Bandar Maharani Diisytihar Sebagai Bandar Diraja
MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.
Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).
“Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan,” titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul. Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.
Menurut baginda, walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Sultan Johor berpesan agar masyarakat Islam sentiasa mengamalkan hidup berlandaskan Islam dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan mengamalkan suruhannya supaya mereka menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah.
“Ke bawah Duli Tuanku sering berangkat mencemar duli ke bandar ini kerana keindahannya yang terletak di muara Sungai Muar dan mempunyai bangunan-bangunan lama yang dibina sekitar tahun 1920-an,” katanya.
Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin setempat bagi mengkaji bentuk pambangunan yang akan dilaksanakan di bandar ini.– BERNAMA
p/s: aku bangga jadi anak muar. haha :)
orang muo ke??same la kite...hehe Bangge kan Sultan Johor mmg suke datang MUO
ReplyDelete@AisYah a'ah, sekampung rupanya. haha. mesti la bangga. Dah jadi bandar diraja da. :)
ReplyDeleteMuo katne??saye dok dekat parit bunga
ReplyDelete@AisYah owh. parit bunga. SoL dekat area sungai abong. :)
ReplyDelete