Makanan Yang Dipuji Oleh Quran Dan Hadis
Nak kongsi info berguna daripada buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' oleh Dr. Adi Hashman.
Ada beberapa makan yang dipuji oleh Quran dan Hadis. Makanan-II ini terpilih dijadikan simbol. Pasti jenis makanan yang baik dan disyorkan kerana kemanfaatan kepada hidup yang sihat. Antaranya :
1. Minyak Zaitun
2. Kurma
Kurma atau buah tamar adalah makanan yang disyorkan kepada Maryam, ibu Nabi Isa ketika beliau melahirkan Nabi Isa (Surah Maryam, ayat 25-26). Kurma adalah simbol makanan yang efisien. Bentuknya kecil namun mengandungi 50 % glukosa ringkas.
Susu adalah makanan yang lengkap dan bergelar 'lima sempurna' dalam kamus nutrisi. Kandungan kalsium susu yang tinggi bermanfaat bagi jantung, otot serta metabolisme, khususnya bagi kesihatan gigi dan tulang. Susu adalah makanan terbaik dari segi nutrisi dan mutunya.
4. Habatussauda
Rasulullah pernah berkata
Habatussauda atau jintan hitam didapati suplemen ini mengandungi elemen-II yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh iaitu imunomodulator. Imunomodulator mengeluarkan interferon yang penting dalam sistem imun badan.
5. Susu Awal Ibu
Susu awal ibu tidak dapat digantikan apa jua susu ataupun bahan makanan yang lain. Quran mencadangkan pemberian susu ibu kepada anak selama dua tahun penuh.
Ada beberapa makan yang dipuji oleh Quran dan Hadis. Makanan-II ini terpilih dijadikan simbol. Pasti jenis makanan yang baik dan disyorkan kerana kemanfaatan kepada hidup yang sihat. Antaranya :
1. Minyak Zaitun
(Kami menumbuhkan untu kamu) pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan.Surah al-Mukminun, ayat 20
- Tubuh manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun yang merupakan minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan.
- Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan.
- Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-II degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok.
- Melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.
2. Kurma
Kurma atau buah tamar adalah makanan yang disyorkan kepada Maryam, ibu Nabi Isa ketika beliau melahirkan Nabi Isa (Surah Maryam, ayat 25-26). Kurma adalah simbol makanan yang efisien. Bentuknya kecil namun mengandungi 50 % glukosa ringkas.
- Digunakan sebagai sumber kalori tanpa melalui proses pemecahan enzim.
- Lapisan kulit buah kurma mengandungi serat yang bermanfaat buat sistem penghadaman, mencegah sembelit.
- Kandungan kalium yang tinggi pada kurma bermanfaat buat jantung, saluran darah, otot dan seluran penghadaman.
- Kurma juga mengandungi tanin yang berfungsi sebagai pencegah cirit-birit.
Susu adalah makanan yang lengkap dan bergelar 'lima sempurna' dalam kamus nutrisi. Kandungan kalsium susu yang tinggi bermanfaat bagi jantung, otot serta metabolisme, khususnya bagi kesihatan gigi dan tulang. Susu adalah makanan terbaik dari segi nutrisi dan mutunya.
4. Habatussauda
Rasulullah pernah berkata
Gunakanlah habatussauda kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala perbagai penyakit, kecuali maut.Riwayat Bukhari dan Muslim
5. Susu Awal Ibu
Susu awal ibu tidak dapat digantikan apa jua susu ataupun bahan makanan yang lain. Quran mencadangkan pemberian susu ibu kepada anak selama dua tahun penuh.
Ibu-II hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu.Surah al-Baqarah, ayat 223
Bayi yang diberi susu ibu lebih tahan jangkitan penyakit berbanding sebaliknya.
Proses penyusuan menjalinkan hubungan emosi antara ibu dan bayinya.
Menyusu adalah baik untuk ibu bagi membakar kalori dan mengurangkan berat badan yang telah meningkat selama hamil dan mengurangkan risiko kanser payudara.

Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)