Pages

2/23/12

Geramnya tengok arnab ni

Hye peeps ! baru hari ni nak buat new entry, tak ada idea sebenarnya. Tapi paksa diri jugak buat new entry. :)

Petang tadi lepas aku gunting rambut yang panjang dah macam ala-ala Noh Hujan gitu. haha poyo jek~ saja nak jalan-jalan, pusing 1 segamat ni. Bosan duduk rumah, asyik ngadap laptop jek.

Terdetik di hati nak pergi tengok pet shop. Saja nak tengok binatang-binatang, i suka haiwan sebenarnya. haha Dekat Segamat ni ada 2 pet shop jek, setahu aku la kan. So, 2 kedai tu terjah habis-habisan.

Macam-macam binatang ada, tapi yang menarik perhatian aku adalah arnab. Alahai, comel-comel arnabnya. Kecik jek size nya. Rasa nak kemam jek arnab tu. haha
Dulu aku obses nak bela sugar glider, hamster and now arnab pulak. :)



Rasa nak bela jek tapi as student kan, memang masa tak cukup nak study. apa lagi kalau ada bela binatang ni. Memang tak akan ditatang bagai minyak yang penuh la. :) Boleh nak bela, tapi mungkin akan terabai sekali sekala.



Aku dah berangan jauh da, mula-mula nak beli arnab sepasang. Lepas tu, nak avoid dia beranak setiap tahun, aku akan hantar ke veterinar untuk mandulkan si jantan nya. Kalau tak jadi mandulkan, akan aku hantar ke kampung untuk tinggal dalam reban ayam. haha

Tapi angan-angan aku tak jadi sebab kawan aku tampar aku depan tauke pet shop. So, angan-angan tu dah terbang jauh. Tak jadi beli terus. :]

Ada orang nak beli kan aku arnab ? beli kan la. haha gaya gediks ok!

Apa-apa pun, bila dah kerja nanti. aku nak jugak beli binatang. Insyallah. :)

bye!






9 comments:

  1. susah ho jaga arnab. makan, najisnye lagi~

    ReplyDelete
  2. arnab membesar dgn cepat..klo nak yang kecik, boleh cari mini rabbit.mini rabbit sangat sangat cute..berbaloi la walau harga dia mahal sikit pun..^^

    ReplyDelete
  3. @cik oren memang nk cari mini rabbit sebenarnya tapi tak jumpa lagi :]

    ReplyDelete
  4. @AlyNn NyzAacute kan? rasa nak beli semua jek. :)

    @ciksukaberanganye ke? kalau dh minat, mungkin tak kisah kot.

    ReplyDelete
  5. arnab memang comel. nak gak? hehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)