Mari fikir sejenak.

Assalamualaikum. 
Hari nih masih dalam mood study, bosan jugak kalu mengadap buku jek. So, rehat kejap bersama belog busuk saya nih. Dah macam bantal busuk plak. :) Dapat blog jadi lah walaupun tak dapat kitkat. Haha
Sambil baca management tiba-tiba ingat pasal mati plak. tak salah pun kalu kita ingat mati nih. Memang tak dinafikan, kalu kita ingat mati, semua benda kita akan buat dengan betul.

Contoh yang memang dekat dengan kita, macam pengalaman aku semasa on the way balik ke segar-amat. Terpaksa la duduk seat belakang sekali. Masa tuh aku dengan member aku. Kitorang tido la dalam perjalanan tuh.
Sampai dekat tangkak, ada la pasangan kekasih yang naik duduk dekat sebaris aku. Dua-dua budak sekolah, dah boleh kenal rupa budak sekolah walaupun tak pakai baju sekolah.Perempuan tuh ayu jek dengan pakai baju kurung, lelaki tuh simple jek. Sepanjang perjalanan ke segamat tuh, aduyai. bukan main gedik mengada si polan nih. Berpegangan tangan lagi.

Kawan aku dah menjeling dekat aku. Aku tengok jek dari jauh. Dalam hati, memang sakit mata memandang. Nak tegur, tapi takut cari pasal plak nanti. So, aku terpaksa la tegur dalam hati jek.
Makin lama, makin menjadi-jadi aksi panas diorang tuh. Memang panas jek hati. Rasa nak menjerit jek Asstaghfirullah al aziiiim...tapi terkunci plak mulut nih. Sedap-sedap tengah main tangan si polan tuh. Si minah nih ternampak lah aku tengok aksi diorang. Si minah tuh terus sorok kan tangan dia. Tak tahu la apa benda dia bisik dengan jantan dia. Lepas tuh, polan dan minah tuh terus tido dalam perjalanan ke segar-amat. Tak la dia buat-buat tido ke. 

Lantak la diorang, janji dah tak buat maksiat depan mata aku. Aku bukan nak mengaib kan ke apa ke. Tapi kadang-kadang kita selalu nampak maksiat dekat mana-mana pun ada. Tapi kita ada rasa nak mencegah tak?

Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam sebuah hadis;
"Barangsiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa jugak, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran), dan ini adalah selemah-lemah iman."

 Berdasarkan hadis diatas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu:
Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan
Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat
Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan maksiat tersebut.

Cuba bayang kan, kalu la dalam perjalanan tuh. tengah sedap-sedap buat maksiat, tiba-tiba memang dah ditetapkan Allah yang ajal kau mati dalam perjalanan ke segar-amat tuh. Alhamdulillah, kalu starting niat ko sebelum naik bus adalah niat baik.

Kalu niat baik, tapi dalam bas buat maksiat. Agak-agak dosa maksiat tuh tertinggal dalam bus ke atau dibawa sekali. Mesti la dibawa sekali, dah tercatit pun dalam buku amalan kita. Tak takut ke? Tengok jek lah dekat youtube, banyak jugak yang mati ketika berzina. Eleh, itu zina. aku tak buat pun zina tuh.

Memang tak buat. Tapi sebelum masuk ke lembah penzinaan tuh, agak-agak buat apa dulu? Pegang sana, pegang sini. Macam-macam la kan. Aku bukan nak kutuk atau nak memburukan siapa-siapa tapi kita kena ingat semua tuh.

Semua benda yang kita buat akan dicatit oleh Malaikat Rokib dan Malaikat Atid. Allah memerhatikan gerak geri kita semua.
Islam ini indah, kita niat baik dah dapat pahala dah. belum buat lagi tuh! Sebaliknya untuk niat jahat plak belum dapat dosa lagi. Bila dah buat baru dapat dosa.

Aku tulis ini pun untuk peringatan diri sendiri. Mesti ada yang cakap. Eleh, macam dia tak pernah buat plak! Memang aku tak pernah buat dengan awek aku. Sebab aku memang tak ada awek.Haha
 Syukur la tak terbuka lagi hati nih nak bercouple ke apa benda lagi. Kalu aku dah bercouple, aku tak cakap benda nih..

Maaf la kalu tersinggung dengan cerita aku nih. Harap kita fikir la sejenak. Kita nak mati dalam keadaan macam mana? Nak mati dalam sujud ke. Mati tengah buat maksiat ke. Mati tengah baca Quran ke. Mati tengah berjihad atau mati tengah merempit.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentu kan semuanya. Insyallah.
Renung-renungkan. Selamat beramal. :)

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer