Pulau Buatan Manusia

Hye peeps ! alhamdulillah, hari ni sempat nak update new entry. Tengah hari tadi, aku lepak-lepak dekat bilik lecturer sambil selak magazine. Terbaca 1 artikel pasal pulau buatan manusia.

So, dekat sini aku just nak share info dengan korang. Jom kita tengok satu persatu.

The Pearl





The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan empat juta persegi. Pulau yang terletak kira-kira 350 dari luar pesisir West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan United Development Company.

Pulau Palma





Palm Island atau Pulau Palma terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) dibina oleh Nakheel Properties denga tenaga kerja dari Belgium dan Belanda. Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersial, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur. Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertontonkan seluruh dunia.

Pulau Eden





Ia bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambungan ke laut. Pulau Eden bersambungan dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

The World (archipelago)





The World adalah gugusan-gugusan pulau buatan yang mengandungi kira-kira 300 pulau yang dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta bagi daratan bumi. Ia dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai, UAE. Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 - 42,000 meter persegi dengan jarak di antara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 ialah sebanyak 14 billion.

Pulau Thilafushi





Thilafushi adalah sebuah pulau buatan dibina sebagai sebuah pusat perbandaran yang terletak di antara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives. Thilafushi asalnya sebua lagun di panggil 'Thilafalhu' dengan keluasan 77 km dan kelebaran 200 meter di kawasan cete. Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah daratan dengan lebih 4.6 jua kaki persegi dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk pembangunan perindustrian.

Kepulauan Venetian





Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne di Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau San Marco, Pulau San Marino, Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach). Pulau-pulau ini bersambungan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami. Pada hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjoggingm berbasikal, berjalan kaki dan bersiar-siar.

Comments

  1. pulau palma dekat dubai tu klu tak silap guna arkitek Malaysia kn??

    ReplyDelete
  2. @Si BuDaK KaChAk itu tak pasti la. yang aku tahu jam dekat makkah jek ada rekaan dari arkitek malaysia. :)

    ReplyDelete
  3. @Mie Hishamuddin

    @teha

    pandai kan diorang buat pulau buatan. dekat Malaysia bila lagi? :]

    ReplyDelete
  4. suka la tgk bgnan dan pencapaian architecture kat dubai...banyak yang lawa-lawa...haha...ni la yang jadinya kalau banyak duit...mcm2 boleh dibuat...kehkehkehhh

    ReplyDelete
  5. cantik mang cantik..

    banyak sgt duit sampai pulau berlambak nak dibutanyer kan..

    btw,, mang nice lah.. =)

    ReplyDelete
  6. wah! best2...
    nice ") nice ")

    like :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer