Apa itu CAMRip, TS, R5, DVDRip, BRRip ?



Hye peeps ! zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah download movie.

Bagi first time yang meng-download mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana. Kalau waktu aku zaman muda-muda dulu, aku main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok. :)

Sekarang ni aku nak kongsi bersama korang tentang jenis dan maksud benda alah tu senua bermula dari bawah atau yang tak best punya. :)

5. CAMRip

CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie. :)

4. TS

TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip.

3. R5

R5 adalah DVD yang telah di lancarkan di beberapa negara/daerah tertentu atau biasanya hasil seludup dari negara lain. Kualitinya baik kerana sumber nya dari DVD asli.


2. DVDRip

Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai .

1. BRRip

Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi atau memerlukan resolusi yang tinggi.

p/s: Terpulang pada masing-masing kan, kalau download yang kualiti baik pun, lepas tengok terus buang kan. haha :) aku suka pilih DVDRip, ringan sikit dari BRRip. bye!

Comments

  1. very informative...i loike

    ReplyDelete
  2. @Karbie terima kasih :) lepas ni boleh la download kualiti yg baik punya :)

    ReplyDelete
  3. haha Zaki selalu main download saja. Tak tahu pulak mengenai hal ini. Apa-apapun thanks for the information. So better I download yang DVDRip je la kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer