Grand Dinner

Assalamualaikum.
Hye semua, apa khabar semua? Ok lah, hari nih aku bangun awal walaupun kelas pukul 10.00 pagi nanti, tak tahu la kenapa tibatiba boleh tercelik mata pukul 7.00 dah bangun.. Padahal badan memang letih, perut pulak dah terlampau kenyang sebab semalam ad event. Memang tido jek la bila sampai bilik. Malam semalam aku ad dinner kolej. Dinner tuh combine antara Sektor A dengan Sektor B. Venue nya dekat DSB. Nak tahu x apa tema dinner untuk sem nih? Haha..tema dia adalah red, black, white and masquerade Islamik.

Memang menarik la tema kali nih. Mulamula memang kompius la kan nak pakai baju plak malam nih? Mula la buka locker besarbesar, belekbelek la semua baju yang ad dalam locker tuh. Aiseyman, baju aku semua tak matching dengan tema tuh. Dah kusut kepala nih berfikir mana la aku nak dapat kemeja nih. Ingat nak la ikut tema masquerade tuh tapi bila outing dekat segamat. Semua kedai dah habis jual mask tuh. Laku sangat, mesti budak uitm yang beli mask tuh. Siapa la lagi yang nak beli topeng tuh.

Sebenarnya, malas la nak vogue sangat kan malam tuh. Alaaaa, dekat DSB jek. Lain la dekat hotel ke. Tak yah lah nak over sangat kan bagi aku la. Aku malas la nak glamourglamour sangat sebab bagi aku ikut keadaan la kan. Kalu la pakai yang bling bling, memang cantik tapi kalu tempat yang tuh ad 10 spotlight x pe la jugak, memang berkelip la mata semua budak tengok ko. Ini tidak, 2 spotlight jek yang ad. So, tak yah la nak grand sangat kan. Ikut jek pendirian masingmasing, aku bukan nak kutuk orang yang bervogue malam tadi. Sorry la eh. tapi bagi aku ikut kesesuaian la. Just simple, memang dah awesome dah tuh.

Tahniah kepada yang dah berhabis duit beli baju dinner especially gedik girls tuh. Korang memang gorgeous and glamorous malam tadi. Tapi makan mesti tak cukup kan. Haha. kesian aku tengok budakbudak nih  Berebut-rebut nak ambil makanan. Memang bertolak tolak sebab masingmasing dah lapar tahap gaban. Memang sakit hati masa tuh, tapi apa nak buat. Just sabar jek la. Sabar punya sabar, akhir dapat la jugak makanan yang dinanti selama 2 3 jam tuh. Haha. Alhamdulillah, memang sedap menunya. Puas hati jugak la sebab berbaloi kan bila bayar rm5, dapat la makan sedapsedap. =)

Majlis berjalan dengan lancar, memang santai dengan mc dia yang memang pandai ambil hati semua yang ad dekat situ. Tahniah kepada Aru dan Nisa kerana dapat conduct majlis dengan macammacam hiburan yang ad. Macam biasa la, setiap majlis mesti ad lucky draw tapi nombor aku semalam x lucky la..Tahniah kepada siapa yang bertuah malam tadi. Keseluruhan, majlis memang berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada JPK Sektor A dan B kerana telah bertungkus lumus untuk menjadi kan dinner kali nih lebih meriah dengan sebelum nih. Thumbs up to you all!! =)

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer