Posts

Showing posts from November, 2013

Pra-Konvokesyen UiTM ke 79

Image
Alhamdulillah, pelajar lepasan diploma mesti tak sabar-sabar nak tunggu hari konvokesyen. Masing berdebar nak tunggu hari istimewa tu, dh macam nk bernikah pulak rasanya.. =) Ahad lepas, 10 Nov aku dengan kawan-kawan diploma UiTM Segamat berpakat ambil jubah konvo di DATC UiTM Shah Alam..Sebelum nak ambil jubah konvo tu, mesti kena settle-kan semua dokumen yang pihak universiti nak terutamanya yuran konvokesyen dan kaji selidik graduan. Kaunter buka dari pagi hingga ke petang, dah plan nk datang awal-awal tapi macam biasa lah kan, Bila dah ramai-ramai, masing-masing banyak ragam..Bukannya apa, rancang nak datang awal sebab nak lari daripada raptai. tapi datang lambat, kena pergi juga taklimat raptai. Ingatkan boleh lepas, tapi tidak. hmmmm. tak pe la kan. Taklimat raptai tu pun tak lama sangat dan tak boring..quite interesting. Banyak input yang kita dapat terutamanya etika pemakaian graduan dan ibu bapa, cara berjalan diatas pentas. Semua tu memang penting. Tak rugi p

Handphone aku hilang.

Image
Bulan lepas handphone aku hilang, memang sedih la rasanya. Memang sayang sangat dengan handphone tu. Beli pakai duit sendiri la katakan, memang kita hargai 100%. Tapi, malang tak berbau. Silap aku jugak rasanya. Masa tu hari jumaat, aku bersama kawan aku plan nak pergi Mid Valley, rancang nak jalan-jalan aka shopping.Sebenarnya cuci mata aje, gila la kan nak bershopping dekat Mid Valley tu. Barang-barang semua branded. Kau mampu ? Kalau beli pun, mesti pakai duit ptptn kan? jangan membazir okay kawan-kawan yang ambil ptptn tu.. dah petang baru lah kami balik ke kampus semula, sampai seksyen 2 dalam waktu maghrib. Hujan pulak masa tu. 2 jam aku tunggu rapidKL, tak sampai-sampai jugak. Fikir 2 3 kali nak naik teksi ke tidak. Akhirnya naik teksi jugak untuk balik ke kolej. Tangan kiri kanan penuh dengan beg dan makanan. Dalam teksi, aku duduk depan. Memang sempit dan ada lah jugak aku berbual-bual dengan pakcik tu. Sampai kolej aku bayar dan keluar dari teksi, baru lah