Posts

Showing posts from April, 2011

Yay Merdeka!

Assalamualaikum
Hoho. Hye semua!  Hari ini aku dah merdeka. Yay, merdeka sebab apa? Aku dah habis exam dah. Happy gila! Bukan main seronok lagi bila dah keluar dewan peperiksaan. Alhamdulillah, semua sudah selesai. Haha. Lepas nih, boleh lepak puas-puas.  Makan puas-puas.  Tidur puas-puas. Haha. Semua nak puas. :)
Cuti 2 minggu nih akan kumanfaat kan dengan kerja berfaedah. Haha. Poyo gila mamat nih! :P
Apa-apa pun, selamat bercuti kepada semua kawan-kawan,  jumpa lagi semester hadapan dan  kepada yang dah habis semester tuh. Selamat berkonvo! :)



Tutorial : Paparkan link Blog

Image
Assalamualaikum
Hye semua, asyik gedik girls jek kan! Haha

Tadi aku ada blogger yang baru follow blog aku nih. Terima kasih diucapkan.

Ingat nak follow balik lah kan.
Tapi tak dapat plak detect mana blog dia sebab tak ada link.

Sesetengah blogger yang mungkin tak perasan atau tak tahu langsung mana mana supaya link blog boleh dipaparkan.
SoL ada cara macam mana blogger lain boleh jenguk blog korang balik.

Cuba tengok gambar dekat bawah nih ha.



Mohon Maaf kepada blogger yang terpilih. :)

So, dekat sini aku ada cara nak paparkan link blog korang.

Senang jek. Ada 3 step jek.


Edit Profile>>Select Blogs to display>>Save Setting.
Selamat mencuba. :)

Dapat award Cik Atika Aula

Image
Assalamulaikum
Hye gedik girls! Haha Dah lama aku tak update entry. Almaklum la, sekarang minggu exam. So, jarang lah online.
Aku ada dapat award dari Cik Atika Aula. Memang cantik awardnya, Award untuk semua follower dia. Terima kasih bagi SoL award dan SoL appreciate sangat-sangat. 
Ini dia award yang diberi oleh Cik Atika Aula. 


 Siapa yang tak follow dia tuh. Cepat-cepat jadi follower dia.
Nanti dapat award pinly dinky nih.

Terima kasih Cik Atika Aula :)

Contest : Gambar Desktop Lappy !

Image
Assalamualaikum Hye semua. Hari ini aku ada masuk contest yang lain daripada lain.
Ini dia  cik Arcma Baharin yang first time buat contest.
Korang boleh klik banner atas nih untuk terus ke blog cik Arcma Baharin.
Cik Arcma pun ada jugak tunjuk kan sekali dia punya gambar desktop dia.
Memang cantik dengan gambar Lee Min Ho.


LMH tuh sebenarnya abang aku tau. Keep secret ok! Haha



Ini lah gambar desktop aku yang pakai sekarang.

Aku suka dengan gambar nih sebab colourful.
Ada flora sikit dengan bentuk curly.
Kalau korang perasan dekat bawah tuh ada fairy warna biru.

Jom kita ramai-ramai join contest nih. Tak rugi pun kalu join.
Kalu nak tahu syarat-syarat dia, boleh klik sini

Dekat sini aku ada tag 2 blogger.
Join tau.

Gadis Kampung Separa Bandar

Aku dan Photography

Perhatian. Wajib tengok.

Image
Assalamualaikum
Haha. Mesti tak sabar-sabar nak baca bila tajuk entry macam tuh. Ok lah sebenarnya aku dah lama nak buat benda nih. Dah lama sangat idam-idamkan. Haha Akhirnya dapat jugak buat dengan seikhlas hati. *Kalu ikhlas mana boleh bagitahu. Ishh Ishh Aku nak bagi korang special award daripada aku untuk semua follower yang berada diatas, bawah, kiri, kanan. Semua la kiranya. Ini dia award yang dinanti selama ini.
tadaa

Terima la award yang tak seberapa nih daripada SoL. Terima kasih kepada semua follower blog busuk SoL. Korang memang best blogger ever, ever and ever. Haha
Malu kucing, malu tenuk tuh semua buang... Ambil jek. Aku ikhlas nak bagi korang.
Terima kasih semua :)

Apa itu plagiarism?

Image
Assalamualaikum
hye gedik girls dan abg macho. Semester ini kampus aku ada menjalankan program jauhi plagiarism. So, aku nak share lah jugak dengan korang.


Korang tahu tak apa tuh plagiarism? Meh sini aku nak cerita, plagiarism atau dalam bahasa ibunda kita ada lah plagiat.
Plagiat nih adalah merujuk kepada perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan atau ciptaan orang lain dan mendakwa dengan bangganya yang itu adalah hasil ciptaan sendiri.
Contoh senang la, Korang mungkin tak perasan atau tak tahu mungkin ada idea penulisan korang yang telah diplagiat. Mesti sakit hati kalu hasil kerja kita, penat-penat perah otak nak memikirkan. Tiba-tiba ada plak orang lain ambil jadikan kan hasil penulisan diorang plak. Sedap-sedap dia jek COPY and PASTE jek.
Mungkin sesetengah orang tak kisah yang hasil penulisan dia ditiru, tapi macam mana kalau ada yang ambil kisah?
Ada cara sebenarnya kalau nak ambil idea orang nih Setiap idea tuh kena tulis sekali references, bagitahu siapa yang buat, sebagai contoh…

Ada yang volunteer tak?.

Assalamualaikum Hye kawan-kawan. Alhamdulillah, sekarang aku masih dalam mood exam. Perasaan pun bercampur aduk,  stress nak sepak orang nak tendang orang semua ada, cuma tak dapat nak buat sebab tak yang volunteer nak diperlakukan sebegitu.  Ada yang volunteer ke dekat sini? Haha Pagi tadi aku baru habis kan 1 paper Memang mencabar jiwa bila nak menjawabnya. Otak pun dah habis perah dah pun, keluar output sikit jek. Alahai, mana tak stress sebab bersungguh baca slaid dan note tapi soalan yang keluar merepek meraban.  Terpaksa jawab jugak, tak kan la nak tinggalkan 0 plak.. Nak suruh penanda jawabkan ke? :)
Masa diberi 3 jam untuk menjawab tapi ada juga beberapa makhluk Allah yang dah keluar lepas 1 jam 1/2 menjawab. Memang psycho dekat situ, aku tengok muka masing-masing dah gelabah sebab ada budak dah keluar awal. Korang tak yah la nak gabra sangat. Relax sudah! Keluar awal tuh ada banyak maksud,  tak semestinya dia dapat jawab ntah-ntah tak dapat jawab, sebab tuh keluar awal. Apa-apa pun, tak yah nak risa…

Jom Join Give Away Aimi !

Image
Assalamualaikum

Siapa nak hadiah, angkat tangan macam saya! (lagak macam usop wilcha plak). Haha Ok lah, Cik Aimi ad Give Away special untuk semua blogger.  Join la cepat. Klik jek banner dekat atas nih. Kalu nak menang, mesti ada syarat dia.
Letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi ! Letak banner di atas dalam entry.Letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri! Follow blog Cik Aimi sebab senang korg nak tgk update , tp taknk follow , tak kisah Tag 2 rakan blogger.
Last one : letak link url entry korg dekat komen. Tarikh tutup 30 APRIL 2011
Aku ada tag 2 pasangan blogger yang hot
SiKacak CantikManis

Follower Top 50

Assalamualaikum
Yay! Hari ini follower aku sudah bertambah.  Terima kasih banyak-banyak sebab sudi follow blog SoL. Tahniah kepada follower top 50. 
Insyallah, aku akan selalu jenguk blog korang.
Keep in touch ok! :)

Contest Blog Saya Smart

Image
Assalamualaikum

Jom masuk contest yang dianjurkan oleh Cik Qistina yang comel nih. Haha. bodek nampak! Simple jek syarat nya. Nak tahu tak apa syarat dia? Korang tengok la sendiri nih. Syarat

1. Wajib follow blog Cik Qistina..
2. Terbuka kpd semua blogger...
3. Buat satu entry mengenai contest nie dan tag kpd 4 blogger lain..
4. Lastly, tinggalkan link korang dkt comment box bwh entry cik Qistina.

Info :
Tempat pertama: RM 150
Tempat kedua: RM 100

Tarikh tutup
20 Mei 2011.
Join la ramai-ramai. Tak rugi pun contest nih. Dapat duit plak tuh. Haha Ok dekat sini aku ada tag kawan-kawan aku yang ad potensi untuk menang bersama dengan aku. :)
SiGilerKamera
Putra kaCak
Yeah Yeah
Si Cantik

Lepak.

Image
Assalamualaikum Hye gedik girls! Aku nak cerita kedai kopi sikit dekat korang. Sebelum aku date dengan final exam sekarang nih. Hari tuh aku balik kampung dengan member aku. Member aku nih selalu ikut aku balik kampung sebab dia dah macam sebahagian family aku jugak. Sampai jek dekat Muar, rehat-rehat kejap dekat rumah. Malam tuh terus lepak dekat bandar. Jalan-jalan pusing satu bandar lepas tuh pergi Tanjung Emas, ingat malam tak ramai orang. rupa-rupanya ramai jugak yang datang especially family yang bawa anak jalan-jalan.

 Lepas lepak dekat Tanjung. Kitorang lepak dekat Laman Maharani plak. Dekat situ sunyi sikit. So, ramai jugak la pasangan kekasih lepak dekat situ. Laman Maharani nih dekat dengan Jambatan Sultan Ismail. Dah terlanjur dekat dengan simpang tuh. Kitoang cuba-cuba la nak buat light trail. Nasib baik Amar nih terror dalam photography nih. Untung la kan! Haha. Tengok la hasil kerja kami berdua. Hoho









 Lepas dah penat, berpeluh amik gambar light trail tuh. Perut plak dah ras…

RM50 juta untuk emel 1 Malaysia.

Assalamualaikum Ok lah straight to the point. Hari nih aku ada baca kosmo tentang emel 1 Malaysia.  Kerajaan Malaysia akan membangunkan emel 1 Malaysia..Agenda apa la plak PM nak buat kali nih.
PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan. Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan. "Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan ter…

Mari fikir sejenak.

Assalamualaikum.  Hari nih masih dalam mood study, bosan jugak kalu mengadap buku jek. So, rehat kejap bersama belog busuk saya nih. Dah macam bantal busuk plak. :) Dapat blog jadi lah walaupun tak dapat kitkat. Haha
Sambil baca management tiba-tiba ingat pasal mati plak. tak salah pun kalu kita ingat mati nih. Memang tak dinafikan, kalu kita ingat mati, semua benda kita akan buat dengan betul.
Contoh yang memang dekat dengan kita, macam pengalaman aku semasa on the way balik ke segar-amat. Terpaksa la duduk seat belakang sekali. Masa tuh aku dengan member aku. Kitorang tido la dalam perjalanan tuh.
Sampai dekat tangkak, ada la pasangan kekasih yang naik duduk dekat sebaris aku. Dua-dua budak sekolah, dah boleh kenal rupa budak sekolah walaupun tak pakai baju sekolah.Perempuan tuh ayu jek dengan pakai baju kurung, lelaki tuh simple jek. Sepanjang perjalanan ke segamat tuh, aduyai. bukan main gedik mengada si polan nih. Berpegangan tangan lagi.
Kawan aku dah menjeling dekat aku. Aku te…

Peperiksaan Akhir.

Image
Assalamualaikum.
Hye kawankawan. Apa khabar semua? Harap sihat walafiat ya. Sekarang aku dlm mood study week! Haha. Mengadap buku jek la sekarang nih.
Peperiksaan akhir dah datang da, bukan dekat lagi. Lagi 2 hari jek exam bermula..Nama jek study week tapi bukan seminggu pun. 4 hari jek dapat untuk preparation for final exam. Memang merungut la kan, sabar jek lah jalan penyelesaian nya. 
Kadang-kadang rasa FINAL nih macam TEST jek. Sebab apa? Memang tak sempat la nak menelaah kan. Ceh! guna perkataan menelaah. mcm pelik kan. Haha
Esok final, malam nih baru nak study. Apa kejadahnya. Kalu 2 4 chapter boleh la. Ini tidak, 10 chapter menanti, naik lebam mata nih bacanya. Sabar jek la kan. Memang lumrah kehidupan student kan. Biar susah-susah dulu, baru senang kemudian.

Tengok jadual final pun, memang mencabar jugak la sebab kebanyakannya tak ada gap. Korang tengok sendiri la eh. :|


Semoga berjaya kepada semua kawan-kawan tak kira la dekat u, poli ke. Memang sekarang nih final exam serentak. A…

Aku kena ambil kemahiran insaniah ke?

Image
Assalamualaikum. Hye, Kawankawan. Dah lama jugak aku tak update blog nih ha. Haha Ok lah, nak kongsi cerita la kan. Dalam minggu lepas, aku dapat mesej bgtahu malam ini ada perjumpaa dengan penasihat akademik (PA) Aku pun pergi la dengan Hatta, Sampai dekat sana, masing-masing segan sebab tak kenal pun. Ramai part 2, part 4 yang datang pun. Alahai, dalam 3 .4 orang jek. Ok lah, no hal la benda tuh. Ingat kan PA nak marah-marah la kitorang sebab tak selalu datang ke bilik dia, bual-bual dengan dia.  Tapi tak marah pun. Just bagitahu yang terima kasih datang pada malam nih. Malam nih kita akan buat aktiviti  untuk markah kemahiran insaniah kamu semua.  What The Fish!! Bila masa plak aku kena ambil markah Ki nih? Aku dengan budak Part 4 lain dah tercengang. Masing-masing tersengih, angkat bahu. Apsal Ki nih plak? Nak tak nak terpaksa la join kan. Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, …

Nak pergi Perancis.

Image
Assalamualaikum.
Bonjourles amis? Hahaha. Tiba-tiba nak speaking bahasa perancis plak. Bukan apa, nak practice la sebab semalam aku dapat berita dari bestfriend aku dekat facebook, nickname dia mimie. Dia bagitu la yang 18april nih dia dah fly ke Perancis. Terkejut jugak la kan. 

Tak sangka jugak sebab ad jugak kawan aku yang study oversea. Memang seronok lah kan sebab dapat study dekat negara orang. Rasa sedih pun ad jugak sebab lepas nih dah tak boleh nak jumpa selalu. Agak agak 3 4 tahun baru boelh jumpa dengan dia. Haha. Mesti best belajar dekat sana. Dapat speaking perancis, balik Malaysia pun nanti dah tak biasa cakap Melayu. Haha. SEronokSeronok. Nanti dapat la pergi shopping-shopping, dapat naik menara Eiffel. Jangan lupa upload dekat facebook nanti. Boleh kongsi-kongsi pengalaman dengan kitorang. =)



Makanan semua sedap-sedap. Wow, memang seronok la. Pakai baju pun semua mesti uptodate, tak ada nipis-nipis nih. semua tebal-tebal..Mesti cantik. Haha

Mimie nanti jangan lupa kan kito…

Bahan Uji Kaji

Assalamualakum.
Hye apa khabaq cik kiah oi! Haha. Hari nih rasa ceria sikit yek sebab wifi laju sikit. itu yang seronok nak update blog tuh. Haha. Ok cukup! bukan pasal wifi sebab aku nak post tapi aku ad masalah BESAR yang boleh dikatakan risiko jugak untuk dan kawankawan aku jugak la sebenarnya. Korang nak tahu apa benda yang problem  besaq sangat tuh? Haha.
Macam nih, aku ad 1 satu subject yang baru di upgrade kan dari 203 kepada 204. Subject nih memang banyak teory la. Memang kena baca jek lah. tapi ad lah jugak secoet lab activity. Nama pun dah subject baru kan. So, lecturer pun kekok nak mengajar sebab subject nih tak ada MAIN REFERENCE. Aku pun tak nak  salahkan lecturer 100% tapi masalahnya memang susah la sebab lecturer pun masih freshie lagi. Student lagi susah lah nak pick up..Kadangkadang, timbul rasa geram sebab dah tahu nak wujudkan subject baru. So, kumpulkan la main reference dulu. Ini tidak, habis la student yang kena ambil subject nih dijadikan sebagai bahan uji kaji…

Grand Dinner

Assalamualaikum.
Hye semua, apa khabar semua? Ok lah, hari nih aku bangun awal walaupun kelas pukul 10.00 pagi nanti, tak tahu la kenapa tibatiba boleh tercelik mata pukul 7.00 dah bangun.. Padahal badan memang letih, perut pulak dah terlampau kenyang sebab semalam ad event. Memang tido jek la bila sampai bilik. Malam semalam aku ad dinner kolej. Dinner tuh combine antara Sektor A dengan Sektor B. Venue nya dekat DSB. Nak tahu x apa tema dinner untuk sem nih? Haha..tema dia adalah red, black, white and masquerade Islamik.

Memang menarik la tema kali nih. Mulamula memang kompius la kan nak pakai baju plak malam nih? Mula la buka locker besarbesar, belekbelek la semua baju yang ad dalam locker tuh. Aiseyman, baju aku semua tak matching dengan tema tuh. Dah kusut kepala nih berfikir mana la aku nak dapat kemeja nih. Ingat nak la ikut tema masquerade tuh tapi bila outing dekat segamat. Semua kedai dah habis jual mask tuh. Laku sangat, mesti budak uitm yang beli mask tuh. Siapa la lagi yan…

RELEASE TENSION

ASSALAMUALAIKUM
MALAM NIH AKU TENSION TAHAP GILA B***.  BUKAN APA, AKU DENGAN PARTNER AKU TENGAH BINCANGKAN GROUP PROJECT AKU..MACAM MACAM IDEA LA KELUAR DEKAT KEPALA OTAK NIH KAN...RASANYA MEMANG BERNAS. SAMA SAMA DAH SETUJU PUN. TIBA NAK TAMBAH LAGI IDEA YANG MELECEHKAN KERJA TUH. NAK BUAT SIMPLE JEK TAPI KONON NAK DAPAT MARKAH LEBIHKAN. SO, NAK BUAT LA PANJANG SIKIT PADAHAL ISI DALAM SAMA JEK. LEBIH BAIK BUAT YANG PENDEK TAPI PADAT DAN SENDAT. INI TIDAK..ALAHAI, MALAS NAK BERTEKAK KAN. SETUJU JEK LAH WALAUPUN NAK BAGITAHU DAH, TOK SAH LAH NAK BUAT PANJANG ISI NYA. EH, NAK MENANG JUGAK. OK FINE, AKU IKUT JEK KATA KATA KAU. KALU NAK BUAT LEPAS NIH, JANGAN NAK GEDIK MENGADA DENGAN AKU YANG BENDA NIH PENING LA, BANYAK SANGAT LA NAK BUAT. DEKAT SITU JUGAK AKU HEMPUK KAU!. OK, DAH LAH TENSION SEBAB BENDA ALAH TUH. INGAT KAN NAK LA KONGSI MASALAH DENGAN MEMBER. BARU NAK CERITA. DAH KENA MARAH LA PLAK DENGAN MEMBER NIH. SABAR JEK LAH. MALAS NAK BERTEKAK LAGI. DENGAN BLOG JUGAK AKU DAPAT LU…

Oh Hana Tajima! You're So Gorgeous.

Image
Assalamualaikum.
Hye semua. Ok la hari ni aku banyak assignment tapi sempat lagi nak post dkt blog nih haaa.. Bukan apa, sambil buat lab assignment web dengan java. Aku suka search yang bukanbukan. Hahahaha. Tapi, hari nih aku google gambar yuna. Memang banyak gambar sicantik manis tuh. Lepas tuh ad keluar jugak gambar buddy dia. Memang cun gila! Tergoda aku sekejap. Hahaha. Sekejap jek. lepas tuh tidak. Tapi memang gorgeous gila style dia dengan fesyen tudung serabai tuh, memang cantik dari mata aku. Tahu tak siapa buddy yuna? Ini la dia sicantik manis lagi ayu. Jeng Jeng..
Ini la dia HANA TAJIMA. Dia nih mixed japanese with English. Convert to Islam kirakira 5 tahun lepas. Menarik tentang Hana, antara adik beradik yang lain dia je yang pilih untuk convert kepada Islam...Dia bersyukur sangat menjadi seorang muslimah dan dia impikan untuk buat banyak fesyen-fesyen yang sesuai untuk wanita muslimah yang bertudung untuk nampak lebih gorgeous, fabulous dan marvelous. Si lelaki macho…

Happy Born-Day Amarul

Image
Assalamualaikum.
Wah. Hari kawan aku dah genap 20 tahun. Selamat Hari Jadi kepada Muhd Amarul Bin Samsudin. Semoga berjaya didunia dan akhirat. Lalalala. Hahahaha aku yang suka plak! =)

Group Project & Presentation.

Assalamualaikum.
Hai. Apa khabar semua? Alhamdulillah, minggu aku dh habis kan 2  test yang boleh dikatakan kan subject killer la bagi aku. Dh lega bila dah selesai jawab test tapi final jumpa lagi. Memang kena bertahan la kan utk mengadap subject tuh. Aku memang tak nak jumpa lagi En Aljebra dgn Pn Database nih utk sem depan, biar sem nih jek la aku jumpa diorang..Dalam masa ni jugak, aku baru dapat group project dengan presentation utk subject JAVA dengan MGT. Fuhhh! ingatkan dh berkurang la assignment aku nih. tapi indah khabar dari rupa. Ada lagi yang datang nak kena jugak buat semua benda tuh. Terpaksa la buat, tak kan la nak buat dek jek. Gila ko!! Itu semua masuk dalam carrymark tau. Penting benda alah tuh. Bawa 40%, besar tuh percent dia. Kalu nak harapkan time final jek baru nak perform. Alamatnya memang ko jumpa lagi la subject tuh. Aku dah tak nak jumpa lagi subject yang aku dah belajar nih. Rasa macam nak kerja la plak..Cari duit, then kahwin. Hahahaha. AnganAngan mat jeni…