Sifat Mulia Rasulullah s.a.w
Hye peeps ! mari kita selami dan mengambil pengajaran daripada sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s..a.w sebenarnya model utama bagi umat Islam, kerana Baginda mempunyai keistimewaan paling tinggi sehingga diakui Allah sebagai peribadi yang sangat mulia akhlaknya.
Firman Allah bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Kalam, ayat 4)
Sewajarnya kita mesti mencontohi keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik." (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Peribadi Rasulullah s.a.w adalah model yang sangat agung untuk kita contohi. Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w ialah:-
Baginda berdoa dengan penuh khusyuk, sambil air matanya sentiasa berlinangan.
Wajah Baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang Baginda.
Baginda memilik perasaan yang halus.
Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena.
Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.
Baginda benci kemegahan dan perhiasan yang cantik kerana ia melambangkan kesombongan dan keangkuhan.
Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca, apa lagi menghina orang lain.
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
Baginda suka membalas hadiah.
Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar daripada rumah atau semasa masuk ke rumah.
Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemui Baginda.
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
Ketika berjabat tangan, Baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
Baginda mengangkat tangan memberi hormat apabila melepasi kumpulan kanak-kanak
Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-kanak.
Baginda tidak pernah bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan sahabat.
Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum lembut.
Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
Baginda sangat sabar dan tabah, apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
Baginda sangat kasih terhadap umatnya.
Tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum Baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk tujuan fisabilillah.
Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan.
Baginda tidak menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
sumber : mualim
Comments
Post a Comment
Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)