Lelaki Serang Budak 13 Tahun Gara-Gara Call Of Duty



Selepas berulang-kali ditewaskan oleh seorang budak berusia 13 tahun di dalam permainan online Call of Duty : Black Ops, seorang lelaki merasakan bahawa dengan hanya menukar taktik permainan adalah tidak mencukupi. Lelaki yang berusia 46 tahun itu dikatakan menyusup masuk ke rumah budak tersebut ketika dia sedang asyik bermain.

Bradford yang menetap di Plymouth, England, mengambil keputusan untuk menyerang budak berusia 13 tahun tersebut dengan mencekiknya. Malang bagi Bradford kerana ketika itu ibu budak lelaki tersebut yang berusia 33 tahun berada di situ dan berjaya menarik Bradford daripada mencederakan anaknya. Bradford hanya meninggalkan kesan calar dan merah pada leher budak tersebut, tiada kecederaan yang lain.

Bradford kemudian melarikan diri dengan senyap dan kembali ke rumahnya, tetapi tidak lama kemudian dia ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Ia sangat menjengkelkan apabila seorang lelaki dewasa sanggup menyerang seorang budak berusia 13 tahun yang tidak mampu melindungi diri sendiri, ” kata ibu budak tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila mereka berdua dikatakan bermain permainan online yang dikenali sebagai Call of Duty : Black Ops, iaitu permainan yang berunsur peperangan. Selepas membunuh karakter lelaki tersebut di dalam permainan itu, mereka dikatakan saling berbual (chatting) dan Bradford mendapat tahu bahawa budak itu bermain berdekatan rumah kawannya.

Bradford yang menghidap penyakit mental, mengaku bersalah di atas tuduhan menyerang dan mencekik budak tersebut,

“Saya bermain sepanjang hari dan dia (mangsa) asyik mengumpan saya dan tak tahu tutup mulut,” Bradford memberitahu mahkamah, menurut sebuah akhbar UK The Daily Mail.

“Dia asyik membunuh saya sahaja dan saya selalu kalah. Dalam keadaan marah, saya pergi ke rumah dia. saya tak tahu apa nak buat. Tetapi saya pada mulanya tidak berniat jahat.”

Budak tersebut yang identitinya tidak boleh didedahkan berkata, “Saya cuma bermain. Kami bergurau, dan dia tiba-tiba datang menyerang dan menarik saya. Saya tak tahu apa yang berlaku.”

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer