Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 2


Mendaki Gunung Datuk, Rembau Part 1

Kita sambung cerita mendaki Gunung Datuk. Cerita panjang sangat. So, terpaksa lah aku pecahkan. Ini memang first time bagi aku mendaki waktu malam. Sooooo exciteddddd you knowww! Seramai 15 orang yang sertai expedisi ni. Kami berkumpul di Petronas MiTC. Kami bergerak dalam pukul 12 lebih dengan 4 kereta. Kami masuk tol ayer keroh dan keluar di tol simpang ampat.

Perjalanan dari tol simpang ampat hingga ke kawasan Gunung Datuk, boleh tahan jauh la jugak. Alhamdulillah, kami selamat sampai dikaki Gunung Datuk walaupun sebelum ada 1 kereta sesat sekejap.

Berkumpul dulu di kaki Gunung Datuk, dengar sedikit brief dari En.Umar dan dimulakan expedisi dengan bacaan doa. Kami mula mendaki lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Tujuan mendaki diwaktu malam adalah untuk mengelakkan kami yang masih anak-anak kecil ni tidak patah semangat bila melihat trek yang super duper mencabar naluri kejantanan. kahkahkah ;)

Mula-mula kami bergerak dalam 1 team. Serius wei. Tak sampai 10 minit, dalam 5 minit lah lebih kurang. Kebanyakan kami dah pancit. Ada yang sakit dada. Ada yang sakit kepala. Nafas aku dah tercungap-cungap.. Berehat dalam 5 minit lepas tu teruskan perjalanan. Banyak kali jugak berhenti sebab memang cepat pancit semuanya. Disebabkan ada ahli yang sakit kepala dan sakit belakang. So, daripada 1 team dipecahkan kepada 2 team iaitu team Alpha dan team Beta. Aku dalam team alpha.

So, team Alpha teruskan mendaki meninggalkan team Beta dibelakang. Berpecah tak pe, janji teruskan mendaki, kalau boleh nak semua sampai puncak tak kira lambat ke cepat. Itu kata-kata daripada bos Tuffah, En.Umar.

Gunung Datuk ni mempunyai ketinggian setinggi 855 meter (2,900 kaki) dari paras laut. Dalam team Alpha seramai 8 orang termasuk aku dengan Amar. En.Umar memang mendaki laju. Pantas betul dia naik atas. Tak pancit pun. Dia memang dah biasa naik Gunung Datuk ni. So, bagi dia adventure Gunung Datuk dekat celah gigi dia je. huhuhu

Keadaan mendaki tu memang dalam keadaan gelap. Tak ada nyamuk pun. Hanya berbekalkan torchlight RM2.12 yang aku beli kedai Eco. Memang berbaloi rasanya beli torchlight tu sebab memang berguna sangat-sangat walaupun abah aku dah bagi 2 torchlight kepunyaan dia, siap dengan pisau. Aku pun tak sangka aku boleh mendaki sampai checkpoint pertama iaitu kawasan berehat selepas mendaki 2 trek curam. Gunung Datuk ada 6 trek curam. So, aku baru lepas 2 trek curam. Ada 4 lagi trek curam yang menanti. bhahahaha :(

Sampai dekat checkpoint pertama, aku rasa mcm dah nak giveup. Ikutkan hati, aku nak tinggal dkt situ. Berehat sampai siang. Lepas tu turun balik. Dah terlampu penat rasanya, dengan sakit dada lagi. huhuhuhu. Aku cuba think positive, kuatkan semangat. Biar lambat asalkan sampai ke puncak. Jadi, aku decide untuk berpecah dengan team Alpha. Aku dengan Amar, berdua sahaja tau jadi team Alpha B. Kami ditinggalkan oleh team Alpha A. Lama jugak lah kami berehat, sambil bual-bual, meluahkan perasaan kecewa sebab aku join expedisi ni. Serius wei, menyesal aku bawak beg besar-besar. Lagi menyusahkan aku adalah. Amar siap bawak DSLR dengan tripod. hahaha :P

Dalam gelap, aku nak ambik gambar pun takut-takut, serius memang tak berani. Kepala otak ni dah fikir yang bukan-bukan. Dalam hati ada jugak aku berzikir, kejap sebut nama Allah, sekejap selawat untuk menaikkan semangat aku. Cara tu memang sangat berguna. Semakin tinggi mendaki, semakin rasa sejuk. Kalau terus mendaki, kami berdua akan guna torchlight masing-masing. Bila berehat, kami guna 1 torchlight sahaja. Ini untuk elakkan seranggan datang. Tapi seram jugak guna 1 torchlight sebab lampu tu akan fokus dekat kita sahaja and sekeliling akan gelap gelita. Sambil tulis entry, aku teringat cerita The Conjuring yang ada scene "One Clap! Two Clap!" Huhuhuhu

