Programmer Life

Hye peeps ! dah lama rasanya aku tak update new entry. Baru hari ni la, aku dapat nak online. Dah 2 3 hari lepas aku sibuk menyiapkan final project aku. Lecturer dah bagi awal-awal sem dah. Itu la buat last-last minute, semua benda tak kena. makan tak kenyang, tidur tak lena. mana tak nya, memikirkan project yang ada error pelik-pelik.

Mentang-mentang nak last year ni, project nak gempak-gempak. sampai kena buat 3 programming, c++, java dengan pascal. Nasib baik tak ada COBOL, SCHEME dengan PROLOG. memang nak tak keluar bilik la jawabnya. Duduk terperap mengadap laptop. Haiih, lepas ni memang tak ada life la aku ni. hahaha

Memang ramai yang cakap, programmer ni tak ada life. Asyik mengadap coding yang berjela-jela. Jadi kera sumbang la. macam-macam benda lagi la. Hello! biasala kan, setiap benda ada pros and cons. Chill la beb. Tak semua programmer ada perangai macam tu. Tapi yang paling happy, bila coding yang kita buat dapat compile dengan jayanya. haha :)

Tengok situasi la kan. Kalau aku, memang tak boleh nak ngadap terus menerus coding tu. Kena la ada rehat sekejap. macam dalam iklan tv tu ha. rehat bersama kitkat! haha

Lepas siap coding tu, memang aku enjoy la habis-habis. macam sekarang ni, mentang-mentang project dah siap, habis dibalun nya dengan entry panjang-panjang. Idea pun tak ada lagi, kepala otak ni masih penuh dengan coding. haha

Ok la, dah lama jugak aku hibernate dalam rumah ni. Hari ni nak pergi jalan-jalan, pusing 1 bandar.

bye !

Comments

Popular posts from this blog

Kerja di 7eleven part 1

Pantang Kalau Nampak Pelesit

Kemudahan di kawasan UiTM Jasin