daripada Hatta, kawan sekolah aku. Dia pernah jumpa Encik Umar dalam kursus Infosys dan Hatta juga pernah latihan industri di Tuffah. Sekarang Hatta dah jadi staff Tuffah. So, sekarang ni aku dengan Amar pun LI dekat Tuffah Informatics. Kami mula LI dalam 24 Ogos hingga 8 Januari 2016. Insha Allah, tolong lah doakan supaya kami cepat-cepat grad. :) Okay, aku nak bercerita pasal benda lain sebenarnya. Cerita pasal mendaki Gunung Datuk dekat Rembau, Negeri Sembilan. Rembau most wanted yoooo!! Expedisi ini pun dianjurkan oleh bos aku sendiri, Encik Umar. Dia nak wujudkan aktiviti sihat dikalangan pekerja dia. Dia tak nak lah kita ni asyik mengadap laptop/komputer je setiap masa. Tak nak lah jadi anti sosial pulak. Kalau boleh, selain pr

Peta ke UiTM Jasin,Melaka

Image
Hai. Apa khabar? Alhamdulillah, kalau sihat. Yg sakit tu jgn lupa makan ubat ye. Banyakkan rehat.. Dh lama tak update blog, aku selalu buka blog ni tp duk termenung tak tahu nak update apa.  Sekarang ni cuti semester diploma uitm pun dh nak habis. Tak lama lagi kembali semula korang jadi pelajar universiti..Untuk yg lepasan SPM, mesti taaassaaabbbaaarrrrr nak masuk universiti kann.Rasa excited nk sambung belajar. Tahniah diucapkan kepada korang. Tetapkan niat dari awal2 supaya dpt capai di pengakhiran nanti. Utk yg tak berjaya utk sambung ke universiti, jgn patah semangat dik. Jgn putus asa. Usaha selagi mampu. Sekarang ni byk peluang untk sambung belajar. Tak semestinya tak dpt masuk universiti,tak ada tmpt untk belajar. Sekarang ni byk kolej komuniti, Giatmara, Politeknik, Kolej Kemahiran, banyak lagi sebenarnya.. Tak kisah pun belajar dimana, selagi ilmu tu berkat. In sha Allah, ilmu tu akan membantu kita kelak.. Okay, sekarang ni bukan nk bagi ceramah. Tahniah pada s

Misi Kemanusiaan KJM - Sukarelawan Banjir di Dabong, Kelantan

Image
okay. hari ni nak #throwback pasal cerita atau mungkin boleh di kategorikan sebagai pengalaman untuk aku yang boleh dikongsikan dengan korang. Bulan Disember tahun lepas, aku ada join satu misi sukarelawan yang dianjurkan oleh organisasi di kampus aku. So, aku terpanggil untuk join misi walaupun seorang aje kawan yang rapat dengan pun join sekali. Mula-mula memang la mcm was-was, mcm betul ke aku ni nak join aktiviti mcm tu. Ye la, aku ni fikir 2 3 kali serius ke aku nak join ni. Lepas aku balik jumpa mak abah aku, baru lah aku tekad nak join juga untuk rasa sendiri, tengok dengan mata kepala aku sendiri mcm mana suasana dan perasaan bila berada dkt sana. Aku dapat info ni pun sebelum final exam. Rasa berdebar-debar, excited nak tunggu bila lah nk pergi ke Kelantan. Memang excited bercampur nervous fikirkan misi ni sbb ini first time aku jejakkan kaki ke Kelantan... huhuhuhu Selepas habis je exam, semua sukarelawan dikumpulkan untuk 1 taklimat. Rasanya hari Selasa malam Rabu d

Al-fatihah untuk Arwahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Image
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah di atas permergian arwah. Dapat berita mengenai arwah meninggal pun info dari kawan yang memang anak jati Kelantan. Tak sangka hilang seorang ulama yang memperjuangkan Islam di Malaysia. Ya Allah, beruntungnya arwah dapat meninggal hari jumaat. Dapat info terkini pun banyak melalui facebook.. Sekitar masjid dan rumah arwah penuh dibanjiri dengan manusia. Memang terdiam, tak tahu nak cakap apa bila tengok lautan manusia yang hadir untuk beri penghormatan terakhir untuk arwah. Aku disini hanya mampu untuk titipkan al-fatihah untuk arwah.. Takziah untuk rakyat Kelantan dan ahli keluarga tersayang. DARIPADA ALLAH, KITA DATANG KEPADA ALLAH JUA, KITA KEMBALI Al-Fatihah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 1931 - 2015