Makanan Yang Dipuji Oleh Quran Dan Hadis

Nak kongsi info berguna daripada buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' oleh Dr. Adi Hashman. Ada beberapa makan yang dipuji oleh Quran dan Hadis. Makanan-II ini terpilih dijadikan simbol. Pasti jenis makanan yang baik dan disyorkan kerana kemanfaatan kepada hidup yang sihat. Antaranya : 1. Minyak Zaitun (Kami menumbuhkan untu kamu) pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan. Surah al-Mukminun, ayat 20 Tubuh manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun yang merupakan minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-II degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok. Melambatkan proses penuaan, melawan kanser...