Tahun Baru, Buku Baru

Hye bloggers! Semalam aku and the gangs pergi book store dalam kampus. Singgah sambil survey barang yang boleh aku beli dekat situ. Dah dapat baucer rm200, terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib student.

Nak beli buku tapi owner nya kata out of stock. Apa seyh! Time terdesak nak guna, dah habis pulak. Sambil godek-godek buku dalam kedai tu, terjumpa la satu buku bertajuk 'Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit' dari Dr. Adi Hashman. Macam menarik jek buku. Tak tebal pun, cover pun menarik tapi ada pepatah 'don't judge a book by its cover'. So, ada aku kisah! Lantak la cantik ke tak cantik. Aku nak beli jugak.

Eh, dah merapu da. Haa, sambung balik cerita. Aku belek-belek buku tu. Memang nampak menarik. Baru baca sikit dah rasa nak baca lagi.. yok2 jek tu! :]


Aku ambil beberapa petikan dalam buku ini, tidak ada manusia lain pun yang memiliki dokumentasi catatan kehidupan yang dicatat oleh begitu ramai orang dengan lengkap dan terperinci sepanjang hidup sebagaimana catatan riwayat kehidupan Nabi Muhammad.
Menurut Muslim, Aisyah pernah berkata, akhlak Rasulullah adalah Quran sehingga dalam banyak kesempatan. Rasulullah sentiasa diberi jolokan 'Quran hidup' atau ' The living Quran'.

"Kesihatan adalah nikmat tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang sakit"

Buku ini membincangkan rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan Rasulullah sepanjang kehidupan. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah. Membicarakan secara terperinci, kompenen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan. Ini dapat dicapai melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah.

Setiap malam aku akan baca sebelum tidur, sebab supaya cepat mengantuk. :) tapi ad jugak input yang aku dapat kan. Insyallah, aku akan cuba habiskan baca buku ni..

bye2 !

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer