Jangan berani ambil !

 

Hye peeps ! Hari ni nak cerita sikit dengan korang berdasarkan pengalaman aku. Cerita nya baru hangat. Bila ?  semalam la sayang oi. Untuk makluman semua, atok aku sakit sekarang ni. So, makcik aku ni nak cuba berubat perubatan Islam. Makcik aku ada kenala seorang ustaz, dia ni pandai bab urut-urut batin dan ilmu ghaib pun terror jugak.

Nak dijadikan cerita, sebelum ustaz tu mulakan berurut atok aku, dia kena ngeteh dulu. Tahu tak apa ngeteh ? minum-II dulu. Sambil ngeteh tu, pakcik aku ni saja nak uji ke-professional ustaz tu. Jadi, dia bagi 1 batu putih. Cantik warna nya. Saiz sebesar buku lima tangan korang tu. Ustaz tu tenung punya tenung batu tu, sambil tarik nafas panjang.

Ustaz tu tanya mana dapat batu tu, pakcik aku cakap dia ambil dekat rumah lama. Tuan rumah dah meninggal. Jadi anak tuan rumah nak jadikan rumah sewa. Barang-II dalam rumah kena keluarkan. Pakcik aku jenis jakun sikit. Dia ambil simpan dalam almari bilik.

Ustaz tu bagitahu dalam batu tu ada jin. Tapi tak tahu jin Islam atau pun kafir. Jadi, sebaik-baik jalan adalah buang ke dalam sungai. Kalau nak guna pun, nanti makan tuan nya sendiri.

Lepas tu, pakcik aku bukan main cuak lagi. Terus dia mencari la barang-II yang dia dah pernah kutip.
Bini dia bukan main bising lagi, marah pakcik aku bila tahu pasal benda tu.

Pakcik aku ambil lembing dibawah katil dia. Siap berbalut dengan kertas lagi. Ustaz tu belek-II lembing tu. Lembing tu memang dah berkarat. Lama jugak la dia tutup mata sambil baca doa. 

Kemudian, dia cakap lembing tu ada tuan. Perempuan orangnya. Daripada jauh nampak cantik. Bila dah dekat bukan main panjang rambut dia. Mengerbang ! kata ustaz tu sambil menggaya kan rambut panjang.

Ustaz cakap lembing tu dah pernah makan darah. Aku pun terkejut sebab ada bahan bunuh pulak dalam rumah. Pakcik aku cakap lembing tu pun ambil dalam rumah yang sama dengan batu tadi.

Ustaz tanya bini pakcik aku yang dia pernah kena lebam-II tak. Makcik aku ngaku dia pernah kena lebam-II dekat bahagian peha. Ustaz cakap dia makan darah bini pakcik aku. Makcik aku pun ngaku dia pernah kena. Dah lama kena sebab pakcik aku dah simpan lembing tu 4 tahun.

Terkejut semua bila dengar cerita tu. Semua seram-II sejuk. Ustaz minta benang merah dengan kain. Sambil baca doa, dia masukkan ke dalam kain dan balut kedua-dua barang tadi dengan benang. Dia cakap benang merah untuk ikat makhluk tu supaya tak keluar daripada barang tempat dia menumpang tu.

Kalau sesiapa jumpa, then orang tersebut simpan macam pakcik aku ni. Orang tersebut akan sama pengalaman yang pakcik aku alami. Sebab tu, jangan berani nak ambil barang-II yang pelik-II.

Kita akan mudah tertarik dengan benda-II macam tu sebab benda tu akan memujuk/ merayu kita supaya kita ambil dia. Besar kemungkinan, kita akan jadi tuan dia pulak. Kita tak perasan tapi akan terdetik dihati akan berkata benda tu nampak cantik. Jadi, terus ambil bawak balik.

Pengajaran, jangan berani ambil benda yang pelik-II. Ingat tau !

bye !

Comments

  1. seram baca tengah tengah malam ni. huhu. tapi saya pon mcm pkcik tu jugak la. kalau jumpa kerongsang tepi jalan pon nak kutip. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.Harap2 tak ada benda berlaku mcm pengalaman sy ni. :)

      Delete
  2. awww ! seramm. moralnye jgn la kte mengutip . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. tahu x pe. Ingat tau ! :)

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin