Pages

1/28/12

Selimut Putih - Insaf Bai !



hye peeps ! Dah follow blog yang aku promote ? Haha, tak paksa pun. Ok lah, nak cerita tentang housemates aku ada macam-macam ragam.

Ada sorang kawan aku memang jenis suka bangun awal. Wajib bangun awal punya la setiap hari. pukul 11 malam tepat dah terbongkang atas tilam. Biasalah bangun pagi dia akan pergi solat subuh dulu and then buka desktop besar dia tuh. :)

Dia memang tahu perangai kitorang ni susah sikit nak bangun awal. Jadi, dia akan loud speaker dengan lagu-lagu nasyid. Pagi-pagi dah dengar nasyid, memang insaf bai! :)

Lagu yang tak boleh tahan, lagu 'selimut putih' oleh Hijjaz. Baru dengar sikit lirik lagu tu terus terbeliak mata bangun tidur.
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Bila dengar jek lagu ni, mesti terbangun dari tidur punya la. Hari-hari dia akan buat macam tu supaya kitorang bangun pagi. :) Mula-mula ada jugak yang tension, tapi benda baik memang patut digalakkan. Betul tak ? Lama-lama dah biasa da. :)

Lepas ni, korang boleh la buat macam kawan aku ni kalau nak kejutkan member bangun subuh. :) Nak lebih dahsyat, bukakan surah yassin. kompem ! bangun bai. Haha

Ok. Bye ! :)

2 comments:

  1. hahahaha....kalau nk kejut diri sendiri bleh ke buat alarm pakai lagu tu???hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, boleh jek. tapi guna full volume. confirm bangun punya. :)

      Delete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)