Apa itu plagiarism?

Assalamualaikum

hye gedik girls dan abg macho.
Semester ini kampus aku ada menjalankan program jauhi plagiarism. So, aku nak share lah jugak dengan korang.

credit to Google


Korang tahu tak apa tuh plagiarism?
Meh sini aku nak cerita, plagiarism atau dalam bahasa ibunda kita ada lah plagiat.

Plagiat nih adalah merujuk kepada perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan atau ciptaan orang lain dan mendakwa dengan bangganya yang itu adalah hasil ciptaan sendiri.

Contoh senang la, Korang mungkin tak perasan atau tak tahu mungkin ada idea penulisan korang yang telah diplagiat. Mesti sakit hati kalu hasil kerja kita, penat-penat perah otak nak memikirkan. Tiba-tiba ada plak orang lain ambil jadikan kan hasil penulisan diorang plak. Sedap-sedap dia jek COPY and PASTE jek.

Mungkin sesetengah orang tak kisah yang hasil penulisan dia ditiru, tapi macam mana kalau ada yang ambil kisah?

Ada cara sebenarnya kalau nak ambil idea orang nih Setiap idea tuh kena tulis sekali references, bagitahu siapa yang buat, sebagai contoh didalam dunia blog. Sesiapa yang ada terambil idea orang lain. Korang kena lah BACKLINK tuan punya idea. Macam gambar atas tuh, tunjuk kan dari mana korang dapat gambar tuh. Baru ada adab sopan disitu ya. Ini tidak sedap-sedap dia ambil. Terus famous blog dia. Haha

Student IPT jugak memang tak boleh berpisah dengan plagiat nih. Tak semua yang buat, tapi ada jugak la yang buat kan. Semua assignment memerlukan research. So, dari situ la berlaku nya plagiat nih sebab ada certain student dia malas nak olah, tukar ayat sendiri. Main copy and paste jek.

Apa-apa pun, cuba elakkan dari melakukan plagiat. JANGAN ambil idea, penulisan orang lain.
BUKTIKAN yang kita juga ada idea sendiri yang lebih baik dari orang lain.



Comments

  1. sabar je la. Hari ni hari dia. Esok lusa hari nelly plak.

    ReplyDelete
  2. saya tak tiru, saya salin jekk hehe baru jek jwb tag psl isu plagiat ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin