Pages

7/29/12

Nasihat Imam Abu Hanifah


Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar


Hari ini aku nak berkongi artikel, barangkali wajib untuk dikongsi mengenai isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar yang ditulis oleh blogger szlihin.com.



Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.



Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

7/24/12

Save Maryam!


Info Solat Sunat Terawih


Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ni sudah 4 Ramadhan. Insyallah, banyak lagi masa untuk kita berebut semua ganjaran yang telah Allah janjikan kepada kita sepanjang Ramadhan ini. Antara ganjaran besar untuk hambaNya ialah solat sunat terawih. Solat terawih hanya ada di dalam bulan Ramadhan sahaja. Jadi, aku nak berkongsi sedikit info mengenai solat sunat terawih.


Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa: Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.

Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Solat terawih lebih afdal dilakukan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

-sumber-

RAMADHAN KAREEM

Motivasi Bersama Prof. Dr. Muhaya

7/22/12

Lima Ganjaran Ketika Bulan Ramadhan



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

-sumber-

7/17/12

Permohonan Bantuan IPTA Tahun 2012



Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2012.

Permohonan dibuka sekarang sehingga Disember.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor)

2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut.

3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja.

4. Pelajar Politeknik dan matrikulasi tidak layak untuk momohon.

5. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh PIJ yang boleh didapati di http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf 

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat:
PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 6, Bangunan PERISIND
No. 8, Jalan bukit Timbalan
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2277611/ 2276197
Faks : 07-2272991
Laman web : http://www.pij.gov.my/

7/11/12

Opick - Ramadhan Tiba


Opick - Ramadhan Tiba 

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

7/8/12

Macam mana nak block/sekat website porn?



Hye semua! Post kali ini nak saja-saja nak share macam mana nak sekat/block website porn yang makin lama, makin banyak dalam internet ni. Kalau taip ayat yang agak 'pelik' sikit, confirm ada jugak 2 3 website terselit dalam searching kita tuuu. 8)

Sekarang ni makin banyak software-software yang ada menyediakan protection untuk sekat website terutamanya pornography ni. Budak zaman dulu, dah tak macam zaman sekarang. Makin advance dunia ni, makin advance jugak kepala otak diorang. Tapi tak semua ok. i tak macam tuu~ hahaha

bacteria lebih bijak? kita harus lebih bijak!
Tiba-tiba keluar pasal activeguard la pulak kan. :] Kalau la ada software yang keluar kan pop up window macam ni..


bila ada yang baru nak skodeng/tengok porn site tuu.. confirm terkejut tahap gaban. Terus insaf! insyAllah. :) Ada satu website yang menyediakan servis protection ni iaitu http://www1.k9webprotection.com/getk9/index.php Jangan risau pasal kena bayar ke tak. Benda ni free jek, hanya register online dan download software tersebut.


Aku dah cuba sendiri software dari k9protection ni, memang terbukti kebersanannya. Kita boleh setting/customize sendiri website apa yang hendak di sekat/block dan perkara penting yang kena ingat adalah PASSWORD untuk access ke admin page.


Selain function sekat-menyekat ni, function lain dia jugak adalah kita boleh view internet activity. Kita boleh tengok apa website apa yang telah di-block/sekat. Kadang-kadang kalau nak pantau guna history browser jek, dah susah da! Budak, bapak budak dah pandai daa clear history lepas search yang bukan-bukan ni. :)


Software yang disediakan ada banyak version untuk windows dan mac. So, tak perlu risau la. Jangan cakap tak boleh guna apa la kaan.

Aku akan terang kan sedikit step dia, simple jek.

1. Klik link website http://www1.k9webprotection.com/getk9/index.php
2. Isikan maklumat untuk request license.
3. Buka email anda.
4. Baca penerangan yang diberi (tak banyak pun) dan klik link yang disediakan.
5. Pilih version windows atau mac dan klik untuk download.
6. Install, masukkan license key yang ada dalam email, masukkan password sendiri dan reboot/restart laptop.
7. Klik software dan log in sebagai administrator jika untuk customize/setting.
8. Siap!


Selepas tu, cuba search website porn, jangan takut! cuba jek, insyallah software tu akan terus block website tersebut. Contoh macam dekat bawah ni...


Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh diajukan disini. Isyallah, aku akan jawab dengan info apa yang aku tahu. :]

Selamat mencuba! 8)





7/3/12

15 sebab turunnya bala'



Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud :
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala' pasti akan turun keatas mereka iaitu :

1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

3. Zakat dijadikan denda atau hutang.

4. Orang lelaki taat pada isteri (dayus)..

5. (dan) menderhakai ibu sendiri.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman...

7. (dan) berkeras dengan bapa sendiri.

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid (kerana bertengkar).

9. Orang yang paling hina (dengan kejahatan) di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.

10. Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya.

11. Arak diminum berleluasa.

12. Ramai kaum lelaki memakai sutera.

13. Penyanyi-penyanyi wanita disanjung tinggi dan dipuja.

14. Banyak jenis muzik dimainkan dan hiburan dipuja.

15. Apabila umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala' yang akan menimpa dalam bentuk angin merah membakar atau gerak gempa yang memusnahkan"

(Riwayat At-Tirmidzi)

7/1/12

Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza


Tahniah diucapkan kepada pengantin baru Irma Hasmie dan pasangan, Redza yang diijab qabulkan pada 29 June 2012. Moga dikekalkan sehingga ke Jannah. Irma memang nampak cantik dengan baju yang superb dari rekaan Ezuwan Ismail. Semua gambar ini, kebanyakan nya aku ambil dari official photographer untuk majlis pernikahan dan sanding Irma Hasnie iaitu The Kliker.

Jom kita tengok sama-sama! :]




Walaupun perkenalan mereka berlaku dalam masa tidak sampai lima bulan, namun ahli perniagaan dalam bidang pengurusan acara dan pengiklanan ini memberitahu yakin dengan keputusannya untuk memperisterikan Irma kerana percaya ini semua takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Cinta saya dengan Irma bermula di tempat yang suci dan hati saya terdetik apabila melihat Irma betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Selain itu, perkenalan kami bermula antara Irma dan keluarga, jadi itu yang membuatkan saya terharu. Tidak menjadi masalah dengan perkenalan yang singkat kerana saya yakin dengan apa yang Allah bagi, insyaAllah.” www.gua.com.my











Sebenarnya banyak gambar yang ada lagi, tapi ini jek yang mampu nak dikongsi bersama. Kalau tak puas hati lagi, nak tengok banyak-banyak. Boleh la klik Facebook The Kliker - Official Photographer For Irma Hasmie's Wedding

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Irma Hasmie dan Redza.

Yeah! haha :)