Pada waktu tu, memang team Tuffah sahaja yang mendaki malam tu. Tak ada team lain. So, aku dalam team Alpha B. Kiranya kami team 2 daripada 3. Setiap kali nampak cahaya lampu dari team Beta, kami akan gerak mendaki sebab tak nak jadi team ketiga. Sebab kalau ada apa-apa hal berlaku dekat team Alpha B, ada backup dari team Beta. Hehehehe. Pandai tak kami punya rancangan. :)

Gambar dekat sebelah ni adalah sebagai contoh, banyak jugak papan tanda macam diatas ni. Tiap kali jumpa signboard ni, memang beri aku satu semangat untuk naik atas lagi. Rasa macam nak tengok lagi signboard macam gini. Nak lagi, Nak lagi!!!!!!! hahahaha. Banyak jugak lah signboard macam gini.

Alhamdulillah, sepanjang mendaki dari bawah keatas aku tak kena lagi cramp. Amar banyak kali kena cramp..Amar memang banyak dugaan, dah lah kaki dia cramp. Kasut yang dia pakai pun habis tercabut tapak. Kiri kanan pulak tu tercabut. Mula-mula dia ikat dengan tali kasut. Nasib baiklah aku bawak stokin lebih. Aku bagi dia, suruh sarungkan dekat luar kasut. Maknanya stokin dekat luar, kasut dekat dalam. Hahaha. Nampak  lain daripada lain. Maybe itu boleh jadi pencetus untuk buka bisnes kasut. Hehehehe. Lepas tu, baru perjalanan jadi smooth sikit.

Selain signboard yang memberi semangat untuk naik lagi keatas, semakin tinggi kami naik, kami terdengar azan dekat sekitar kawasan Gunung Datuk. Waktu tu memang nak naik cepat sikit sebab target sampai puncak, nak tengok sunrise. So, better sampai ke puncak sebelum pukul 6 pagi.

Selepas azan, kami ada juga terdengar lagu nasyid. Lagu Raihan, lagu bertemakan memuji Allah taala. Serius memang best dengar lagu tu. Mula-mula sayup-sayup je dengar lagu. Semakin tinggi naik, semakin jelas pulak lagu tu. Kami assume, ini mesti ada group yang berkhemah dekat atas.

Alhamdulillah, kami dah dekat kawasan checkpoint 2, rupanya ramai jugak yang dah berkhemah dekat situ. Maybe mereka dah mendaki waktu siang. Kami sampai masa tu, kebanyakan mereka dah bangun. Ada yang sediakan sarapan, ada yang bersiap-siap untuk solat subuh.

Aku blur jugak lah mula-mula, sebab dah nampak signboard tulis 'puncak' tapi nampak kawasan perkhemahan. Aku tumpang tanya dengan seorang hamba Allah ni, dia tengah sediakan sarapan. "Abang nampak tak ada group yang baru naik atas tadi?" Abang tu muka blur, mesti dalam hati dia ckp aku ni buang tebiat ke apa. dia baru bangun tidur kot. Kau dah tanya soalan mcm gitu. Confirm lah dia tak nampak sebab kawasan gelap. Abang tu balas "Tak perasan la"

Aku tanya lagi, "Puncak dekat mana bang?" Abang tu tunjuk tangga dekat sebelah dia. Tangga tu atas batu besar. Batu tu tak tinggi sangat tapi tangga tu goyang-goyang membuatkan aku macam nervous giler baby. Dah naik tangga tu, ada jumpa lagi batu besar siap dengan tangga. Batu kedua ni lagi besar. Tinggi dia mcm rumah 2 tingkat. Tangga pun curam memang kalau tengok ikutkan hati tak nak naik. Mula-mula musykil jugak nak naik ke tak nak.

Aku call En.Umar tanya dia dekat mana. Tak percaya pulak aku,dapat call dia. dekat atas puncak tu dapat pulak coverage maxis. Bagus betul maxis ni. En.Umar suruh panjat tangga kedua tu. Aku tengok Amar, Amar tengok aku. Siapa dulu yang nak panjat tangga ni. Last-last, aku jugak orang pertama kena panjat. Amar tunggu bawah.. Kalau aku jatuh, Amar boleh sambut aku. kahkahkah >_<

Ini dikawasan batu pertama selepas tangga pertama

Ini checkpoint 2, belakang tu kawasan perkhemahan


Tangga kedua ni memang mencabar. Sepanjang mendaki dari bawah sampai ke atas puncak, aku tak kena cramp. Boleh pulak dah separuh panjat tangga kedua ni, kaki kiri aku cramp. Nanti aku cerita lagi dekat entry seterusya... Panjang wei cerita ni. Pecah rekod rasanya boleh sampai part 3.




Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer