4/20/11

RM50 juta untuk emel 1 Malaysia.

Assalamualaikum
Ok lah straight to the point. Hari nih aku ada baca kosmo tentang emel 1 Malaysia. 
Kerajaan Malaysia akan membangunkan emel 1 Malaysia..Agenda apa la plak PM nak buat kali nih.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.
Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.
"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
*Kosmo! Online.

Untuk apa dia buat emel nih. Rasa macam tak munasabah sebab sekarang nih semua benda free. Emel free dah berlambak-lambak dekat internet nih ha. Emel free pun tak terpakai ini kan emel 1MY. Alahai! Membazir duit plak Kerajaan nih. Rm 50 juta bukan kecil jumlah nya. Lebih buat WiFi dekat semua kawasan. Kan lagi berfaedah. Nenek aku pun boleh berfacebook. Haha

Kalau la dapat emel 1MY tapi nak guna internet kena bayar jugak. Lebih tak payah buat. Apa lah. Cuba buat benda mula daripada bawah. Nak melancarkan komunikasi warga Malaysia dengan Kerajaan? Nanti dah terlampau banyak report/ aduan. Dah susah la plak nanti Kerajaan nak settle kan semua problem tuh.

Tolong la jangan membazirkan duit Rakyat. Kalau PM dengan isteri nak buat amal jariah, buat la emel tuh pakai duit sendiri. Kami tak marah kalu PM pakai duit sendiri. RM50 juta lebih baik salurkan kepada semua kementerian. Lebih baik tambahkan bilangan komputer dekat semua sekolah.. 1 komputer untuk 2 orang. Rasanya dah tak relevan lagi. Kalu dekat rumah macam tuh. Dah lama bertumbuk nak berebutkan komputer.

Tak payah la nak membazirkan duit rakyat. Mungkin RM50 juta tuh tak banyak bagi yang berpangkat tinggi dan orang-orang politik atasan. Tapi bagi kami, rakyat bawah, rakyat miskin sangat besar nilai RM50 juta tuh.

Hidup la dengan propaganda

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


2 comments:

  1. ya terbaek!!
    sgt2 setuju2..hehhe sy bru buat entry nie hehehe
    http://bella0107.blogspot.com/2011/04/patutlah-ramai-pelajar-boikot-kerajaan.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

kaf ba ra kaf ta alif nun

monday blues kononnya ni, hahaha tengah hujan lebat sekarang, jadi aku rasa macam bosan duduk rumah ni ada baiknya aku tulis sesuatu dal...