Posts

Showing posts with the label hantu

Radio Ria - Misteri Jam 12

Image
Hye peeps ! Korang suka tak dengar cerita-cerita seram pada waktu malam ? Haha, sekarang ni aku macam dah suka pulak nak dengar cerita-cerita seram. Tapi aku dengar bila ada member yang nak join sekali. Kalau seorang diri, jangan harap la nak dengar. :) Dekat Malaysia tak ada pun cerita-cerita ni. So, mana nak dengar ? Aku dengar dengan Radio Ria, station radio di Singapura. Dalam rancangan Misteri Jam 12 ni, seorang penyampai radio bernama KC akan bacakan kiriman email cerita-cerita seram daripada pendengar. Dengan suara DJ yang boleh buat seram, sound effect sewaktu rancangan tu pun memang menyeramkan, kalah sound effect dari movie Hantu Kak Limah. Waktu iklan pun ada suara orang mengilai lah, dan macam-macam lagi. Kalau sesiapa sekitar Johor bahru dapat la dengar radio dari Singapura ni, setiap 12 malam dari isnin sampai jumaat. Kalau korang betul-betul berani, dengar lah. Tak nak terbayang-bayang sampai tidur, jangan dengar. Lepas aku dengar, confirm tidur tak tutup lampu. :) ...

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Image
Hye peeps ! Kebiasaannya, orang-orang tua mempunyai banyak pantang larang nya. Antara salah satunya adalah jika ada sejenis belalang atau lebih dikenali pelesit datang masuk ke dalam rumah. Dunia semakin moden, tapi amalan kepercayaan ini masih diteruskan. So, susah kita nak percaya atau tidak. Kalau percaya 100% dah dikira syirik, berdosa pulak, tak pasal-pasal tanggung dosa. Bagi aku ikut jek cakap orang tua, kalau pelesit masuk rumah, cepat-cepat buang ke luar rumah. That its ! Percaya sampai situ jek. Tak percaya lebih-lebih. Korang tahu tak apa tu pelesit ? menurut wikipedia, pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinan dari golongan jin/syaitan yang dipelihara oleh seseorang bagi tujuan memudaratkan musuh. Tujuan pelesit ini dipelihara adalah untuk memporak-peranda kan kehidupan seseorang, untuk membalas dendam dan digunakan bagi mendapatkan duit. Pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya. Kebiasaanya menjelma sebagai sejenis belalang, mempunyai ...