Niat Kerana Allah



Hye peeps ! sejak aku lahir di dunia, macam-macam jenis perangai yang aku jumpa. aku suka observe certain situation and make the conclusion. Korang mesti pernah buat macam tu. :)

Salah satunya, aku rasa nak tampo jek orang yang ada perangai mahukan balasan lepas buat something atau tolong orang. Aigoo! orang macam tu pun ada ka ? mesti la ada bro.

Bukan nak buat sesi mengumpat tapi just nak cerita yang boleh kita nilai sendiri sama ada baik atau buruk. Malas nak buka cerita sebenarnya. Buat sesuatu tu sebenarnya kena la ada niat baik.

Contoh macam pe'ah tumpangkan jenab pergi ke kelas. Setiap hari macam tu ulang-alik. Suatu hari, jenab tumpang aton pergi kelas, tak jadi tumpang dengan pe'ah. Jenab punya baik hati, belanja aton makan aiskrim. Si aton ni pergi cerita dekat pe'ah. Apa lagi si Pe'ah ni dah kecik hati, bawak mulut cakap si Jenab ni tak kenang budi. Last-last, pe'ah tak bertegur sapa dengan jenab dan aton. motif ?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman:”Jika hamba-Ku berbicara(iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan,maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku mecatatnya dengan 10 kali ganda.Jika ia berniat untuk melakukan keburukan,maka Aku mengampuninya selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku menulis untuk yang semisalnya.’


Kita sepatutnya rasa bersyukur jadi muslim sebab dalam Islam ni sangat mudah nak dapat pahala, seperti dalam bab berniat ni, kalau berniat baik je terus dapat pahala. On the spot, terus dapat. Belum buat lagi tu baru berniat. Kalau niat untuk dapat makan ais krim, dekat dunia jek la dapat ais krim tu. :]

Baru niat dah dapat pahala. Even kalau korang berniat jahat tapi korang tinggalkan atau tak jadi buat, dapat pahala jugak. Bila dah buat benda jahat, baru dapat dosa. Tapi buat baik tu jangan la asyik berniat je. Takkan nak dapat satu jek pahala. Buat lah baru dapat 10 kebaikan.Ye dak ? So, apa-apa perbuatan kita mulakan dengan niat kerana Allah. :)

Jangan mengharapkan balasan sangat. Mungkin dapat di dunia, tapi dekat akhirat nanti ? habuk pun tak ada.

Comments

  1. hukhuk pasal ais krim pun jeles .
    Btw nice entry ! :)

    ReplyDelete
  2. kau megumpat ke or kau nak perli someone...

    ReplyDelete
  3. @♥ Ieqa Halim ♥ hoho. itu sebagai contoh jek. btw,terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. @Nur Solehah Mohamad Nor sibuk jek makcik ni. tak ad kutuk siapa2 pun la.

    ReplyDelete
  5. Tolong dengan ikhlas baru berkat. Amin

    ReplyDelete
  6. @Zaki Muhammadbetul tu! kalau harapkan balasan, memang tak ke mana pun :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah, baca dan komen sekali.
Sayang you alls! haha :)

Popular posts from this blog

Kerja di 7 Eleven

COURSE OUTLINE PROGRAMME CS230 - BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONOURS)

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer