Posts

Showing posts with the label baik

Sifat Mulia Rasulullah s.a.w

Image
Hye peeps ! mari kita selami dan mengambil pengajaran daripada sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s..a.w sebenarnya model utama bagi umat Islam, kerana Baginda mempunyai keistimewaan paling tinggi sehingga diakui Allah sebagai peribadi yang sangat mulia akhlaknya. Firman Allah bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Kalam, ayat 4) Sewajarnya kita mesti mencontohi keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik." (Surah al-Ahzab, ayat 21) Peribadi Rasulullah s.a.w adalah model yang sangat agung untuk kita contohi. Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w ialah:- Baginda berdoa dengan penuh khusyuk, sambil air matanya sentiasa berlinangan. Wajah Baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang Baginda. Baginda memilik perasaan yang halus. ...