Posts

Showing posts from November, 2012

Bandar Maharani, Bandar Diraja

Image
Muar yang dahulunya dikenali sebagai bandar Muar kini diisytiharkan Bandar Maharani, Bandar Diraja Johor. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah diadakan di Muar selama 5 hari 5 malam bermula 21 hingga 25 November yang lepas. Pelbagai acara menarik sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja. Antara sambutan yang diadakan adalah acara perarakan kereta berhias, Cabaran Jet Ski Antarabangsa Johor 2012, perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api. Mercu tanda baru di bulatan Sulaiman, dibina dengan kos lebih RM 1 juta. Monumen tersebut yang mempunyai  identiti tersendiri dengan empat gading gajah gergasi di setiap sudut dan mahkota di bahagian atasnya. Malam akhir ketika acara bot berhias dan pertunjukan bunga api. Jambatan Sultan Ismail ditutup untuk memberi ruang orang awam untuk menyaksikan acara berkenaan. Dah macam semut aku tengok orang dekat atas jambatan tu. Siap ada gerai

Musuh Sabar

Sabar itu kala seseorang itu betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi betah, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu ? 1. Tergesa-gesa Allah berfirman yang bermaksud : "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa." (Surah al-Anbiya) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itu lah tabiat semula jadi manusia. Sebagai contoh, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut. 2. Putus asa Allah berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnyatidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir." (Surah Yusuf) 3. Marah Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan umat Islam dizalimi. Hakikatnya kini, manusi

Contest Menyerlah Bersama Sophie Magic Cream

Image
Jom singgah blog diorang.   FitRyna | PakJoe | Priya | Anisa | Nina | Zafirah | Emma | Nabila  

eBR1M 2.0

Image
  •   Isi rumah yang layak (RM500):        (i)       Warganegara Malaysia;        (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.                   > Berkahwin;                   > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;                   > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).        (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.   •   Individu yang layak (RM250):        (i)       Warganegara Malaysia;        (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.   •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malays