Musuh Sabar


Sabar itu kala seseorang itu betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi betah, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu ?

1. Tergesa-gesa

Allah berfirman yang bermaksud : "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa." (Surah al-Anbiya)

Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itu lah tabiat semula jadi manusia. Sebagai contoh, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

2. Putus asa

Allah berfirman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnyatidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir." (Surah Yusuf)

3. Marah

Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan umat Islam dizalimi. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tak bertempat. Mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga "musuh" sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memupuk sabar. Halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat.



Comments

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer